Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, June 14, 2009

IKAN DUYUNG CANTIK

Ni sebenarnya komen yg aku tulis di blog otai Al-bajari (x tau la dah kluar ke belum) berkenaan postingnya yg bertajuk "mee segera yang kenyangnya sekejap". <<-- click kat situ klau nak melawat posting wak banjari ni.



Salam wak... Menang atau kalah di manik urai tu bukan persoalan bagi individu mcm gua ni. Tetapi kesannya pada sesuatu parti tu memang mandalam. Betul mcm kata c++ tu .. UBN banyak peluru. Walaupun sebenarnya banyak peluru atau c4 atau banyak askar tu bukan penentu satu2 kemenangan dalam perperangan tu sendiri. Masalahnya peluru dan segala c4 tu kita buat sendiri dan berikan kepada UBN untuk membunuh kita. Bukan nak salahkan pemimpin. tp pemimpin kena peka dgn penyokong serta pendokong kat bawah ni. Jangan suka2 melontarkan pendapat ikut sesedap rasa. Media pencacai UBN yg x pernah tidur dari memutarbelitkan fakta sentiasa menanti peluang. Umpamanya jerat x lupa pelanduk tp pelanduklah yg selalu lupakan jerat. Pendapat individu aku la.. ada baiknya klau PR kalah di manik urai. Sekurang2nya boleh kita jadikan iktibar dan membuat post mortem dari kekalahan itu. Baru kita tau kita ni belum cukup bagus. Kita masih banyak kena belajar walaupun kita dah tua dan banyak pengalaman dalam politik. itu pendapat luaran aku sebenarnya. Namun dari dalam hati, aku x sanggup dipimpin oleh UBN. Jika aku merelakan mereka menang bermakna aku bersekongkol dgn mereka yg cenderung pada kebatilan dan dosa2.

Pesanan buat para mengundi manik urai. Jgn kerana kamu x bersependapat dengan pendapat seorang dua pemimpin atasan, kamu tegakkan dan julang kebobrokan serta kebatilan. Ingat..!!! kita berjuang bukan kerana parti. Kita berjuang kerana menegakkan syiar islam dan keadilan untuk semua.

Jangan lepaskan pautan serta pegangan walau ia hanyalah sebatang kayu buruk yg hanyut kerana mungkin ia akan membawa kita kepada daratan,jangan kita terpesona bila yang datang menawarkan bantuan adalah se ekor ikan duyung yg cantik dan berjanji untuk menjadi seorang isteri, kerana sebenarnya kita xkan mampu bernafas dalam air seperti ikan duyung. Renungkanlah..wallahualam.

1 comments:

rahmanw said...

salam....
insyALLAH....kalau dilihat dengan mata kasar,aku tak yakin BN akan menang.sebab manek urai bukan kat terengganu.insyALLAH,pengundi masih melihat bayang2 TG nik aziz.biarpun dihidangkan dengan bermacam2 manisan,aku yakin orang manek urai lebih bijak dalam memilih.
biarpun segalanya boleh terjadi,tapi kena yakin segala keputusan adalah kerja ALLAH.biarpun baik atau buruk dimata kita,segalanya adalah ketentuanNYA.
pergiatkan usaha....banyakkan berdoa dan solat hajat...lepas tu...berserah diri kepada ALLAH...
insyALLAH....kemenangan akan berpihak kepada kita.