Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, June 14, 2009

MATA KORANG OK TAK ?

Terapi untuk mata letih

Ekstrak bilberi beri kelegaan kepada masalah penglihatan

ADAKAH anda tergolong dalam pekerjaan yang memerlukan anda menghadap skrin komputer enam hingga lapan jam sehari? Pada sebelah malam pula mungkin menghabiskan masa dengan dengan menonton televisyen atau menyiapkan kerja rumah dengan komputer. Bagaimana pula dengan mereka yang sering memandu, sama ada siang atau malam yang memerlukan penumpuan mata sepenuhnya?

Mata adalah organ penglihatan yang akan menukarkan tenaga cahaya kepada maklumat yang ditafsirkan oleh otak sebagai penglihatan. Mata boleh juga diibaratkan sebagai kamera. Ia mempunyai kornea dan kanta pada mata untuk memfokuskan imej objek yang berada pada jarak yang berbeza ke atas lapisan 'filem' yang sensitif kepada cahaya iaitu retina.

Mata akan mengalami keletihan akibat kerap menonton televisyen, membaca, memandu tanpa mengira siang atau malam dan aktiviti ini akan menghasilkan simptom seperti mata berair, gatal, kemerahan dan pedih. Jika seseorang itu menggunakan kanta lekap, tanpa mengambil langkah penjagaan sewajarnya, berkemungkinan risiko jangkitan juga boleh berlaku.

Membaca pada malam hari diikuti dengan merenung skrin komputer pada siang hari, untuk suatu tempoh yang lama secara berterusan, adalah antara contoh aktiviti yang boleh membebankan mata. Sekiranya aktiviti ini berterusan dan ditambah pula dengan kurangnya perhatian dalam penjagaan mata, kesihatan mata boleh terjejas.

Dalam jangka masa panjang, mata boleh terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan gangguan penglihatan seperti iritasi, kekeringan, kegatalan, penglihatan pada waktu malam yang kurang memuaskan, rabun dekat dan rabun jauh.

Menurut Italic, sekitar 75 peratus pengguna komputer mengadu mengalami masalah penglihatan, sama ada ketika atau selepas mengguna komputer.

Formulasi herba yang menggabungkan ekstrak buah bilberi, ekstrak herba italic dan buah lycium sangat baik untuk penjagaan mata. Ekstrak bilberi mengandungi paras italic yang tinggi terutama italic, iaitu sejenis anti oksida yang berkesan dan penting untuk kesihatan mata serta tisu vaskular. Ekstrak bilberi terbukti boleh mempercepat pemulihan semula italic, iaitu pigmen yang sensitif pada cahaya. Italic terdapat pada bahagian rod retina dan terbabit dalam memperbaiki ketajaman penglihatan dalam cahaya yang malap.

Italic pula ialah sejenis lagi herba yang terkenal untuk merawat masalah penglihatan dan jangkitan mata seperti konjunktivitis, melegakan rasa tidak selesa, iritasi, kegatalan dan kemerahan. Ia kaya dengan beta-karotena yang penting untuk kesihatan mata. Sebagai sumber karotenoid, lycium pula membantu memperbaiki rabun malam dan penglihatan yang kabur.

Pemakanan juga boleh membantu dalam penjagaan mata. Pengguna digalakkan untuk meningkatkan pengambilan sayur-sayuran hijau yang segar secara mentah. Aprikot, mangga, beri biru, dan lobak merah adalah contoh buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh membantu mengekalkan daya penglihatan yang baik serta kaya dengan vitamin A bagi menyihatkan dan mencegah mata daripada mudah menjadi letih, gatal, sensitif pada cahaya dan rabun malam.

Dari aspek gaya hidup, elakkan merenung skrin komputer terlalu lama. Aktiviti menonton televisyen perlu dilakukan secara sihat. Jarakkan penglihatan daripada televisyen pada anggaran yang selamat. Rehatkan mata dengan kerap bagi mengurangkan tekanan pada mata dengan memejamkannya selama beberapa ketika atau dengan melakukan senaman mata. Antara senaman mata yang boleh dilakukan ialah dengan menggerakkannya dalam gerakan membulat tanpa menggerakkan kepala.



[MOD]INFO TAMBAHAN: Ekstrak Bilberi – mengandungi tannin, Vitamin A dan C (antioksidan) yang tinggi.

0 comments: