Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, June 19, 2009

MELAKA DARUL RASUAH

KUALA LUMPUR: Seorang bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah di Melaka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka pada Rabu lalu atas dakwaan menerima rasuah berjumlah RM10,000 pada November 2003. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya berkata wang tersebut adalah bagi menghapuskan denda lewat menyiapkan projek membina medan selera di Merlimau, Melaka. Bagaimanapun lelaki itu dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, seorang peniaga ditahan kelmarin atas dakwaan menerima wang suapan berjumlah RM25,000 pada Mac 2003 dan sebanyak RM10,000 lagi pada Oktober 2003 sebagai upah menolong mendapatkan tender membina medan selera di Merlimau daripada Majlis Daerah Jasin. Peniaga berusia 51 tahun itu dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. - Bernama

BS: Ali ketam rasuah x kena tangkap plak ?

3 comments:

zai said...

Dunia dah semakin dipenghujungnya, amalan rasuah dah jadi satu kemestiaan dan jadilah kisah "kau memaksa aku terpaksa"...yg kaya semakin kaya dan yg miskin semakin miskin..

BUJANG SUSAH said...

yup.. yang senang semakin kaya.. yg susah semakin papa... wallahualam.

Cik Cookie said...

Sekarang duit adalah raja.itu yang masalh.