Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, June 17, 2009

Tauke lembu’ buntu

Oleh Mohd Harzrul Aminuddin
harzrul@hmetro. com.my

polis yang dibuat." alt="BUNTU...Hazleen (kiri) bersama Amir menunjukkan laporan
polis yang dibuat." src="http://www.hmetro.com.my/Tuesday/Setempat/20090616065351/mainpix" border="0" height="229" width="300">
BUNTU...Hazleen (kiri) bersama Amir menunjukkan laporan
polis yang dibuat.

KUALA LUMPUR: “Kami buntu,” kata pasangan suami isteri yang mendakwa diperdaya lebih RM150,000 selepas menyertai skim pelaburan perniagaan berasaskan daging lembu.

Malah, pasangan suami isteri dijanjikan sebuah kilang untuk membekal daging di Klang selepas 45 hari melabur, namun semua itu tidak wujud.

Mangsa, Amir Azmie, 30, menjelaskan penderitaannya bermula pada 2007 lalu apabila dia berminat memulakan perniagaan bersama sebuah syarikat pembekal dan peniaga daging lembu.

“Selepas mengunjungi tapak pameran yang diadakan saya tertarik dengan skim yang ditawarkan dan saya memilih menjadi pengedar utama yang mensyaratkan kami membayar RM150,000 sebagai wang komitmen dan difahamkan wang itu akan digunakan untuk mendapatkan sebuah kilang termasuklah kelengkapan berkaitan,” katanya ketika ditemui.



Amir berkata, mereka kemudian dibawa ke sebuah lokasi di Klang untuk menunjukkan sebuah bangunan yang didakwa akan menjadi kilang untuk suami isteri itu menjalankan perniagaan.

“Tertarik dengan tawaran dan janji yang ditaburkannya itu kami bersetuju memberikan wang komitmen berkenaan.

“Sebaik menjelaskan wang komitmen itu, wakil syarikat terbabit berjanji akan memberikan kami sebuah kilang selepas 45 hari.

“Tetapi selepas tempoh dijanjikan, tiada sebarang kerja atau perkara sepatutnya dilaksanakan sehingga ke hari ini,” katanya.

Kini selepas dua tahun berlalu pasangan terbabit masih tidak menerima sebarang keuntungan mahupun pulangan semula wang komitmen walaupun membuat surat untuk menarik diri.

“Pada Mei 2008, kami nekad menarik diri dan hasil daripada itu individu terbabit bersetuju membayar semula wang komitmen kami.

“Tapi apa yang kami terima lebih mengejutkan apabila cek yang diberikan adalah cek tendang,” katanya.

Isterinya, Hazleen Hashim, 30, berkata dia bersama suami menghubungi semula syarikat berkenaan untuk bertanyakan mengenai status cek terbabit.

Namun, usahanya itu sia-sia saja kerana tiada tindakan diambil syarikat berkenaan selain janji kosong saja.

Marah dengan tindakan syarikat daging halal itu, pasangan suami isteri terbabit melaporkan perkara berkenaan kepada polis.

Kata Hazleen, beliau hanya mahu wang komitmen itu dipulangkan semula dan nekad tidak mahu meneruskan sebarang perjanjian mahupun perniagaan lagi dengan syarikat terbabit.

“Kami baru sedar kerana difahamkan lebih ramai lagi mangsa yang ditipu syarikat berkenaan dan ada yang mengupah peguam untuk tindakan susulan,” katanya sambil menunjukkan senarai lebih 122 mangsa yang tertipu.

Untuk lebih mengetahui lebih lanjut dakwaan suami isteri berkenaan, wartawan Harian Metro menghubungi beberapa usahawan yang didakwa menjadi mangsa penipuan skim sama.

Ahmad Syarwani Mohamad, 34, mengakui merasakan dirinya ditipu selepas dua tahun menunggu.

Saya membayar RM30,000 untuk menyertai skim industri kecil dan sederhana (IKS) anjuran syarikat berkenaan, tetapi selepas dua tahun menunggu tiada hasil mahupun keuntungan diperoleh,” katanya ketika dihubungi, semalam,

Adiknya, Ahmad Syarwazi Mohamad, 30, juga kerugian RM30,000 kerana menceburi skim sama.

Peniaga, Faridah Salim, 37, pula berkata, dia sanggup berpindah ke kampungnya di Kuantan apabila dimaklumkan projek ternakan itu akan bermula bila-bila masa saja selepas membayar RM15,000 sebagai wang komitmen.
p/s kepada saya dan kawan yang ingin menjadi usahawan jangan terpedaya dengan syarikat sebegini. baik buat sendiri kecil selamat.
p/s kepada syarikat buta kayu begini jangan lah suka menindas bangsa sendiri.
dan tunggu lah perbalasan dari allah akan kejahatan yang kau lakukan.


0 comments: