Ni kejadian kat rumah operator line kami ..
Lepas amik air sembahyang,dia pie sembang ngan kawan dia dulu. Selalu pie sembahyang terus..
Lepas abis sembang.masuk bilik tengok telukung dia duk duduk macam org tgh sembahyang..
Nasib baik yang tergantung warna purple kat belakang tu x ikut solat sekali.. hehehhe
Tapi sebenarnya gambar ni tipu jer.. tgk sejadah tu dah tau.. siap adjust2 masa amik gambo la tu.. hehehe
---------------------------------------------------------------------------------
Tapi sebenarnya yg aku nak sampaikan adalah kat sini..
MELALAIKAN SOLAT..
Sebuah kitab ada menceritakan azab seksaan kubur mengenai seorang soleh yang mengebumikan mayat abangnya.
Ketika menimbuskan mayat itu, entah bagaimana dompetnya terjatuh dan tertimbus.
Selepas pulang ke rumah, baru dia sedar mengenai kehilangan dompetnya.
Lalu dia kembali ke kubur dan menggalinya semula.
Selepas digali, dia terperanjat melihat api menyala di dalam kubur abangnya, lantas ditimbus semula kubur itu dan pulang ke rumah.
Dia menceritakan kejadian itu kepada ibunya, kemudian bertanya:
“Wahai ibu, apakah yang dibuat oleh abangku hingga kuburnya ada api?“
Kata ibunya: “Mengapa kamu bertanya begitu?“
Sebaik selesai dia menceritakan kejadian yang berlaku di kubur abangnya, ibunya menangis sambil berkata: “Abangmu selalu meringan-ringankan solat dan melambat-lambatkan waktunya.”
Kalau orang yang melambatkan solat akan mengalami hal seperti itu, bayangkan bagaimana orang yang tidak bersolat sama sekali.
BS: Korang dah solat ke belum ni... ?!!!
4 comments:
dah solat dah..
takuuut
berani awk takut ... hehehhe.. xper.. abg ada dik... huhuhu...
salam....
apsal aku tengok gambau kat bawah tu lagi besau dari gambau kat atas?
dah namanya pun gambau tipu man...
Post a Comment