Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, June 6, 2009

PYAN KEMAIN... hehehe.. alahai manjenya nama...

Assalamualaikum..

Mata pun x ngantuk lagi.. walau dah terang tanah.. tgh2 aku dok asyik tgk ikan aku berenang satu msg masuk kat shoutbox aku.. msg tu datangnya dari blogger ni yg mengelarkan dirinya "pyan kemain" hehehe.. manjenya kemain.. gelinya aku... x kuaser mak... sorry la yan.. hehehhe... ok.. msg yg masuk tu berbunyi begini "Siapkanlah 1 team untuk mengempur blog saya. Saya tak akan gentar. Terima Kasih." Aku pun x tau apa maksud budak ni.. Tp sebelum ni sebenarnya aku ada berdebat maya dgn dia berkenaan PAS dan UMNO. So biasa la kan bila berlainan perjuangan ni.. masing2 mengeluarkan pandangan masing2. so dua2 xnak mengalah. dia dgn hujahnya dan aku dgn hujah ku. Melalui profile dia aku tau yg dia ni budak lagi. baru 20 tahun umur dia klau x silap aku. Namun aku x pernah memandang ilmu seseorang itu melalui umur. Aku respect dia ni sbb dia ni muda dan cuba berjinak2 dgn politik dgn cara berblog. memang jarang aku jumpa blog2 yg nak bercerita tentang politik dgn umur sebaya dia.

Ceritanya dulu dia org PAS.. aku x tau la dulu tu masa dia baru lahir ke atau setahun sebelum dia berumur 20 tahun. Tp sekarang dia dah menyokong UMNO kerana dia telah menemui jalan yg lurus, yang dituntut Quran dan Hadis katanya. Aku nak ketawa nnt org kata aku menganjing plak.. so aku diam jer laa.. So aku tanya la kat dia.. Klau mcm tu Nik Aziz, Hadi Awang, Hurun Din dan pemimpin2 PAS yg ada MA, BA serta Al hafiz dan mcm2 lagi tu semua x betul la yer? Dgn relaxnya dia jawab, belum tentu org yg belajar tinggi2 tu semuanya betul dan bagus.. than aku tanya la dia dah belajar sampai mana.. dia jawab belum sampai mana2 lagi pun... ermmm.. sabar jer la aku.. X habis kat situ jer cerita berkenaan pyan manje kemain ni.. dia ni klau buat posting dalam blog dia, aku pun respect gila.. ayat2 Al-Quran dan potongan2 hadisnya jarang ketinggalan. Satu ingatan buat yan manja .. ayat alquran tu bukan just untuk search pastu copy paste jer yan. kita kena praktikkan.

Dah la.. Aku xder mood la nak bercerita berkenaan pyan manje kemain ni.. tp yg aku peningnya ntah kan bila la aku ni dok nak buat team untuk menyerang blog dia ni. korang klau nak ziarah blog pyan manja kemain ni boleh la click kat sini.
wassalam.


2 comments:

Mohd Sufian said...

Salamualaikum, terima kasih kerana sediakan satu post khas untuk saya. Sebenarnya, saya agak terkejut bila baca ruang sembang di shout mix blog anda dan blog Mr. K. Wujud umpatan disitu.

Semoga kita berblog secara berilmiah dan geltelman, bukanlah dengan menyindir, mengutuk, mencaci sesama kita didalam blog masing2.

Perihal penggunaan Ayat AlQuran dan AlHadith itu moga2 ia memberi manfaat kepada kita semua... RasulNya telah memberi jaminan tidak akan sesat seseorang itu selagi ia berpegang teguh pada AlQuran dan AlHadith.

Saya juga ingin menarik perhatian saudara tentang nombor telepon yg saudara tinggalkan dalam ruang komen di blog saya. Saya telah menalifonnya dan tuan empunya menafikan dia pemilik Blog Bujang Susah. Tolong beri penjelasan lanjut. Terima kasih.

rahmanw said...

salam....
banyak copy n paste je....
sori la....aku ni bukan caya sangat bab politik ni....sekadar melihat dari jauh....
tapi aku rasa kebanyakan cerita pasal politik dalam blog dia tu pernah aku baca dari pelbagai sumber...
tapi tak tau la kalau2 si pian ni yang tulis...hehehehe....

"Siapkanlah 1 team untuk mengempur blog saya. Saya tak akan gentar. Terima Kasih."
alam maya boleh le bro...bila nak jawab satu2 soalan tu...google je...macam2 sumber yang kita dapat...tapi kalau depan2...hehehehe....
"kalau hudud dilaksanakan,batu jalan tak cukup"
"sape nak makan sup tangan,pergi kelantan"
ni kata2 pak2 menteri umno satu masa dulu berkenaan hukum hudud.
agaknya ni le jalan yang lurus pada pandangan dia kot?
atau pujian mahathir kepada RASULULLAH..."tak bercukur sebab tak zaman tu tak ada gillete".
betul la tu kot jalan yang lurus?
hehehe......