TOYOL morden... hehehhee
SPM: Tidak Wajar Ada Had Subjek .
1. Cadangan Kementerian Pelajaran untuk mengehadkan jumlah subjek (mata pelajaran) yang boleh diambil dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada 10 sahaja adalah tidak praktikal dan tidak sesuai.
2. Dalam usaha kerajaan meliberalisasikan sektor pendidikan, mendahulukan kehendak rakyat dan mengutamakan pencapaian rakyat, para pelajar dan ibu bapa harus bebas menentukan berapa banyak subjek yang mereka mahu pelajari dan berapa banyak yang mereka mahu hadapi dalam SPM.
3. Menetapkan maksimum 10 subjek sahaja untuk diambil dalam peperiksaan SPM hanya menghalang kebolehan dan kemampuan sesetengah pelajar untuk menguasai banyak ilmu.
4. Saya percaya ramai pelajar yang belum membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tertentu. Justeru mereka lebih berminat mengambil banyak subjek agar lebih banyak bidang atau jurusan yang boleh dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
5. Dengan mengehadkan mata pelajaran ia sekaligus mengecilkan skop pemilihan jurusan semasa memohon ke universiti atau kolej universiti.
6. Dalam masa yang sama kerajaan juga menghadapi dilema keghairahan kunmpulan tertentu mempertikaikan pemberian biasiswa kerana ada yang menggunakan jumlah A yang diperolehi sebagai benchmark atau tanda aras mempertikaikan pemberian biasiswa.
7. Hakikatnya bukan semua sekolah menawarkan belasan subjek untuk diambil dalam SPM. Jika ini digunakan sebagai tanda aras pemberian biasiswa, maka banyaklah anak-anak di luar bandar tidak akan mendapat biasiswa.
8. Justeru saya berharap Kementerian Pelajaran menimbangkan semula cadangan mengehadkan jumlah maksimum mata pelajaran yang boleh diambil di dalam SPM.
9. Sebaliknya, Kementerian Pelajaran boleh mengeluarkan garis panduan pemberian biasiswa yang jelas. Ini termasuk menentukan hanya 10 mata pelajaran terbaik; atau 10mata pelajaran wajib yang ditentukan oleh Kementerian, akan diambil kira dalam pertimbangan pemberian biasiswa.
10. Dengan ini ia tidak menyekat kebebasan anak-anak muda untuk mengambil seberapa banyak mata pelajaran pun. Ia juga mengelakkan kementerian dipersalah di masa hadapan jika ada anak-anak ini yang gagal masuk ke universiti kerana gagal mengambil mata pelajaran tertentu.
2 comments:
salam...
patut dilucutkan had subjek ni....
seolah olah nak hadkan kebolehan seseorang pelajar tu....
atau mungkin salah satu projek barisan nasional nak pelingkupkan pelajar2 umumnya orang melayu khususnya....
Salam rahmanw.. ni la padahnya klau kita dipimpin oleh manusia2 yg jahil dan bodoh.. suka2 dia jer nak buat apa.. asalkan nampak mcm ada anjakan paradiqma.. paradiqma kepala hotak diaorg.. dia dah bodoh org lain pun dia nak suruh bodoh mcm dia jugak...
Post a Comment