Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, June 5, 2009

Cara pulihkan hidden folder disebabkan oleh virus


virus-cause-hidden-folders

Virus, worm, trojan dan segala jenis malware, memang sangat menyusahkan dan memeningkan kepala nak remove. Terbaru, laptop penulis (windows xp) terkena virus.win32.vb.dg yang asalnya dari pendrive rakan. Niat asalnya nak test virus itu sahaja, tak sangka infected pula, habis semua drive c dan d kena.

Scan dengan KAV2009, tiada apa2 detection virus? Scan kali kedua baru guna Threatfire, terus dapat detect virus dan dapat quarantine.

Virus ini menyebabkan folder2 dalam hard disk @ pendrive anda menjadi hidden. Virus ini juga menduplicate folder2 yang hidden tu sebagai file.scr bersaiz 40kb dan mempunyai icon seakan icon folder default bagi windows xp. Selepas virus ini dibuang pun, folder2 tersebut tetap menjadi hidden dan tidak dapat ditukar kepada asal.

Jika anda menghadapi masalah sedemikian, jangan bimbang…saya ada cara ;)

Untuk memulihkan folder yang telah dihidden disebabkan virus…first sekali buka command prompt; tekan start menu > run > taip cmd.

Untuk memulihkan folder2 dalam drive C: dalam cmd, taip attrib c:\*.* /d /s -h -r -s

Untuk memulihkan folder2 dalam drive D; dalam cmd, taip attrib d:\*.* /d /s -h -r -s

Untuk mengetahui apakah command2 diatas, dalam cmd, taip help attrib

Anda boleh manipulasi command tersebut untuk drive2 lain selain c dan d. Prosesnya juga mungkin mengambil masa yang lama, bergantung kepada bilangan folder dan kemampuan komputer anda.

Oh ya, download dan run unhide hidden folder ini jika tidak mahu menggunakan langkah cmd diatas. Selamat mencuba.

Edit: Saya baru saja terjumpa software ini, Hidden file tool yang dapat recover hidden folder dan menukar balik kepada folder asal. Cepat dan senang digunakan, anda boleh skip cara manual diatas.

hiddenfiletool

Open path, drive atau folder. Tekan attributes hidden kemudian search. Software ini akan detect folder2 atau file2 yang hidden, kemudian tekan change attribute untuk pulihkan kepada normal.

Download Hidden File Tool


(cf - jomphp)

1 comments:

Belajar SEO said...

waahh, nice info neh... ijin di bookmark yah.. salam