Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, June 6, 2009

Pengajaran berguna dari PKS untuk PAS.



Parti Keadilan Sejagat(PKS) begitu sinonim dengan kehidupan rakyat Indonesia. pimpinan dan kader-kader mereka turun padang mendekati rakyat marhein di negara yang mempunyai umat Islam terbanyak di dunia. Gerak kerja dan program PKS di senangi dan ditunggu-tunggu. Hasilnya tahun 2004, PKS berjaya memenangi hati rakyat dengan menang pilihanraya Parlimen di kota-kota besar seperti Jakarta dan Bandung.


Antara rahsia kejayaan PKS ketika itu ialah mendekati rakyat marhein dan kerja-kerja kebajikan membantu golongan miskin dan tertindas. PKS disenangi semua golongan termasuk yang bukan Islam.


Malangnya ketika pilihanraya Parlimen 2009 baru-baru ini, undi rakyat Indonesia untuk PKS merundum dengan teruknya. PKS kehilangan kawasan-kawasan yang pernah dimenanginya dulu.


Penganalisisi politik Indonesia mengandaikan PKS tersilap strategi dan kesilapan membaca politik terkini. Antara yang kesilapan terbesar PKS ialah mendampingi Parti Golkar dan keluarga Suharto. Menjelang pilihanraya parlimen, ada pimpinan PKS menghadiri majlis anjuran Golkar dan keluarga Suharto. Bahkan pimpinan mereka memuji "jasa" Suharto dan mengangkat Suharto sebagai Pahlawan Nasional (negarawan).


Pimpinan PKS tidak memahami perasaan rakyat terhadap Suharto dan Golkarnya. Selama lebih 30 tahun, jiwa dan perasaan mereka ditindas oleh Suharto dan kroni-kroninya. Suharto dan Golkar membolot hasil mausul bumi Indonesia. Suharto dan keluarganya bertambah kaya raya, rakyat menderita di dunia kemiskinan. Apabila kezaliman Suharto sampai kemuncaknya, rakyat Indonesia bangkit dengan reformasi gulingkan Suharto. Perjuangan dengan darah dan airmata.


Apabila pimpinan PKS mula memuji Suharto, itulah bermulanya detik kekalahan PKS dalam pilihanraya Parlimen baru-baru ini. Mungkin segala kebajikan dan kebaikan PKS untuk rakyat marhein sudah dianggap kosong gara-gara pujian buat Suharto.


PKS perlu bangkit semula. Pelajari kesilapan dan ambil pengajaran. Barangkali PKS perlu bangkit dengan angka "zero". Rakyat Indonesia menolak PKS atas sebab puji Suharto dan anggap beliau sebagai Pahlawan Nasional.


PAS perlu pelajari nasib yang dialami oleh PKS. Jika di Indonesia Suharto dan Golkar adalah nama yang amat dibenci oleh golongan marhein. Golongan marhein mengingati kezaliman dan kejahatan Suharto dan Golkarnya. Mereka gunakan ABRI(tentera) sebagai alat perkakas untuk tindas rakyat bagi kekalkan kekuasaan mereka selama 30 tahun.


PAS kena ingat dan tahu serta memahami perasaan golongan marhein. Di Malaysia, Mahathir itu umpama Suharto dan UMNO itu umpama Golkar. Manakala ABRI macam PDRM.


Baik Najib, Mahathir dan UMNO adalah nama-nama yang tidak diingini oleh golongan marhein Malaysia. Janganlah cuba berbaik-baik dengan mereka. Nanti PAS akan alami nasib seperti PKS.


Jika atas nama berdakwah, bukan masanya dan masa kini tidak sesuai untuk kerja tersebut. Sasaran dakwah PAS kini adalah golongan marhein dan non muslim. Buat sementara waktu abaikan dulu golongan "karat hijau".


Kepada pimpinan PAS, cukuplah dulu anda semua bersusah payah menghadiri dan menadah telinga dengar leteran Mahathir. Nanti nasib anda semua jadi seperti PKS ! Mohon dijauhi Allah Taala .



0 comments: