Datuk Faizal Abdullah, ketua Pemuda UMNO Kapar merangkap Timbalan Pengerusi Wijaya Baru dan ahli lembaga Pengarah berbagai lagi anak syarikat keluarga Onn Ismail, bekas ADUN Selat Klang untuk lima penggal menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap laporan beraudit PriceWaterhouse Coopers (PwC).
Pulau Indah sebelum persempadanan semula oleh SPR pada tahun 2004 merupakan sebuah kawasan dalam DUN Selat Klang sebelum dipindahkan ke kawasan Pelabuhan Klang.
Pulau Indah atau nama sebelumnya Pulau Lumut hanya merupakan sebuah perkampungan nelayan Melayu dan pulau ini menjadi masyhur dengan terbinanya Pelabuhan Barat. Penduduk telah diberi tanah bakau persisiran pantai di atas nama Koperasi Pulau Lumut. Setelah menjual tanah yang diberi, setiap seorang ahli koperasi atau penduduk Pulau Lumut mendapat kurang lebih RM300-RM500 sahaja.
Pada ketika itu, tanah yang dijual diletak pada nilai yang sangat rendah oleh "pembeli" yang juga merupakan proksi kepada pemimpin UMNO bahagian Kapar.
Cerita selanjutnya hanyalah sejarah berulang kembali bagaimana kerja menjual tanah serta kepentingan orang Melayu dilakukan dulu, kini dan selamanya oleh UMNO dan konco-konconya. Noktah.
Selanjutnya klik sini.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
0 comments:
Post a Comment