Tips melindungi komputer anda dari ancaman virus/spyware/adware dan lain2 lagi.
Ramai orang sering bertanyakan kepada saya mengenai perkara ini. Memang sakit hati kalau komputer anda dijangkiti virus, bukan? Paling bengang sekali bila virus gagal dibuang dan macam2 masalah timbul seperti komputer menjadi perlahan, sesetengah fail tidak dapat dibuka, folder hilang, windows tidak boleh masuk dsb.
Berikut merupakan cadangan2 dari saya. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu melindungi sistem operasi komputer atau laptop anda dari dirosakkan virus.
1. Elakkan dari guna IE6, guna browser terkini
Pengguna windows xp paling banyak menjadi mangsa jangkitan virus. Ini kerana browser asal windows xp iaitu Internet Explorer 6 (IE6) sangat tidak selamat (unsecured) dan terdedah kepada serangan virus/worm/trojan dll apabila melayari internet. Tidak hanya virus, pengguna IE6 juga mungkin menjadi sasaran browser hijacking dan banyak lagi serangan sekuriti.
Cadangan saya: Guna browser terkini yang selamat dan pantas seperti Mozilla Firefox, Google Chrome dan Opera.
2. Memasang perisian antivirus
Perisian antivirus antara perisian terpenting untuk melindungi komputer dari serangan virus. Ada berbagai2 jenis produk antivirus dari syarikat yang berlainan. Ada antivirus yang percuma dan ada yang berbayar.
Antivirus yang popular antaranya ialah:
- Kaspersky Antivirus & Internet Security (shareware) - pilihan saya
- AVG Antivirus (versi percuma dan berbayar)
- Avira antivir (versi percuma dan berbayar)
- Avast Antivirus (versi percuma dan berbayar)
- Bitdefender (versi percuma dan berbayar)
- Nod32 (versi percuma dan berbayar)
- Norton (shareware)
- McAfee (shareware)
- Rising Antivirus (versi percuma dan berbayar)
3. Memasang perisian antispyware
Spyware tidak sama dengan virus. Virus merosakkan sistem operasi windows manakala spyware bertujuan mencuri data-data dari komputer anda secara tersembunyi. Adware pula menyebabkan windows anda penuh dengan popup iklan, popup laman web lucah dan sebagainya.
Walaupun setengah antivirus juga terpasang fungsi antispyware…saya tetap menyarankan anda install perisian antispyware dan antimalware sebagai perlindungan tambahan.
Antara perisian antispyware popular:
- Threatfire (versi percuma dan berbayar) - pilihan saya
- PcTools Spyware Doctor (shareware)
- Lavasoft Ad-aware (versi percuma dan berbayar)
- Malwarebytes (versi percuma dan berbayar)
- Superantispyware (versi percuma dan berbayar)
- Spysweeper (berbayar)
- Spyware terminator (percuma)
4. Tips tambahan
- Windows firewall sangat sampah tidak boleh diharap. Alternatifnya, anda boleh memasang perisian firewall 3rd party seperti Comodo Firewall.
- Ninja Pendisk dapat membuang file autorun.inf dari pendrive anda (sesuai untuk perlindungan dari virus yang merebak dari pendrive)
- Autorun eater juga mampu membuang file autorun.inf dari drive anda. Ia juga berfungsi membaik pulih kerosakan yang biasa dilakukan virus seperti restore folder option, enable task manager dan enable regedit.
- XP-antispy sangat berguna untuk pengguna windows xp. Berfungsi untuk tweak windows kepada setting yang lebih selamat dan ketat dari segi sekuriti.
- Perisian Advanced System Care (percuma) sangat berguna untuk tweak windows. Juga berfungsi memastikan komputer anda tidak dijangkiti spyware.
- Memasang extension NoScript untuk firefox. Berupaya disable semua javascript dalam website yang anda anda lawati. Extension Adblock Plus untuk menapis segala bentuk ads/images/frames dalam website. Extension WOT untuk perlindungan dari memasuki laman web yang tidak selamat - contohnya laman web warez, lucah dsb.
- Menggunakan Tune Up Utilities 2009 untuk tweak setting windows anda kepada yang lebih baik. Mempunyai fungsi yang sangat berguna seperti registry editor, task manager, system control, startup optimizer dsb.
- Jika anda gemar menorrent, seeloknya scan dulu file yang anda download sebelum buka. Setengah file yang terdapat pada laman torrent adalah fake/palsu dan mengandungi virus dan spyware.
- Sebelum cucuk pendrive, scan dulu dengan antivirus anda. Elakkan buka dengan cara double klik pada icon drive, seeloknya buka dari adress bar dalam my computer.
- Jika terdapat masalah pada komputer anda, cuba scan dengan hijackthis. Upload log itu kepada forum2 komputer untuk bertanyakan nasihat pakar. Terdapat virus yang tidak dapat dibuang oleh antivirus jadi cadangan dari pakar2 sekuriti amatlah penting bagi tujuan membuang virus degil tersebut.
(cf - jomphp)
BS: nak lagi selamat guna linux jer.. Free.. Advance.. Safe.. Tiptop.. (FAST). Klau nak guna windows jugak tp xnak kena virus.. pinjam jer la pc org lain..xpun buat kerja kat cc jer laa.. klau kena virus pun dia org punya.. kita punya pc simpan jer buat datok.. confirm x kena virus punya.. hehehehe...
0 comments:
Post a Comment