Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, May 31, 2009

Iklan Ugut Nak Bunuh org tu.. Tak Salah Ke Encik Polis..?

"Jika Chin Peng balik, saya orang pertama tunggu di airport bukan untuk meraikannya, tetapi untuk sembelih makhluk ganas itu!". Demikian ikrar Mejar (B) Ahmad Shafie Abdul Manas, 59 tahun yang putus tangan kirinya ketika bertempur dengan gerombolan komunis di Lundu Sarawak 38 tahun dahulu; sebagaimana yang dipetik oleh akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Menyembelih orang, tanya saya, menyembelih orang? Tidak pedulilah siapa yang akan disembelih, sama ada seorang komunis,seorang sosialis, seorang demokrat, seorang Hindraf, seorang Islam, Kristian atau Budha, namun hasrat untuk membunuh orang lain yang diiklankan diakhbar adalah satu kenyataan yang sangat tidak bijak.

Apa lagi hasrat ganas itu disuarakan oleh seorang bekas anggota pasukan keselamatan yang kini menjadi peguam sepenuh masa dan mahir aspek undang-undang. Sebagai peguam Ahmad Shafie patut sedar manusia tidak dibenarkan mengambil nyawa manusia lain kecuali dalam peperangan atau ia diputuskan oleh Hakim mahkamah.

Mujurlah iklan untuk menyembelih orang ini terbit dalam akhbar nasional negara ini. Jika ia terbit dalam akhbar negara-negara Barat, bukan sahaja menyembelih manusia, menyembelih haiwan pun akan menerima kutukan dan hukuman.

Mujurlah juga kita berada dalam sebuah negara yang belum tinggi tamadunnya, jika di negara Barat, Jepun dan Korea agaknya Ahmad Shafie akan diseret serta merta untuk perbicaraan mahkamah kerana mengiklankan pembunuhan.

Mujurlah iklan untuk menyembelih orang ini tersiar dalam Mingguan Malaysia, sebuah akhbar pro-kerajaan. Jika ia tersiar dalam Harakah, Suara Keadilan atau Roket pasti ia akan menimbulkan kecaman hebat.

Bayangkan jika salah seorang mangsa pembunuhan beramai-ramai di Mamali yang masih hidup mengeluarkan kenyataan, "Jika Mahathir dan Musa Hitam menjejakkan kakinya ke Mamali, saya orang pertama yang akan menunggunya di tepi jalan Kampung Mamali bukan untuk menyambut mereka, tetapi untuk menyembelih pemimpin-pemimpin ganas itu", apa perasaan rakyat Malaysia? -KedahLanie.

0 comments: