Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, June 16, 2009

Facebook - Aku betul betul tak tau pasal benda nih. Korang tau tak pasal benda nih?!

Assalamualaikum..

Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang meninggalkan Fotopages, kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana !! Mungkin korang boleh beralih arah ke Friendster plak.

Aku Bukan Cakap Kosong. Baca Dibawah!!

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ?
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?
Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .

Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik.


Aku tak laa baik sangat. Semayang pun selalu miss. Tapi aku Boikot dan Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai saudaraku sendiri. Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada perikemanusiaan.
p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari Sejarah2U


so..kepada saudara muslimin muslimat..tolong war2kn perkara ini..!!!



Mungkin ada yg kata .. " Alahhh.. klau kita xder face book pun dia kaya jugak.. " sama mcm boikot produk natsle.. "Klau setakat 2 - 3 org mcm kita x minum milo atau nescafe orang lain orang lain ramai lagi yg minum.." .

Ataupun ayatnya begini.. ” Kalau kita nak boikot mestilah dilakukan dengan “large scale”. Kalau setakat kita saja yang boikot sedangkan orang Islam lain di seluruh dunia masih membeli barangan mereka tak ada gunanya. Tak beri kesan pun.”

Sesungguhnya setiap kita perlu memberi sumbangan berdasarkan kemampuan yang ada. Tindakan memboikot oleh kita merupakan sumbangan untuk agama kita. Walaupun hanya tinggal kita seorang sahaja di Malaysia memboikot sedangkan orang lain tidak, itulah sumbangan kita untuk Islam dan rakyat Palestin. Sesungguhnya Allah tidak menilai besar atau kecilnya sumbangan kita, atau apakah sumbangan kita itu mampu memberikan kesan kepada Israel atau tidak sebaliknya kesungguhan kita melakukan sesuatu untuk agama itulah yang akan dinilai Allah. Kesungguhan kita bersandarkan kemampuan kita yang terhad menggambarkan ketaqwaan kita kepada Allah.

KISAH BURUNG KECIL

Kisah bagaimana Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Namrud di dalam api yang panas. Nabi Ibrahim a.s hanya mampu berdoa “Hasbunallah hi wani’malwakil” [cukuplah Allah sebagai penolong]. Tiba-tiba datang seekor burung kecil yang membawa setitis air melalui paruhnya. Burung kecil tersebut lantas menyiramkan titis air tersebut pada api yang besar dan marak untuk membantu memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Tindakan ini dilakukan berulang-ulang kali oleh burung tersebut. Dari segi logik, mustahil titis air yang dibawa oleh burung tersebut mampu memadamkan api yang besar. Bila ditanya kepada burung tersebut, burung tersebut menjawab “Biar pun kecil namun inilah sumbangan aku untuk membantu seorang pesuruh Allah”.

So sebagai manusia ni apa yg kita nak jawab bila di tanya di akhirat nanti ? Apa yg telah kamu lakukan untuk membantu saudara2 kamu yang dizalimi ? Remeh2kanlah perkara ni klau korang nak ada saham bersama menzalimi saudara se islam kita.. wallahualam.

13 comments:

Anonymous said...

susah gak produk yahudi ni bnyk sgt samada sedar x sedar mg dah tepakai.sndri ingt ler..

Cik Cookie said...

Cik Cookie pun dah lm x log in FaceBook.hehehehehe

BUJANG SUSAH said...

Yer encik E.. kita buat la mana yg termampu.. mcm burung tu.. dia buat tu sbb dia takut x boleh jawab dgn Allah bila ditanya nanti. Rasa2nya kita mampu ke nak jawab nanti?


Cik cookie.. Alhamdulillah..

fahmi said...

salam.. terima kasih atas post ni.. nk tutup la akaun bukumuka klu ghupe ni..

Unknown said...

DEPA NI BIJAK... BANYAK MAKAN MINYAK IKAN KOD... KAH..KOH..KEH...

lalink7 said...

Fuh.......
ada hikmah aku takde face bOok..
huhuhuhu..

BUJANG SUSAH said...

elehh.. lalink exsen la plak... uwekkkk........ hehehe

ZOOL@TOD said...

Suka atau tidak kita kena mengakui bahawa puak Yahudi telah berjaya mengawal dunia dengan kebijaksanaannya melaui banyak produk penciptaan mereka.

Kalau nak diikutkan komputer, internet, web 2.0, blogging, gadget (mp3, telefon bimbit) dan bermacam-macam lagi adalah hasil buah tangan puak Yahudi.

Soalan saya perlu ke kita "ban" semua benda ni sedangkan ada manfaat yang boleh kita gunakan untuk pembangunan umat Islam?

Pada saya kita cuba meminimakan penggunaan produk-produk Yahudi ini (Jangan gunakan kalau tidak memberi manfaat).

Sekadar pandangan kecil saya.

Wallahhua'lam

ZOOL@TOD said...

http://www.jewishachievement.com

Rujuk URL di atas untuk melihat "pencapaian orang Yahudi".

Search Engine Google, Microsoft, Intel, Dell antara hasil ciptaan mereka.

Sekadar berkongsi maklumat

BUJANG SUSAH said...

yer encik zol.. mcm yg encik zol kata.. Minimumkan pengunaan produk Yahudi/isreal. Itulah yg sedang sy cuba lakukan. saya buat apa yg termampu.. sebelum ni sy juga guna FB. Tapi bagi saya setakat ni saya masih ada pilihan lain yg fungsinya sama dengan FB. Mungkin saya x perlu dan x nampak di mana penting serta manfaatnya FB ni. Namun seperti yg kita sedia maklum, kita semua punya pendapat berbeza. Jadi terpulang bagi masing2 untuk menilainya. Saya sekadar berkongsikan serta ingat mengingati sesama kita dan tiada niat memaksa org lain untuk terima pendapat serta pandangan saya. Wallahualam.

Terima kasih atas komen saudara. Wassalam.

Anonymous said...

sudah lah bujang susah....FB x der manfaat kat ko....ko kata lah org yg guna FB tu sokong produk yahudi...berpijak dibumi yg nyata lah beb....nak minimumkan penggunaan.......satu ari ko kena guna internet 15minit jer....jgn hadap lama2 suma ni produk yahudi...org jenis mcm ko ni mmg mcm ni ramai dah aku jumpa...bila kena part ko....ko akan ada jawapan dia lah...aku bg contoh rasuah....bila org lain bg rasuah ko ckp haram berdosa...tp bila kena lak kat ko "x per aku bukan niat nak bg rasuah..aku ikhlas bg"..lu pikir lah sendiri brooo....

BUJANG SUSAH said...

hehehhe... rasa2nya mcm pernah ku dengar suara2 ini ya... tp dimana ya... hehehhe..
Terpulang la bro.. itu pendapat lu.. gua pun x paksa lu buat apa2 pun.. gua sampaikan pesanan apa yg gua rasa perlu jer. yang menilaikan serta mendifinasikan sesuatu tu adalah manusia tu sendiri.. gua x kata gua bagus pun.. tp sekurang2nya gua cuba jugak elak apa yg termampu.. klau kita tau kita ni x baik, xkan xder terniat langsung untuk berubah jadi yg terbaik bro..? xkan kita kena berbangga dan bersuka ria dgn ketidakbaikkan tu bro.. wallahualam.

Anonymous said...

http://www.hafenradio.net/hrfo//thread.php?postid=14167
http://gunturmp.com/forum/viewtopic.php?f=2&t=49014&p=59097
http://forums.blistering.com/phpBB3/viewtopic.php?f=31&t=80960&p=481269