بسم الله الرحمن الرحيم
Tanah runtuh: Pulau Pinang sumbang RM25,000
KUALA LUMPUR, 22 Mei: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mencadangkan pemberian sebanyak RM25,000 kepada mangsa tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Beliau yang juga Setiausaha DAP turut mengucapkan takziah kepada semua 16 orang mangsa yang terkorban dan 9 orang lain yang cedera dalam mala petaka tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.
“Mala petaka ini amat menyayat hati dan telah menyentuh hati semua rakyat Malaysia tanpa kira bangsa dan agama yang penuh simpati dan kesedihan kepada mangsa-mangsa,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.
DAP juga, katanya ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat dan pihak polis yang bertungkus-lumus menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa dengan penuh dedikasi.
Beliau yang juga ahli Parlimen Bagan menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan tragedi seperti itu dapat dielakkan.
“Pada masa yang sama, kerajaan negeri Pulau Pinang akan mencadangkan pemberian sebanyak RM25,000 kepada semua mangsa dan Rumah Anak Yatim," ujarnya.
Menurutnya, sungguhpun wang tidak seberapa, ia adalah sokongan moral untuk memberikan semangat kepada keluarga mangsa yang terkorban dan mereka yang terselamat meneruskan kehidupan dengan tabah hati. - Harakahdaily
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
6 comments:
dap mai perintah perlis plak... hidup kami terseksa di bawah payung bn sekian lama pembangunan pun tak ada apatah lagi membela nasib sebangsa.
Salam bro;
Lu macam tak paham pulak, keraaaa..jaan bn mana ada duit banyak2 nak tolong rakyat... nak buncitkan perut kroni diorang ada laaaa...
hahaha...
1st aku tak bias ngn mane2 parti politik... tp sorry la bro.. pada aku kenyataan kt situ "bercadang" so tak tau betul tak lg.. tak perlu ler nak hentam sana sini... bila betul dh bg.. baru sedap nak tulis bgtau kan ;) tu sekadar pendapat aku ler.. ld satu ape aku nampak ngn dap ni.. bagi 1 amik nye 5.. so itu ape yg aku nampak laa..
Setuju ngn POHPALEH BURGER...Tula pembangkang,baru cadangan dah jaja cerita sana sini,gemparkan satu Malaysia,mcm AnWar jgk dulu...sudahnye janji tah kemana..Yang kesiannya orang2 kampung yang kolot ni,taktau pape dok percaya cakap2 kosong pembangkang..Orang Melayu bukak mata,jgn dok terpedaya cubaan pembangkang bawak masuk pengaruh yahudi,aku tak sokong mane2 tapi lebih baik kerajaan skg drp pengaruh yahudi pembangkang yang dibawa sikit2 melalui pakatan pembangkang dan kemudiannya sapelah Orang melayu di Tanah Air Sendiri...Sory bujang susah..blogger kan berkongsi idea..ni pandangan aku...
bangang!!! mmg ler kena ada cadangan lembu.. kemudian akan dimesyuaratkan.. ko ingat ni duit bapak ko ke? ni kan duit rakyat. ko ingat kerajaan PR ni mcm kerajaan umno ke xyah cadang xyah bincang suka2 bagi kat rosmah RM111 juta. nanti klau main suka2 bagi ko kata kerajaan PR x telus plak bila audit dibuat. ko ni semua jauh lagi la nak cerita pasal pentadbiran. elok korang diam jer. lagi banyak cakap lagi nampak kebodohan korang.
pandai la kalian2 semua...
kerajaan pusat sumbang RM10k bagi setiap keluarga mangsa, korang darabkan sendiri bape ramai keluarga mangsa, walhal penang bg RM25k utk KESEMUA..oh, plus, kerajaan pusat tanggung sume perbelanjaan hospital dan pengurusan jenazah...
betulkan fakta tu dulu..
papepon aku x wat perbandingan. xpalah kerajaan penang nk bg skit pon, tp aku ttp seronok n bangga bile dengar berita ni. xdak pon nak banding nilai sumbangan2 ni suma. dan aku kagum, kerajaan penang yg didokong oleh org2 Cina lebih dahulu bg sumbangan berbanding kerajaan2 negeri pembangkang lain yg didokong org Melayu sdiri. kerajaan Kelantan xnak sumbang pape ke? :)
Post a Comment