Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, May 28, 2011

TERIMA KASIH NAJIB KERANA PERIHATIN KEPADA RAKYAT

بسم الله الرحمن الرحيم

K'jaan luluskan kenaikan tarif elektrik

Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Menurut kenyataan media ringkas dari kementerian Chin petang tadi, pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

“Semakan harga gas dan tarif elektrik masih diperhalusi dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,” petik kenyataan itu.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter. - Mkini

Singapura potong gaji Menteri, Malaysia potong Subsidi.

SINGAPURA 22 Mei – Gaji menteri-menteri Kabinet Singapura akan dikaji semula menyaksikan gaji mereka dipotong apabila formula gaji sedia ada menteri-menteri dimansuh, kata seorang pemimpin masyarakat berpengaruh Gerard Ee.

Gaji tinggi yang diterima anggota Kabinet merupakan satu daripada beberapa isu yang dibangkitkan semasa pilihan raya umum lalu, selain kenaikan kos tinggi perumahan awam, penjagaan kesihatan dan barangan asas. – Agensi

Note: Kah kah kah kah... Singapura bila ada kenaikkan kos barangan asas, gaji menteri kena potong.. Kat Malaysia bila bik mama pergi bershopping kat Turki, rakyat Malaysia yang kena tanggung beban.. kah kah kah kah.. yang paling gembira sekali ialah penyokong umporno.. mungkin sebab penyokong umno/najib ni bila beli barang tunjuk saja kad keahlian umno harga barang dapat murah.. bayar bik elektrik dan air dapat potongan.. tuang minyak dapat free agaknya.. kah kah kah kah.. bangang tak sudah-sudah...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

Amuraria said...

KERAJAAN YANG AMAT PERIHATIN TERHADAP RAKYAT YANG DIDAHULUKAN ! PANDY KUTTY DAA !

puteri said...

adoi poning palo eden

heran
nape la skong sngt 'barang naik' harga

kasi potong said...

Ayuh rakyat Malaysia sekalian! Mulakan kempen POTONG GAJI MENTERI!!!

Kepada blogger2 sekalian sila mulakan desakan dan kempen potong gaji menteri sekalian demi untuk rakyat dan negara...

ijoks2009 said...

terimakasih kerajaan malaysia kerana perihatin masaalah rakyat,
Ketika rakyat risau dengan kadar jenayah dan masaalah sosial yang kian parah,kerajaan tarik balik bantuan sekolah agama

Ketika rakyat kampung sedang bergelut dengan kejatuhan harga getah,kerajaan tarik balik subsidi munyak

Ketika rakyat bagai nak gila memikirkan harga barang semakin melambung ,kerajaan tarik pula subsidi gula dan bil letrik.

Ketika rakyatnya yang bujang sedang berhempas pulas kumpul duit nak kawin kerajaan tambahkan lagi bebanannya sehingga dia jadi bagai nak gila,hehehe

Terimakasih terimakasih terimakasih..