Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, May 26, 2011

NAJIB DAN BN TIPU RAKYAT LAGI

بسم الله الرحمن الرحيم



Kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bahawa RM19 bilion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi menimbulkan rasa kurang senang bagi pihak Pakatan Rakyat terutamanya DAP..

Petronas terpaksa melupuskan RM19 billion setahun dari keuntungannya bagi membantu IPP dan TNB, bukan di panggil subsidi, jadi apakah istillah yang sesuai dan betul bagi menggambarkan kerugian ini yang terpaksa di tanggung Petronas ini?

Kuasa yang dijanakan oleh IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara manakala TNB membekalkan 40 peratus. Ini tanda jelas bahawa IPP mendapat manfaat paling besar daripada RM19 bilion yang diperuntukan itu..

Kan lagi bagus jika peruntukan RM19 billion tu di gunakan untuk meringankan beban 27 juta rakyat yg ada di Malaysia ni..

Persoalan yang harus dijawab oleh parti yang memerintah iaitu Umno/BeEnd ialah mengapa tarif gas yang dijual kepada IPP tidak boleh naik lebih tinggi sedangkan harga gula, diesel dan petrol yang dijual kepada orang awam dan rakyat Malaysia boleh naik dengan pengurangan subsidi?

Kerajaan Umno/BeEnd boleh menipu rakyat bahawa kerugian RM19 bilion oleh Petronas itu adalah bukan subsidi kepada IPP dan TNB. Tetapi mereka tidak akan berjaya menipu masyarakat bahawa kekayaan IPP adalah hasil daripada penderitaan yang terpaksa dibayar dari kenaikan harga barangan.

Kegagalan Umno/BeEnd untuk memastikan IPP membayar tarif gas mengikut harga pasaran dan menghentikan kenaikan harga pasaran yang dijangka bermula Jun 2011 menunjukkan bahawa rakyat adalah sasaran BN untuk menanggung beban atas kenaikan harga barangan di pasaran. - kopitarikkaw



Note: Najib beri subsidi berbillion ringgit pada syarikat besar tapi tarik subsidi rakyat yang hanya ratusan juta.. Syarikat besar ditatang bagai minyak yang penuh tapi rakyat dibuat seperti sampah.. yang paling sampah sekali ialah penyokong najib.. tiap2 hari kena tipu dgn najib pun masih sokong lagi.. apa nak kata.. kalau tak bodoh bangang bukanlah penyokong umno namanya..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

0 comments: