بسم الله الرحمن الرحيم
DAPAT AIR DAN SEKOTAK ROKOK PUN KAMI DAH GEMBIRA
Jika penoreh getah lain berlumba-lumba mengejar pendapatan lumayan hasil jualan getah ekoran kenaikan harga komoditi itu, lain pula ceritanya bagi beberapa penoreh getah di Kampung Kerai di sini.
Pemuda yang mahu dikenali sebagai Dee, 37, berkata pendapatannya yang boleh mencecah RM500 sehari itu, sanggup ditinggalkan demi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Ahad ini yang sekaligus membolehkan agenda pembangunan di kampungnya diteruskan.
"Saya dengan rela hati turun padang membantu BN dengan memasang bendera di sekitar kampung saya tidak kira siang atau pun malam demi memastikan BN menang. Kami di kampung berasa amat selesa di bawah pentadbiran BN," katanya dengan penuh semangat.
Dee berkata walaupun sedar tugasan itu mengundang risiko namun beliau dan rakan-rakannya sanggup melakukan tugas itu secara sukarela.
"Kalau nak kira bayaran, dah banyak dah kita dapat manfaat daripada bantuan kerajaan. Jadi bayaran itu bukan masalahnya. Dapat air dan sekotak rokok pun kami dah gembira," katanya yang turut disokong rakannya Rozaimi Mohd Ali, 24. - Bernama
Note: Kah..kah..kah..kah.. Berapa ratus ekar ko punya kebun getah ni sampai boleh dapat RM500 sehari.. Patut-patut la kalau nak menipu pun.. patut-patut la kalau nak kipas pun.. Kah..kah..kah..kah.. Sehari RM500 sebulan boleh dapat RM15 ribu.. fuhhh.. paling bangsat pun mamat ni mesti pakai C class 230 Kompressor ni... klau tak pun mesti pakai Toyota Alphard vellfire Kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
5 comments:
orang baru nak hidup memang mudah di gula-gula kan kah kah kah
Jualan untuk suku ekar= RM 300 (lebih kurang 100 btg pokok getah)
Ali..pekebun kecil
bangsat punya sembang dapat 500sehari
oo ali pekebun kecil 4:20 AM. hang punya sembang lagi power.. habis2 rapat pun 1 ekar boleh tanam 200 batang je la bangang..!!! tu dah habis rapat la tu. yg hang ni suku ekar boleh tanam 100 batang? bermakna 1 ekar boleh cecah 400 batang pokok getah hang? ni pokok getah ke pokok lalang ni? agak2 ler klau nak menipu pun bangang..!!!
lagi hang punya getah suku ekar leh dapat rm300. bermakna 1 ekar dah dapat rm1200. X payah banyak.. katakanlah hang ada 5 ekar pokok getah. bermakna hang boleh dapat rm6000 sehari tu.. wakakakakaa.. agak2 ler klau nak menipu pun. asalkan boleh sembang jer la hang ni.. bangang!!!!! kira2 bodoh.. konon nak buat2 pandai.. wakakakakaa
he he he he he, ali ni bodoh mcm amat maslan la... hihihihi
Post a Comment