Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, March 10, 2011

MUHYIDDIN PERTAHAN MCA DALAM ISU JUDI

بسم الله الرحمن الرحيم

Muhyidin kritik tindakan Kelantan haramkan loteri


Klik pada image untuk besarkan.

Inilah halangannya di dalam menegakkan hukum, membasmi maksiat yang dilakukan oleh Kerajaan PAS di Kelantan. Bila terdapat premis-premis loteri haram di Kelantan yang beroperasi menggunakan lesen Kerajaan Pusat, gerombolan songkok tinggi heboh di dada-dada akhbar, internet dan facebook menghina Kelantan dengan jolokan Serambi Loteri, Cakap tak serupa bikin, Islam palsu dan sebagainya.

Mereka menghina Tuan Guru Nik Aziz dengan jolokan kononnya sengaja membiarkan premis judi haram beroperasi di Kelantan. Mereka kata perjuangan Islam PAS bohong kerana tidak mahu membasmi judi dan loteri di Kelantan. Namun apabila Kerajaan Kelantan mengambil tindakan terhadap premis-premis loteri tersebut, MCA bangun menentang Kerajaan Kelantan dan mahu mengambil tindakan kerana mereka mendakwa sudah mendapatkan lesen dari Kerajaan Pusat [MCA Mengamuk].

MCA tu dah terang-terang cina kafir, kalau dia bantah memang tak pelik, tapi yang agak pelik bila kali ini Muhyidin Yassin pula tampil sebagai hero untuk membela tokey-tokey judi di Kelantan. Muhyidin dengan yakin berkata kononnya Orang Cina tidak puas hati kerana menyentuh hak mereka. Nampaknya Muhyidin lebih tau dari orang cina sendiri [mStar]




Bila terdapat judi haram di Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz dituduh tidak mengamalkan Islam sebenar, pembohong, penakut, diperkudakan DAP dan sebagainya. Bila ambil tindakan, mereka kata menyentuh hak Orang Cina pula. Orang yang mengaku Islam, sepatutnya menyokong sebaliknya mengkritik tindakan mengharamkan judi dan loteri. Perangai sama sahaja macam orang kafir. - milosuam

Note: Kah..kah..kah..kah. Najwa sihat ke pak Muhyiddin..? kah..kah..kah..kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

0 comments: