بسم الله الرحمن الرحيم
Nazri akui wujud pejabat First Lady untuk bantu ‘tugas’ Rosmah
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengakui kewujudan Divisyen Wanita Pertama Malaysia (FLOM) tetapi berdolak-dalik dengan mengatakan pegawai Jabatan Perdana Menteri (JPM) hanya dipinjamkan untuk membantu ‘tugas’ Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau berkata, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang diambil bertugas di Pejabat Perdana Menteri.
“Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau,” lapor Malaysiakini.
Nazri kemudian memberi alasan senarai enam pegawai FLOM pada direktori JPM dikeluarkan dari laman sesawangnya kerana ia sedang dikemas kini, kononnya bagi mengelakkan kekeliruan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan.
Sementara itu, HarakahDaily melaporkan, kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
Perkara itu diakui Nazri dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan sama Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di Parlimen hari ini.
Bagaimanapun, soalan Firdaus sama ada kos itu tersenarai dalam bajet 2011, tidak dinyatakan jawapan.
Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai Menteri Wanita, isteri-isteri menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.
Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan Jemaah Menteri.
Isu lawatan Rosmah sebelum ini menjadi pertikaian banyak pihak ekoran didakwa melangkaui bidang kuasa menteri berkaitan yang hanya menjadi peserta rombongan.
Turut dipertikaikan, kos yang ditanggung kerajaan di saat rakyat berdepan pelbagai tekanan ekonomi. - keadilandaily
Note: Yer.. lepas ni bik mama dan isteri-isteri menteri nak membeli belah kat mana pulak? Ambil la wang rakyat lagi.. Bukan susah pun agak-agak tak cukup suruh la najib naikkan harga minyak... Jangan takut.. orang melayu masih ramai lagi di Malaysia ni.. Orang melayu biar mati tak makan.. biar hidup terhimpit hutang.. biar tanah habis tergadai namun umno tetap dihati... Kah..kah..kah..kah..
Note: Pernah aku bertanya pada seorang penyokong setia umno... " Pakcik tak rasa ke hidup ni susah .. minyak mahal.. barang-barang semua naik harga..?" Dia jawab dengan penuh perasaan. "Maunya tak rasa.. aku anak ada 5 orang, semua sekolah lagi.. harta dah la takda.. kerja ambil upah petik sawit. gaji berapa sen sangat.. Bila badan sakit terpaksa cuti, dah tentu tak dapat gaji. Mana nak bayar yuran sekolah anak, mana nak beli beras. terpaksa selalu berhutang dan pinjam duit sana sini.. tiap-tiap hari hutang bertambah.." Aku cuba smash dia sikit.. "Dah tu kenapa sokong kerajaan BN yang tak pernah nak ambil tahu kesusahan rakyat ni?" Dengan muka slumber dia jawab.. " Itu bukan salah kerajaan.. minyak naik salah orang yg jual minyak la.. barang-barang naik salah tokeh kedai.."
Note: Kesimpulannya.. Selagi ada melayu (bodoh) selama itulah Umno/Bn akan terus berkuasa.. Kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
7 comments:
bukan lawatan urusan kerja pun ni gua rasa
nk gi shopping je ni..
bodoh punya pakcik pnya jwpn, makcik felda ngn pakcik felda pulak cerdik ke ape ek?
sik baik la sy x kena byr cukai. kalu x sia2 je duit cukai tu msk poket depa.setau sy, dulu hasmah pon x mcm dia.tu br sethn dua najib jd PM, kalu 10 thn? 20 thn?
puan aniesandyou awk tinggal dalam gua batu ke? mcmna boleh tak kena bayar cukai plak? air, elektrik, cukai tanah, gula, kopi, beras, susu, lampin dan segala apa saja yg dibeli dikedai tu dah dicukai oleh kerajaan. mcmana awk kata awk x bayar cukai plak? org asli pun dah kena cukai skrg ni.. boleh plak awk yg x asli ni kata awk x bayar cukai. hairan..hairan..
ada sekali tu lg best..ade pakcik tu marah2 kata:apasal la yg korang bising2 harga minyak naik..pakcik dr dulu isi minyak motor pakcik 5 ringgit je pon,xnaik pon harga minyak tu..
haha kalo ikutkan hati aku,nak je aku tolak kepala pakcik tu masuk dlm tangki minyak motor dia tu..suh tgk betul2 minyak motor dia ada byk mana..haih bilalah org2 mcm ni nak sedar diri..
jgn bro.. jgn tolak kepala pakcik tu dalam tangki motor.. tapi ketuk tangki motor tu kat kepala pakcik tu... ka kah kah
lingkup la malaysia bro jap lai.kalo beruk2 nie di biorkan je.hancus..duit buang mcm tu je...VAVI tul!!!
Post a Comment