Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, March 8, 2011

RON 95 NAIK HARGA LAGI

بسم الله الرحمن الرحيم

Harga RON95 perlu dikaji semula



KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.

''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.

''Sekiranya trend kenaikan harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan, kerajaan perlu menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi pasaran tempatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini. - Utusan

Note: Kah..kah..kah..kah.. Susu tepung baru naik harga.. Minyak nak naik harga... lepas tu barang-barang semua ikut naik harga.. Terima kasih umno..jangan takut umno.. naikkanlah harga minyak tinggi-tinggi.. apa ada hal.. kami yang bodoh ini pasti tetap setia pada anda.. Kah..kah..kah..kah.. Undilah Kerajaan Barisan Nasional...!!! Kah..kah..kah..kahaaaakkkkk tuuuihhh...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

azwandengkil said...

Bro, itulah hadiah kemenangan BN di PRK.

Anonymous said...

der, ni lah janji2 manis puak2 apno selepas PRK... bukan sekali dua jadi camni der, dah berpuloh kali! kuikuikuikui memang jahnam n cilaka puak2 ni, tapi masih ade lagi bangang kuasa 83 sebab masih menyokong puak2 apno ni! sial sungguh!

Adylia Qarissa said...

As salam.... kalo sume brg nak naik harga..gaji pendapatan ttp di takuk lama,x lama lagi bolehlah kite sama2 lihat, rakyat kan papa kedana di tanah air sendiri.