Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, March 8, 2011

PAKAIAN MUSLIMAH JADI BAHAN LAWAK DI MALAYSIA

بسم الله الرحمن الرحيم



Rancangan Oh Yeah! yang ditayangkan di Astro, menayangkan lawak yang melampau. Artis Muslimah Melayu (Khairiah) berlakon hingga memberikan persepsi negatif kepada Islam (menghina Islam) dengan memberi intrepetasi pakaian Muslimah (dalam lakonannya) mengikut citarasa sendiri untuk dijadikan bahan gelak tawa.

Memang bila perkara begini berlaku, tidak ramai yang melenting. Malah tidak mengambil endah sedikitpun. Golongan berwajib hanya melenting apabila sesuatu perkara itu boleh dijadikan isu khususnya menyentuh mengenai politik melibatkan Pakatan Rakyat. Ataupun juga penghinaan oleh Non Muslim seperti video yang dibuat oleh Namawee (yang jelas bukan Islam). Namun bila melibatkan orang Islam sendiri, tidak kira individu berkepentingan atau badan tertentu Kerajaan, hanya mendiamkan diri sahaja.

Apabila ada sebarang penghinaan kepada Islam di Youtube, di Facebook, dan lain-lain berlaku di Malaysia baru muncul "pejuang yang nak jadi hero ini". Bila ada isu yang berkait Islam yang boleh dipolitikkan, baru mereka nak heboh. Sedangkan Media TV sendiri memperleceh dan perlekeh Islam didepan penonton Islam dan bukan Islam dengan menjadikan ia sebagai bahan gelak tawa, mereka senyap sahaja. Penghinaan sebegini dibiarkan. Penghinaan begini jugalah yang dilulus tayangkan.

Apakah reaksi pihak berwajib?? - http://jilfityan.blogspot.com



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

mariah said...

setuju....

Bila mula dipertikaikan, baru masing-masing nak ambil pendekatan padahal media sangat memainkan peranan penting pada gejala penghinaan ini.!

Azwan said...

Selagi tak mengancam periuk nasi pemimpin UMNO, selagi itu sesuatu perkara itu tidak dianggap bahaya.

Akidah tergadai pun takpa, janji fulus masyuk...tak gitu ke wahai pemimpin dan penyokong umno?

IrfanzBlog said...

Ini sudah menjadi perkara biasa di Malaysia. Ini kerana kebanyakkan media serta artis tak menghiraukan hal yg sensitif seperti ini. Mereka hanya fikirkan keuntungan walaupun terpaksa menghina agama. Alasan mereka ini cuma berlakon untuk mencari rezaki..

azwandengkil said...

Kena ada yang berani tampil dan buat laporan ttg perkara ini.

Anonymous said...

setju dgn entry ni. Masalahnya artis sendiri tak pernah ada sensitiviti pada agama. Semua benda nak dijaikan modal duit. Agama dipersendakan. Sangat pelik kalau ada yang buat artis jadi idola. Bagi sy, sgt2 tak sesuai.