Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, March 9, 2011

MENTERI TAK TAHU BEZA NOTIS DAN SAMAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Kegagalan Kerajaan Faham Beza Notis Dan Saman Memalukan



KUALA LUMPUR 8 MAC: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kegagalan pihak kerajaan memahami perbezaan antara notis dan saman merupakan perkara yang memalukan.

Reaksi ini dibuat berikutan jawapan yang dikemukakan Timbalan Menteri Pengangkutan berhubung soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing dan soalan tambahan daripada Mahfuz ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat.

"Kita agak terkejut bagaimana pihak kementerian tidak boleh memahami persoalan pokok yang terdapat dalam undang-undang Akta Pengangkutan Jalan dan mereka tidak boleh membezakan antara saman dengan notis," katanya.

Mahfuz Omar yang juga Pengerusi Kempen Anti-Saman Ekor berkata, kerajaan sepatutnya akur dengan tafsiran yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuching berhubung Akta Undang-undang Pengangkutan Jalan Seksyen 17 (1) (D).

"Apa yang ingin saya ditimbulkan adalah yang diberikan notis untuk kita memberitahu tentang maklumat dalam tempoh tujuh hari untuk kita menjawab. Apa yang diberitahu oleh pihak menteri apabila kita tidak menjawab lalu menganggap kita melakukan satu kelasalahan dan telah menggunakan 17 (1) (D) untuk blacklist kenderaan-kenderaan kita sedangkan mengikut undang-unang lama dia perlu menyaman kita di mahkamah mengapa kita tidak menjawab," katanya.

Mahkamah Tinggi Kuching mentafsirkan Akta Undang-Undang Pengangkutan Jalan Seksyen 17 (1)(D) merupakan perkara yang dianggap perkara belum selesai; merujuk kepada perkara yang belum diselesaikan di peringkat mahkamah.

Mahfuz menyifatkan tindakan ini memalukan memandangkan pihak kerajaan sendiri menggesa pemilik kenderaan mematuhi undang-undang sedangkan mereka sendiri tidak melaksanakan undang-undang mengikut peruntukan yang ditetapkan.

"Sehingga sekarang kerajaan hampir 17juta saman yang dianggap tertunggak. Saman mana boleh tertunggak, kalau saman itu pergi ke mahkamah, mahkamah putuskan bayaran dan perlu bayar disitu. Itu adalah notis tertunggak. Notis tertunggak bukan pada penerima notis sebaliknya merupakan kesalahan polis untuk membawa orang yang menerima notis itu ke mahkamah," katanya.

Mahfuz menambah, keadaan ini pihak kerajaan mengatasi kuasa mahkamah dan meminta kerajaan tidak menyusahkan rakyat memandangkan masalah ini berpunca daripada pihak polis dan JPJ yang tidak mengikut prosedur yang diperuntukan undang-undang.

Sementara itu, Penasihat Undang- Undang Kempen Anti-Saman Ekor (KASE), Zulhilmi Shariff menyatakan rakyat perlu faham kuasa menghukum semua pesalah tertakluk pada mahkamah dan bukannya pihak kerajaan.

"Persoalan yang paling besar ditimbulkan dalam isu saman ekor ini, Ketua Trafik Bukit Aman atau Timbalan Menteri menyebut, kita beri peluang untuk rakyat membayar saman sehingga 10 Mac. Persoalannya di sini, siapa yang suruh bayar? Itu yang paling penting," katanya.

Zulhilmi menambah, kompaun yang dinyatakan merupakan tawaran yang diberikan dan terpulang kepada pemandu sama-ada untuk menerima atau menolaknya.

"Kalau dia mendakwa mengesyaki kita melakukan kesalahan dia dakwa kita di mahkamah dan biar mahkamah hukum kita bukannya polis. Dia hantar notis meminta maklumat seperti yang dimaklumkan Timbalan Menteri dalam dewan Notis 170 A dibawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan adalah notis meminta maklumat pemandu yang perlu dijawab dalam masa 7 hari.

"Kalau kita tidak jawab seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan menyatakan kita hendaklah memuaskan hati mahkamah bahawa kita tidak tahu siapa yang membawa. Maksudnya di sini kita ke mahkamah dan kita menjawab kita tidak tahu siapa yang membawa kenderaan ini. Bukan kita tidak jawab dalam masa 7 hari polis atau JPJ terus blacklist. Itu adalah menghukum," katanya.

Ujar beliau lagi, saman tidak perlu dibayar dan disemak sebaliknya pihak polis atau JPJ perlu membuktikan sama ada pemandu bersalah seperti yang didakwa.



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

mijiemobile said...

Menakut-nakut dan memperbodohkan rakyat malaysia untuk mengutip duit secara cepat buat modal PRU.Dah banyak kali cara macam ni digunakan.

Sally said...

Sy sangat setuju ..tah apa2 kesalahan yang mana kadang2..saman yang ada bukan pada masa kenderaan kita berada dilokasi kejadian..jadi..mahu tak mahu sudah tertera kesalahan itu atas no pendaftaran kerata kita..kna jugaklah bayar.rasa tak adil sangat.