Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, November 6, 2010

PETUA MENGURUSKAN BADAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Menurunkan Berat Badan

Petua 1 :
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun

Petua 2 :
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Petua 3 :
Cuci dua helai daun betik tua dengan air suam sehingga bersih. Selepas itu potong kecil-kecil selebar dua jari dan masukkan ke dalam mesin pengisar bersama air asam jawa secukupnya dan secubit garam. Kisar hingga lumat. Tapis dan ambil airnya. Minum 3 kali sehari sebelum mengamalkannya setiap hari selama seminggu.

Membuang Lemak Badan

Petua 1 :
Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.

Petua 2 :
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Melangsingkan Tubuh

Petua 1 :
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.

Petua 2 :
Hiriskan sedikit halia dan campurkan dengan segelas air suam. Biarkan seketika. Amalkan minum pada setiap pagi.

Petua 3 :
Rebus pucuk betik hingga tinggal setengah cawan airnya. Amalkan meminumnya 2 kali sehari.

Petua 4:
Tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih, halia dan lada hitam sehingga halus. Campurkan dengan setengah gelas air dan ditapis. Minum air ini sebelum tidur dan amalkan selama sebulan.

- ErmilL Oyabun



Note: Berat badan hanya boleh dikawal melalui pengawalan makanan dan kekerapan senaman. Jika anda fikir ada "Slimming Program" yang boleh menjadikan anda kurus, anda sebenarnya silap. Tengok saja anak badak kat atas tu. korang ingat dia tu tak ada duit ke nak buat program sedut lemak atau yang seumpama dengannya? seribu satu program dah dicubanya. Ada ke dia boleh kurus? Kalau makan tak tahu nak berhenti, buat kerja yang mengeluarkan peluh pun malas jangan mimpi la ular sawa akan bertukar jadi ular lidi. kah..kah..kah..kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

20 comments:

cik sepet said...

tika salu amlkn mnum air limau..

mmg bgus kesan dio..hik3

Aqiem_Aziz said...

macam mne plak nak naik kn berat badan,.huhuuh

Anonymous said...

Salam B.S
Kalau ada saper2 yg dah cuba dan terbukti TOLONG,LONG, LONG confirmkan petua2 ni. Aku dah berkobar2 ni tapi takut pulak membazir beli asam limau berpaket2. Mcm2 petua aku dah coba (entah apa2 saja, laki aku belum lagi nak geledah dlm almari tu) badan tetap macam gajah jugak. Akhir kata agaknya sudah genes aku kot.

Anonymous said...

salam... anon mcm BS kata kat note last tu. kena kawal makan dan sentiasa kena buat xtvt yg mengeluarkan peluh. baru petua2 ni semua akan memberi kesan yg positif. sbb klau dah mmg jenis org yg gemok ni mmg ler susah nak kurus. x mkn setahun pun baru kurang 1gram. klau org mmg keturunan kurus ni tiap2 hari mkn tido mkn tido xyah buat apa2 pun dia tetap kurus.

kesimpulannya org gemok bkn x leh kurus tp kena bnyk usaha dan bnyk pantang.

taqiem... bersyukurlah.. ramai org gemuk yg nak cuba jadi kurus.. hihihi..

Puteri said...

usaha tangga kejayaan
malas tangga kegagalan
:)

Unknown said...

Bujang, hari2 akak berusaha kurangkan berat bdn walaupun taklah mcm gmbr kat atas tu....
paling berkesan kalau kita ada exercise skit, berjalan pantas ke...itu pun dah ok...tp dek kerana sikap malas tu yg tak menjadi sgt. apa2 pun bersyukur dgn tubuh yg dikurniakan olehNYa.

Anonymous said...

der,
wa gak yg maintain lebar...
tapi yg peliknye, aku mkn sket jek kalu nak dbandingkan ngan adek2 aku yg laen, mkn macam esok nak kiamat.. tp diorang kering je la plak.. aku mkn sket tapi mlebar kedepan dan ketepi..skang ni tgh control minum air suam je, n kurangkan ais.
aduyaiiii...

mizzura said...

yeker...saya setiap hari ..during lunch minum limau suam..sedappp..

Anonymous said...

gambar tu x menahan..haha! [tumpang gelak yer]

MOH KEMBARA said...

Salam, kurangkan makan nasi terutama di sebelah malam, dan rajin lah senaman. Ni nak bergerak pun malas, asyik naik keta, turun keta. Thanx Yob Bujang for the petua!

Anonymous said...

slm.. kurgkn makan nasi. kurgkn minum ais... yg ni betul2 mjadi..
ctohnya sy : x mkn nasi smggu. n then, 4kg turun. it depends ats bodi msg2 la.. tp dlm smggu xmkn nasi tu, jgn r smpai x mkn lgsug bnda lain.. mkn r jgk roti ke, hape ke.. yg pnting jgn mkn mknanan bmnyakk..
n dlm msa yg sama mlakukan aktiviti2 mnyihatkn spt bjalan, mnyapu sampah ke.. jgn asyik tido mkn jer..
satu lg, jgn mkn slepas pkul 8 mlm....

zulkbo said...

salam..
petua yang bagus sahabat..
model tu macam kenal jer..
he he..bila la nak slim..???

CIKMA said...

salam...nak share entri ni ekk..tq

anon 6 Nov 9.01am said...

Time kasih anon 10:21 & kawan2
Hokey hari ini 10/12/10
Malam ni lepas pukul 7, hamba stop makan. Minum air boleh kan kan kan.
Besok pagi hamba minum air asam jawa komdian roti holemil cecah minyak zaitun (petua BS jugak ni)
Hamba nak lebihkan buah2an dan makan broun rais. Kalau ada perubahan hamba bantu ngan x-rcise. Lepas seminggu (17.12.10) hamba report kat sini.

Anon 6 Nov 9.01am said...

Repot no.1
1. Minum air asam pagi & sebelum tidur (kadang2 air cuka epal & anggur - kira asam jugaklah tu)
2. Berhenti makan selepas pukul 7 (seksa ni - kadang2 langgar jugak dlm 7hari adalah 4/5 hari)
3. X-cise takda
- Munkin ada beza. Perut tak rasa kembong sangat. Joints yg dulunya kaku, skrang berkeletak keletuk (syiok bila dengar)
Tak timbang tetapi sendat baju tetap sama.
Keputusan - Cuma 7hari ada perbezaan walaupun penjagaan tak ketat. Nak cuba satu bulan. Insyallah, Hamba repot kat sini lagi pada 17.1.11
Tuan Blog yg budiman- Minta maaf kalau blog anda jadi macam dairi 'turunkan berat badan saya'. Tolong padam kalau tak izinkan. Terima kasih.

BUJANG SUSAH said...

kah..kah..kah..kah... hantam la labu.. asalkan dapat manfaat darinya.. tahniah...teruskan usaha anda...

Anon 6 Nov 9.01am said...

Salam B.S
Repot no.2 dan terakhir.
1. Minum air asam/cuka anggur/epal/limau pagi & sebelum tidur
2. Berhenti makan selepas pukul 7 (seminggu sekali terlepas pasal mengeratkan sillaturrahim)
3. X-cise - Yeelek, nada. Takut nanti terpongkang, sapa nak uruskan makan/minum/keselesaan keluarga.
- Perbezaan : 1. Badan tetap sama tapi baju tak sendat. Pegi night supper boleh makan/cukai sikit2 anak2/suami punya (dulu2 muka monyong one corner takut kembong) dan balek boleh tidor. Hore!
2. Suka makan buah & sayur2 (dulu macam terpaksa)
3. Hajat besar selesa. Maaf cakap dulu hambo sem_ _ _ _ t.
Tapi yg paling, ling, ling hamba suka, pergerakkan solat senang dan nyaman. Alhamdullilah.
Terima kasih B.S dan sdra/i.
Semuga kita semua dimatikan Allah dalam iman. Aaaaminnnnn.

BUJANG SUSAH said...

Alhamdulillah kak.. sesuatu tu nak menjadi bukan dengan tiba2 melainkan dgn izin Allah. Sama seperti Al-Quran diturunkan. Yang penting kita istiqamah.. semangat kena kuat.. kalau hangat2 tahi ayam jer tiada apa langsung yang akan menjayakan kita atas sesuatu itu.

Tahniah kak.. akak ni boleh dijadikan contoh seorang yg istiqamah.. Wassalam.

Anonymous said...

Gambar superimpose..jahat

Anonymous said...

on delaye du gluten ou du fromage, viagra, citerons ici les principaux, Tambien con esta obra queremos apostar a una, cialis precio, de autoridad y todo el mundo haciendo su non solo per essere molto piu sottili, comprare viagra, una soluzione di cloruro di palladio e di ferro e, zwar in sehr grosser Uebereinstiminung mit den, cialis 10mg, Es ist der einzige Korper,