Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, August 9, 2010

RASMINYA PKR RANTING KAMPUNG JAWA

بسم الله الرحمن الرحيم

LAPORAN KHASMAJLIS PERASMIAN PKR RANTING KG. JAWA, CHUAH



KAMPUNG JAWA, CHUAH – Selepas berjaya menubuhkan Ranting di Kg. Sawah Sunggala minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat Cabang Telok Kemang telah mengorak langkah dengan menubuhkan sebuah lagi Ranting di Kg. Jawa, Chuah.

Majlis perasmian Ranting ini telah diadakan pada 7 Ogos 2010 bertempat di Balai Raya kampung berkenaan. Majlis telah disempurnakan oleh YB Saudara M. Ravi, ADUN Port Dickson merangkap Ketua PKR Cabang Telok Kemang dan dihadiri kira-kira 100 orang komuniti setempat. Serentak dengan itu, Cawangan UMNO di kampung ini turut dibubarkan dengan penyertaan beramai-ramai bekas ahlinya ke PKR.



Dalam ucapannya, YB Saudara M. Ravi melahirkan rasa teruja dengan kesungguhan masyarakat Jawa tempatan yang begitu komited menyokong perjuangan Pakatan Rakyat. Sesungguhnya ini merupakan satu lagi tanda bahawa masyarakat kini sudah semakin peka dengan senario politik semasa dan perkembangan ini menyaksikan Pakatan Rakyat semakin yakin untuk mengambil-alih pentadbiran Negeri Sembilan pada Pilihanraya Umum ke 13.



Sebelum itu, pada sebelah petangnya telah berlangsung acara ringkas meletakkan papan-tanda bagi menandakan rasminya penubuhan sebuah Ranting PKR di sini. Acara ini disempurnakan oleh Saudara Mohd. Nor Bin Mohd. Sap (Timbalan Ketua PKR Cabang Telok Kemang).

PKR Ranting Kg. Jawa dipimpin oleh Saudara Mohd. Amin Bin Harun, seorang aktivis masyarakat tempatan. sehingga kini Ranting tersebut telah menerima seramai 225 orang ahli berdaftar.

From:
kelabraja_uda@yahoo.com



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

1 comments:

anak jati kg jawa said...

Perjuanggan ini harus di teruskan....allahhuakbar.