Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, August 11, 2010

MULAKAN RAMADHAN DENGAN FITNAH

بسم الله الرحمن الرحيم



Apabila kain rentang ini heboh diperkatakan, saya kata kepada seorang rakan mustahil ini dilakukan oleh PKR. Kata saya lagi kain rentang seperti ini sama seperti provokasi yang dilakukan oleh Umno dalam pilihanraya kecil atau umum untuk menunding bahawa kononnya ini kerja-kerja gila Pakatan Rakyat.

Tujuannya mudah supaya rakyat marah. Kali ini bukan sahaja nak suruh rakyat tetapi DYMM Sultan Johor juga murka. Manakan baginda tidak murka kain rentang itu sengaja dinaikkan di sepanjang laluan Kembara Mahkota Johor.

Bagi saya Dr. Chua Jui Meng bodoh kalau dia mengarahkan kain rentang bersama dengan sultan Johor yang menyokong beliau sebagai Menteri Besar Johor. Maka rakyat Johor yang kuat dengan semangat Umno dan Melayu akan marah apabila seorang cina disebut sebagai Menteri Besar. Lebih-lebih lagi melibatkan sultan Johor dalam hal ini.

Hari ini semua tembelang dan taktik kotor itu terdedah apabila Dr Chua Jui Meng mendedahkan bahawa bekas Menteri Besar Johor merupakan dalang di sebalik kain rentang yang menimbulkan kontroversi itu.

Menurut beliau, Mereka berniat membuat sultan dan orang Melayu marah dengan PKR, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diri saya.'."Nama bekas menteri besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-raja Melayu sehingga imuniti Raja-raja Melayu dihapuskan. "Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," katanya kepada Suara Keadilan.com.

Nampak sangat Umno semakin terdesak dan tersepit untuk memulihkan sokongan rakyat yang semakin menolak dan meluat kepada Umno. Saya yakin selepas ini banyak lagi provokasi dan taktik kotor akan digunakan untuk memburuk-burukkkan Pakatan Rakyat dan pimpinannya. Walau bagaimanapun saya yakin rakyat hari ini semakin matang untuk menilai senario politik yang berlaku dalam negara.

Kepada mereka yang melakukannya insaf-insaflah, bahawa mereka semakin ditolak oleh rakyat. Maka di bulan Ramadhan yang mulia ini banyakkanlah buat amalan dan bertaubat kepada Allah SWT. Tak guna berpuasa kalau perbuatan bergelumang dengan noda dan dosa. Wallahualam.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

5 comments:

alissa said...

pijak memijak dah menjadi adat dalam politik malaysia

HidrogeN said...

Alhamdulillah saudara kongsi info ni. sekurang2nya saya tidak diperbodoh2kan oleh provokasi yang bodoh ini. semoga lebih ramai rakyat yang sedar taktik licik dari UMNO. thanks for sharing!

XYZ said...

ni mmg stail BN juga UMNO yg seperti org xde modal rakyat makin meluat... moga ramadhan ni doa kita semua dimakbulkan... mudahan PR akan menang PRU13 nnt...

iddinm said...

kalau nak berkuasa semula sanggup lupakan adat resam dan kesopanan.. Beginilah sikap pemimpin sekarang..

Elnino said...

inlah kerja UMNO kan..sape bekas MB Johor tu...Muhyiddin ka?