Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, August 14, 2010

RM1000 WARGA EMAS, MANSUHKAN SAMAN EKOR DAN WI-FI PERCUMA JIKA PR MENANG PRU13

بسم الله الرحمن الرحيم

Korang Nak Tak Imbuhan RM1,000 Warga Emas, Wi-fi Percuma Seluruh Negara Dan Mansuhkan Saman Ekor ,Semuanya Jika Pakatan Berjaya Menang PRU-13 Nanti

Biar pun pilihanraya umum ke-13 masih tidak dapat dipastikan lagi dan hanya PM Najib Razak sahaja yang tahu tarikhnya. Namun, Pakatan Rakyat membuat satu kejutan besar kepada rakyat Malaysia hari ini. Semua ini bakal memberi tamparan yang cukup hebat buat UMNO Barisan Nasional yang kononnya melaungkan motto "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" itu.

Kini hanya rakyat yang berhak menilak keikhlasan Pakatan Rakyat jika mahu nasib mereka berubah pada masa akan datang. Sudah lebih 50 tahun mereka mengharapkan simpati UMNO BN untuk membela, namun ternyata indah khabar dari rupa. Mereka hanya berminat membela beberapa kelompok golongan tertentu dan kroni-korni mereka sahaja. Sebaliknya, rakyat marhaen dipaksa dan dikerah untuk membanting tulang saban hari untuk membayar cukai yang akan diagih-agihkan sesama mereka.

Inilah masalah sebenar yang berlaku di negara kita sejak merdeka lagi. Lantaran itulah, rakyat tidak perlu "dimanjakan" sangat dalam apa jua bentuk sekalipun. Hasilnya, mereka mahu rakyat terus takut untuk bersuara dan menyatakan pandangan secara terbuka. Berbagai akta dan undang-undang dibuat untuk mengekang kemarahan rakyat. Pilihanraya hanya diadakan sebagai syarat kononnya Malaysia adalah sebuah negara "demokrasi". Walhal, jiwa-jiwa mereka telah dikongkong dan dikawal oleh beberapa orang tokoh korporat yang menjadi penguasa di negara ini.

Akhirnya rakyat jelata yang menjadi mangsa kezaliman pihak berkuasa dalam memastikan mereka terus diterima oleh rakyat. Maka itulah, kita amat yakin dengan tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti, pasti akan membuatkan mereka "kecut perut" dan bagai "cacing kepanasan". Berbagai tawaran kini telah dikemukakan biarpun pilihanraya masih tidak ditentukan lagi. Semua itu adalah sebagai penghargaan kepada rakyat agar membuat perubahan bagi memastikan masa depan mereka lebih terbela.

Tawaran DAP Jika Pakatan Rakyat Menang PRU

Terbaru hari ini, Parti Demokratik Rakyat (DAP) mengumumkan bahawa parti itu akan memberikan beberapa habuan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru pada pilihan raya umum akan datang. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata mereka akan membuat bayaran RM1,000 dalam bentuk tunai kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas. Katanya, jika menguasai Putrajaya, kerajaan Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan amalan saman ekor yang menyenarai-hitamkan pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan mereka.

"Kami juga akan membekalkan wifi percuma di seluruh Malaysia,” kata Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang. Katanya, Pakatan menjangkakan keputusan itu akan menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa membelanjakan RM2.1 juta setiap tahun tetapi ia bagi membuktikan “penghargaan dan pengiktirafan sumbangan warga emas kepada negara”. Ditanya, bagaimana Pakatan akan mendapatkan wang itu, Lim berkata jumlah itu kecil jika dibandingkan dengan wang negara yang hilang akibat rasuah.

“Diramalkan Malaysia kehilangan sekurang-kurangnya RM28 bilion akibat rasuah setiap tahun. Kita bukan bercakap mengenai kemampuan menghapuskan rasuah sepenuhnya tetapi cuba mengurangkan sebahagian daripadanya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat DAP hari ini.

[Maka, apa lagi yang mahu diharapkan kepada kerajaan UMNO BN sekarang. Rakyat perlu bijak menilai apa yang telah dilakukan kepada mereka. Janji hanya tinggal janji, apa yang ada semua naik atas nama subsidi. Rakyat dinafikan hak untuk bersuara, sebaliknya mereka merompak sesuka hati khazanah rakyat untuk mengenyangkan perut puak-puak mereka. Oleh itu, marilah sama-sama beri kesederan kepada seluruh rakyat agar perubahan besar akan terlaksana jua dalam pilihanraya umum akan datang. Yakinkan rakyat bahawa siapakah yang benar-benar ikhlas berjuang untuk membela nasib mereka. Namun, biarkan mereka jika ada yang berkata mereka redha dengan apa yang dilakukan oleh UMNO BN sejak sekian lama. Apa yang penting, pastikan ahli keluarga, rakan-rakan serta sahabat seperjuangan melakukan perubahan agar generasi akan datang dapat hidup dengan lebih aman dan tenteram hendaknya]. - pahangdaily


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

1 comments:

Panglima7 said...

Salam tuan,

Hamba cukup suka bila tuan mengupas topik ini. Semoga Allah membuka minda mereka untuk menyokong perjuangan PR yang jauh lebih baik dari UMNO & BN.