Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, August 9, 2010

LEBIH 700 PENEROKA SAMAN FELDA

بسم الله الرحمن الرحيم



Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus - seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.

Katanya, pihaknya mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa pada tahun 2008 sahaja, setiap peneroka kerugian RM20,000 ekoran kadar itu.

"Ini bermakna selama 15 tahun, Felda menyebabkan kesemua 766 peneroka ini kerugian sebanyak RM200 juta," kata Sivarasa.

Sehubungan itu, Sivarasa yang juga naib presiden PKR memberitahu, kesemua plaintif menuntut ganti rugi am dan teladan, bersama faedah untuk penipuan dan pecah amanah yang berlaku.

Sementara itu, sejak jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 300 peneroka Felda mula berkumpul dan memenuhi mahkamah tinggi tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka.

Kedengaran mereka bersorak kuat berulang kali tanda sokongan ketika ahli parlimen Subang itu membacakan kenyataaan medianya kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan itu.

Dua lagi peguam peneroka tersebut Latheefa Koya dan T Kumar turut hadir. - malaysiakini



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

3 comments:

Anonymous said...

mmm..org2 felda ni org2 melayu islam..kerana trmakan racun2 kapir ni, mula belajar guna cara yg tiada datang apa2 faedah pada diri mereka sendiri dan Felda.

lawyer2 tu cari makan dan pada masa yg sama mengembangkan kerjaya politik mereka..

Kalau benar org2 felda yakni org2 melayu yg beragama Islam tu teraniaya..maka doa2 mereka tu mustajab, tiada hijab!!

Kapir2 ni tiada apa2 munafaatnya melainkan kerugian semata2.

Orgg2 Melayu dan beragama Islam ada caranya yg trsendiri utk selesaikan segala kekeliruan dan khilaf..ikut cara yg diberkati dan diredhai oleh Allah swt.

Vell Paria said...

Anon... Malaysia bukan negara islam. Cara kena mengikut negara.. klau bukan negara islam mcmana nak bertindak mengikut perlembagaan islam? kalau undang2 dan perlembagaan malaysia lebih besar dari undang2 hudud, kisas dan takzir mcmana nak jalankan undang2 islam?

akai ada ka?

Anonymous said...

anon,
kalu kair fon ferangai lagi elok dari bangsa sendiri camne?
tgk skang ni dah ler,org meniaga sket nak bomoh, org nak maju sket bomoh, org felda x brafe fandai ni jadi mangse mlayu gak, mlayu AfNo..
afe cite kalu org kafir lebih menyokong undang2 hudud dari org islam yg menentang?
jadah afe ko nak cite ni?
jgn jadi tyfical malay bule?
melatu AfNo je yg racist!