Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, August 12, 2010

MISTERI ATAP BIRU

بسم الله الرحمن الرحيم

Misteri ‘atap biru’; Tidak Pernah Memohon, Tiba-tiba Ada di Bawah Rumah



KUALA TERENGGANU - Pengagihan ‘atap biru’ menjadi propaganda kerajaan Umno/BN Terengganu khususnya diperbesar-besarkan oleh Menteri Besr, Dato’ Seri Ahmad Said sehingga dijadikan iklan dalam papan tanda besar berslogankan ‘Merakyatkan Pentadbiran’ negeri Terengganu.

Isu ‘atap biru’ pernah dibangkitkan oleh wakil rakyat kerajaan pada sidang sebelum ini yang mengaitkan pemerolehan atap biru tersebut dengan skandal dan penyelewengan.

Misteri ‘atap biru’ yang bergerak entah dari mana, tiba-tiba ada dibawah rumah, menjadi kemusykilan di kalangan penduduk terutama di Kampung Ladang Sahab, depan Hospital Sultanah Nurzahirah, disini.

(Gambar - 'Rumah batu', besar lagi indah di Pasir Gajah juga mendapat bantuan atap biru, yang didakwa kerajaan Umno/BN Trengganu bantuan atap itu untuk orang miskin sahaja???)

ADUN Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar mendedahkan perkara tersebut dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu baru-baru ini.

“Saya hendak menyentuh tentang pemberian ‘atap biru’. Saya diberitahu oleh penduduk sebahagian besarnya di Ladang Sahab depan hospital.

”dia (mereka) kata kepada saya, (kalau Dato’) Ku nak atap ambiklah, saya tanya atap apa? Dia kata atap biru. Saya tanya, kenapa?,

”Tak tahu, sebab atap tu, saya bangun tidur, ada atap dibawah rumah,”kata Dato’ menceritakan perbualannya dengan penduduk tentang misteri atap tersebut ketika membahaskan usul peruntukan tambahan 9 Ogos.

Menurut Dato’ Tengku Hassan, penduduk kampung terbabit mendakwa mereka tidak pernah memohon bantuan atap biru itu, tapi tiba-tiba atap tersebut ada dirumahnya.

Bahkan yang lebih menghairankan, bukan hanya terdapat di sebuah, dua rumah, tetapi ramai penduduk yang mendakwa banyak atap yang entah dari mana muncul dirumah mereka.

Ia lebih menghairankan, kata beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu, kawasan Ladang Sahab adalah kawasan yang akan terlibat dengan pengambilan semula tanah untuk pembangunan.

”Saya boleh sebut dimana-mana rumah yang berlaku (ada atap biru), dan kerajaan juga sudah tahu (maklum) bahawa kampong disitu akan terlibat dengan pengambilan balik tanah untuk pembangunan akan datang,”terang Dato’ Tengku Hassan yang meminta penjelasan perkara pelik tersebut dari pihak kerajaan negeri.




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

0 comments: