Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, August 9, 2010

RIBENA HARAM ?

بسم الله الرحمن الرحيم

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

17 comments:

d said...

ea?? umah saye xpena miz air rebena coz adek2 suke...........

MyraLove =) said...

tak sangkanya..hurm..

anakmuaallaf said...

Bila nak ke Bukit Merah? Bagi tau date nanti umi booking date.Bulan puasa x berapa best la disana..Riney balik x?Anyway call umi tau...

Jentayu said...

Allah...saya selalu minum ribena T_T

pacat said...

la... kena fikir kembali nak beli atau tak untuk anak2 nie!

Shaiful Zaidi said...

Salam! Betui ka? Camna boleh dpt logo HALAL...

Jentayu said...

setelah saya check blk, tiada sumber berita yang sah pasal isu ni. bila bukak website Birmingham Post pun macam xde disebut hal ni..dan rasanya isu ni dah lama disebut2...

Anonymous said...

mungkin ribena kat luar kot,
tapi ribena juga pernah disaman oleh pelajar2 ape ntah kat luar negaras atas penipuan mengenai vitamin C,
ribena x mengandungi vit C spt diiklankan, so students ni saman ler...
so kalu sesape leh buktikan ribena di malaysia ni ngandungi arak,
just saman je...

tapi jgn tkejut plak bile keluar kat tv3suku, utusan melayau, berita hairan menyatakan minuman xxx haram krn mengandungi arak...
xkan kluar pkataan ribena ke ape ke...

ini lah malaysia,
nak jaga hati punye pasal halal haram pon sanggup nak berahsia..
buduh!!!

Anonymous said...

tapi..bukan ke kat botol ribena yang ade jual kat mesia ni tunjuk ribena tu hanya dijual di mesia and brunei je???maksud saya, kira ribena yg ade kat mesia ni xterlibat kot dengan ribena yang di luar negara tu????tak pun, nnt saudara tlglah update ye..hehe

tengkusri said...

Salam..susah sungguh hidup zaman skrg ni...ekonomi dikuasai oleh ore kafir...sbb tu byk benda yg x haram yg diorang buat...

Anonymous said...

mungkin haram dan mungkin halal... apa pun kalo dh ragu tinggalkan je..

Anonymous said...

ribena kan ade tnde halal . pastu skrg ade plak crite ribena haram . takkan laa JAKIM maen lulus yg ribena tuu halal mcam tuu jee ?? sape yg salah ?? org yg buad ribena kee or org yang lulus kan tnde halal ??

Anonymous said...

erkk...mmg saya penah dgr isu nih tp xyakin sgt akan kesahihannya..hmm, bila dh baca skrg rasa sgt kecewa cz dr kecik mnum air nih!huhuhu..;(

Unknown said...

oleh yang demikian, disyorkan kepada rakyat Malaysia kita, sebagai alternatif, beralihkan kepada minuman jus atau kordial roselle, khususnya produk IKS. TQ

CikTeddyCorner said...

hurm..kalo dekat luar negara mmg sure da..ribena rse pon laen mcm je kan..kt mlaysia Wallualam la..lbih baik jauhkan bnde yg syubhah ni..

Nur Shakila Sabani said...

kepada yang ragu-ragu boleh check di www.halal.gov.my.... di overseas mmg dh confirm haram...di malaysia mmg telah disahkan halal... :)

Anonymous said...

tak kira yg kat luar ke yg dalam negara ke benda memang datang dari luar..wat masuk malaysia kita tolong botolkan letak sticker dan jualkan..air tu tetap datang dari luar..ke guane? banyak lagi air yg ada zat yg sama atau lebih dari ribena buatan tempatan kenapa kita nak jugak air dari negara kafir ni