بسم الله الرحمن الرحيم
Soalan;
Ustaz. Saya ingin bertanya adakah boleh saya melakukan solat jama' dan qasar. Situasinya begini: Saya tinggal di Melaka.bekerja pula di Petaling Jaya. Setiap hari saya akan berulang ke tempat kerja dari Melaka. Jika diikutkan kepada hukum, jarak ini telah lebih daripada 2 marhalah. Soalan saya,
1. Adakah saya dikira musafir?kerana setiap hari saya akan berulang dari Melaka ke Petaling Jaya.
2. Layakkah saya untuk melakukan solat jama' dan qasar? kerana, saya akan terlepas solat maghrib tiap2 hari disebabkan sampai sahaja di rumah, sudah masuk waktu isya'..
apa yang perlu saya lakukan..
Harap ustaz dapat menjawab soalan saya ini.
Jawapan;
1. Jika jarak antara tempat tinggal saudara dengan tempat kerja melebihi dua marhalah (iaitu 85 KM) haruslah saudara menjamak dan mengqasarkan solat sekalipun saudara berulang-alik setiap hari antara rumah dan tempat kerja itu.
2. Saudara boleh memilih sama ada hendak melakukan jamak taqdim atau ta'khir. Jamak taqdim ialah menyegerakan solat isyak dengan melakukannya dalam waktu maghrib (iaitu melakukannya sebaik sahaja selesai menunaikan solat maghrib). Jamak ta'khir pula ialah dengan menangguhkan solat maghrib ke dalam waktu isyak (yakni melakukannya bersama solat isyak). Namun jika saudara berniat jamak ta'khir dan meneruskan perjalanan hingga sampai ke tempat tinggal saudara, tidak harus lagi saudara mengqasarkan/memendekkan solat kerana saudara tidak lagi dinamakan musafir (kerana telahpun sampai di kawasan tempat menetap). Maknanya; saudara hendaklah melakukan solat isyak secara sempurna (4 rakaat) berserta solat maghrib (3 rakaat). Tidak harus lagi saudara mengqasarkan isyak (yakni melakukannya 2 rakaat) kerana saudara tidak lagi berada dalam safar (permusafiran).
Wallahu a'lam. - ilmudanulamak
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
1 comments:
Bagi membantu jawapan soalan no 2 yg saudara saudara terlepas solat Maghrib(yang tak sepatutnya berlaku).Saya cadangkan apabila masuk waktu maghrib saudara berhentilah mana-mana mesjid atau surau dan solat lah jamak dan qasar taqdim.Bila sampai dirumah saudara telah selesai kewajiban solat Isya'.Ini lebih baik dari saudara qadha solat maghrib setiap hari dengan sengaja.
Post a Comment