Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, June 26, 2010

ZAHID HAMIDI : BELIT JANGAN TAK BELIT

بسم الله الرحمن الرحيم

Zahid Hamidi Menggelak Lagi..

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengelak menamakan dua buah syarikat yang membida projek untuk membangunkan Lapangan Terbang Tentera Udara DiRaja Malaysia di Sungai Besi apabila diasak oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dalam parlimen semalam.

Ketika penggulungan perbahasan Azmin meminta Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kepada Dewan mengapa pengambilalihan lapangan terbang TUDM Sungai Besi tidak dibuat secara tender terbuka.

Beliau mempertikaikan jawapan menteri dengan ambil merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri yang berulangkali mengatakan projek penswastaan khususnya dalam penjualan aset negara dan penjualan tanah yang strategik akan dibuat secara tender terbuka.

"Mengapa dalam kes lapangan terbang Sungai Besi perkara ini tidak dilakukan. Jika ini dilakukan pastinya rakyat akan mengetahui berapa pendapatan kerajaan dalam urus niaga daripada ketelusan seperti ini.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamruddin Jaafar kemudiannya bangun mencelah meminta kepastian daripada menteri berhubung kedudukan sebenar lapangan terbang tersebut.

Beliau memetik laporan media pada bulan April lepas yang memetik Ahmad Zahid sebagai berkata tiada cadangan bangunkan tanah lapangan terbang itu sebagai hub komersial.

"Panglima Tentera Udara Di Raja Malaysia mengatakan pihaknya sedia mengosongkan kem Sungai Besi dan yang terkini pada 11 Jun, menteri mengumumkan kepada media bahawa lapangan terbang akan ditutup.

Menteri dalam penjelasannya kepada soalan yang dibangkitkan dalam ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata cadangan untuk membangunkan tanah lapangan terbang itu telah di bawa oleh 1Malaysia Development Berhad bersama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di samping cadangan dua lagi syarikat lain yang dikemukakan kepada kabinet.

Azmin kemudiannya mencelah meminta menteri menamakan dua lagi syarikat yang membida projek tersebut tetapi Ahmad Zahid berkata beliau tidak mempunyai maklumat berhubung dua lagi pembida projek itu dan akan memberikan jawapan secara bertulis kepada beliau.

Beliau membidas jawapan menteri tersebut di mana Menteri dan Timbalan Menteri turut menggelak untuk menjawab atau pun beliau tidak mahu menjawab.

"Ada satu lagi kategori hari ini apabila menteri menjawab tidak ingat, saya rasa sebagai Menteri Pertahanan, Naib Presiden Umno yang paling kanan, mustahil beliau tidak ingat.

"Ini bukanlah perkara baru dan saya telah bangkitkan dalam perbahasan sebelum ini, saya telah membangkitkan siapakah pembida yang menyertai pembangunan ini.

"Sudah pastilah Kementerian menyediakan jawapan untuk menteri menjawab dan saya juga mahu tahu mengapa pegawai di kementerian tidak menyenaraikan dua lagi nama syarikat yang membida projek ini," soal Azmin lagi.

Azmi turut mempersoalkan apakah pengalaman 1Malaysia Development Berhad sebagai pemaju hartanah yang mempunyai pengalaman membangunkan tanah yang begitu strategik dan mahal.
Apabila ditanya berhubung penglibatan tiga individu iaitu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Datuk Desmond dan Datin Cindy berhubung projek tersebut, Ahmad Zahid berkata beliau tidak dapat memastikan sama ada individu yang disebut Ahli Parlimen Gombak terlibat atau tidak.

Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya menghentikan perbahasan usul selepas mendapati menteri yang diasak dengan soalan berhubung isu tanah lapangan terbang Sungai Besi TUDM oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

1 comments:

Muara said...

Memang dasar lidah bercabang ... kaki putar hasil dari berkawan dengan samy berpuluh tahun ....
Kalau sesuatu dari umno tak usahlah dipercayai... buat sakit kepala sahaja

nak ubat sakit kepala :http://wwwmuara.blogspot.com/2010/06/buat-isu-atau-cerita-memang-sikap-dan.html#more