Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, June 21, 2010

NAK TUTUP ISU JUDI KELUARKAN IDEA BANGANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Festival Ramadhan - Idea Paling Bangang BN



Sempena kedatangan Ramadhan 1431, Kementerian Pelancongan Malaysia diwar-warkan akan menganjurkan suatu pesta yang dinamakan Festival Ramadhan pada tahun ini bertempat di I-City Shah Alam, sesuatu yang melucukan.

Sebelum ini lokasi sama diadakan festival sempena sambutan Hari Natal.

Antara yang disebut tujuan Festival Ramadhan yang bakal dianjurkan oleh kementerian yang diterajui oleh Datuk Seri Ng Yen Yen ialah untuk menarik pelancong daripada Timur Tengah.

Bagi Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelanconagan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Nasruddin Mahmud Muhaidin, tujuan Ng Yen Yen untuk menarik pelancong Arab menyertai festival itu juga suatu yang agak melucukan.

Di Kelantan, katanya secara khusus di Kota Bharu semenjak Kelantan diperintah oleh PAS, program yang dinamakan Ihya Ramadhan di Negeri Serambi Mekah telah dilaksanakan selama hampir 20 tahun yang lalu.


Katanya, bermula dengan khemah terawih di tengah-tengah pusat bandar di Parit Dalam, hari ini ia dijadikan sebuah perkampungan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke IV yang dinamakan Qaryah Ramadhan.

Jelasnya, qaryah dalam bahasa Arab bermaksud kampung di mana Qaryah Ramadahan mula diperkenalkan pada tahun 2007.

“Adakah ini satu lagi inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan yang ingin ditiru oleh kerajaan Pusat selepas mereka meniru cuti Sabtu, cuti bersalin, takaful warga emas dan sistem gadaian Islam dan lain-lain,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, Qaryah Ramadhan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri padat dengan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan amalan dan ibadat rakyat Kelantan.

Antaranya, kata beliau majlis iftor (berbuka) secara terbuka yang setiap hari anggaran ratusan orang yang turut serta yang mana makanan disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dengan penajaan bandan korporat serta sumbangan orang ramai.

“Solat terawih pula diimami oleh imam yang didatngkan dari Mesir. Imam ini juga bertindak sebagai pembimbing untuk memperbetulkan bacaan Al-Quran selepas selesai solat terawih. Pada sebelah dinihari pula imam ini akan mengetuai solat qiamullail,” ujarnya.

Selain itu, katanya pelbagai aktiviti lain diadakan sepanjang bulan Ramadhan seperti forum atau ceramah sempena Nuzul Quran dan Badar Qubra.

Tambahnya lagi, pada sebelah petang para belia dan remaja dihidangkan dengan slot-slot intraktif dan talkshow yang memberi maklumat dan aktiviti bermanfaat kepada mereka.

Di samping itu, ujarnya lebih menarik sepanjang malam hingga ke subuh pelajar-pelajar maahad tahfiz mengadakan relay Al Quran yang dibaca secara berterusan.

Pihak kerajaan juga, tambahnya melalui syarikat kaitan dengan kerajaan (GLC) mengambil peluang menyampaikan zakat dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Pendeknya, jelas beliau pelbagai aktiviti keagamaan dilangsungkan di Qaryah Ramadhan dalam usaha untuk menghidupkan (ihya’) Ramadhan di Kelantan.

Ini, katanya sering diwar-warkan oleh Datuk Takiyuddin Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, “Kalaupun kita tidak dapat merasai suasana Ramadhan di Mekah, paling kurang kita merasai kemeriahan Ramadhan di Serambi Mekah”.

Menurutnya, Fesitival Ramadhan telah mendapat bantahan daripada bebrapa pertubahan bukan kerajaan jika ia dianjur atas sifat sebuah pesta semata-mata dengan tidak mengambil kira tujuan ibadah dan peningkatan amalan di bulan mulia ini.

Beliau berkata, masyarakat Arab yang begitu teruja dengan suasana Ramadhan di negara mereka tidak akan melancong ke luar negara semata-mata untuk menyertai suatu festival yang sekadar untuk tunjukan bahawa negara ini kaya dengan pelbagai makanan melalui jualan bazaar Ramadhan.

“Adakah orang Arab berselera untuk menikmati bubur lambuk kita,” ujarnya sinis.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

6 comments:

Nerzhul said...

meiahnye ramadhan di kelantan.

batu bara said...

apa nak heran ngan puak-puak tu......
kalu judi pun depa boleh buat main saja........
takat pesta aka festival festival ni mainan depa saja.......
depa lebih kuat ngan festival ni.......puasa??? jngn tanya laaaa...

kalu di bulan puasa.....sapa yg dok beli nasik bungkuih kat kedai mamak tu????..........

kah kah kah

Anonymous said...

stil xpat tutup kes judi tu..
ta pueh ati ag..huhu

Kamal Sanusi said...

Sembahyang terawih akan menjadi tawarikh la jawapnya....

Anonymous said...

buka dah ada festa fembaziran buffet,
lefas bazir buffet bazir shoffing fulak...hahaha jgn dilufa saudara mara di falestin, buka makan feluru je...

bujang-bajang said...

cakap tak serupa bikin,macam baik tapi hati penuh taik,org buat semua salah,dia buat semua betul padahal banyak salah,perintah negeri macam perintah negara,tupun takat jadi jaga,bukan sebarang jaga,jaga balak..kaki alibaba gak,terer debat je tapi kerja lingkup