Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, June 23, 2010

CELUPAR SANGAT... KAN DAH KENA SAMAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Kelantan ambil tindakan undang-undang terhadap syarikat Red Carpet



KOTA BHARU - Kerajaan Negeri sedang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Red Carpet Sdn Bhd berhubung kenyataan syarikat itu yang menjejaskan nama baik Kerajaan Negeri dalam isu Kelantan Fiesta 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kenyataan Red Carpet dalam media yang didapati menjejaskan imej Kerajaan Negeri kerana memboikot acara Kelantan Fiesta itu.

"Hakikatnya menurut perjanjian yang dimeterai antara Red Cerpet dan Kerajaan Negeri pada 24 Ogos tahun lalu di Kuala Lumpur menetapkan agensi Kerajaan Negeri Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai penganjur, manakala Red Carpet sebagai pengurus acara Fiesta Kelantan 2010," katanya semasa menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri penggal ketiga, di sini hari ini.

Beliau berkata disebabkan perasmian acara besar yang akan dirasmikan Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk mengambil alih acara itu daripada PMBK.

Beliau berkata, Red Carpet menolak permintaan Kerajaan Negeri supaya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat ucapan pada majlis perasmian acara itu dan tindakan itu bertentangan dengan perjanjian awal yang dimeterai kerana Kerajaan Negeri sebagai penganjur dan hos kepada acara itu.

Takiyuddin berkata, semasa acara perasmian itu diteruskan pada 16 Jun, di Stadium Sultan Muhammad IV, bekalan elektrik terputus di stadium menyebabkan acara itu tidak dapat dilangsungkan secara sempurna.



"Bagaimanapun setelah beberapa hari, pihak penganjur mengeluarkan kenyataan media bahawa Kerajaan Negeri sabotaj acara itu hasil post-mortem mereka," katanya.

Katanya, laporan Jabatan Kerja Raya mendapati, peralatan yang digunakan pada acara itu melebihi bekalan kuasa yang mampu ditanggung stadium.

Beliau turut menjelaskan yang Kerajaan Negeri tidak merampas kain rentang acara itu yang diletakkan di sekitar bandar Kota Bharu, sebaliknya ia dikutip majlis perbandaran Kota Baharu kerana ia terjatuh di tanah akibat ribut dan hujan. - Bernama



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

1 comments:

bujang_susah_kencing said...

saman le,jangan cakap bengung je tapi hammmmPAS