Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, June 20, 2010

TULANG BESI BLOGGER BERMASALAH?

بسم الله الرحمن الرحيم

Mana perginya wang puluhan ribu Tabung Guaman?

Dulu kita diminta untuk menderma dan memberikan sumbangan kononnya untuk memastikan setiap aduan salahlaku yang dilakukan terhadap pimpinan PAS tidak mudah dipandang remeh oleh mereka yang bertanggungjawab dalam parti.

Kita dimomok wujud ketidakadilan dalam pengendalian disiplin parti. Beberapa-beberapa tokoh hebat dan berwibawa terheret sama di kecam kerana momokan ini. Tanpa sebarang peluang pemimpin yang diberikan amanah telah dinistakan dalam blog-blog yang disebut sebagai blog pro Pakatan Rakyat dan tidak terkecuali dengan kumpulan yang dikenali sebagai PAS-Reform.

Abdul Rahman Talib @ Tulang Besi @ Sluaq Dalam telah menerajui kempen membuat persepsi ini dan satu aduan salah laku telah dibuat. Kita diminta untuk menderma bagi menjayakan versi dan misinya.

Antara lain Abdul Rahman Sluaq Dalam menyebut bagi memastikan aduannya dapat
dipantau perkembangannya oleh seorang peguam yang terlatih dalam bidang undang-undang maka satu Tabung Guaman telah ditubuhkan atas nama individunya sendiri.

Atas momokkan ini, ada hamba Allah telah menderma RM10,000.00 demi memastikan kerjayaan tabung guaman ini. Itu belum lagi masuk derma-derma orang yang mungkin sekarang mencecah puluhan ribu ringgit. Suatu jumlah yang amat besar.

Saya secara peribadi khuatir tujuan sebenar penubuhan Tabung Guaman ini. Buka nak meragukan pembaca tetapi beberapa siri pengalaman dengan Rahman Talib @ Sluaq Dalam ini telah menunjukkan bahawa banyak sangat tipu muslihat disebaliknya.

Kita masih ingat lagi bagaimana si Sluaq Dalam ini telah menyatakan bahawa gajinya 6 X Gaji Exco YB Husam, tetapi tak lama selepas ini Allah telah menunjukkan si Sluaq Dalam memohon bantuan kewangan untuk pulang dalam perjumpaan blogger. Permohonan ini nampak semacam pengemis yang menadah mencari simpati. Sedaif-daif pekerja Mat Indon pun boleh pulang 3 x setahun. Saya ada menulis dan pembaca boleh membuat komen pada tulisan saya. (sila baca di sini)

Tulang Besi @ Sluaq dalam masih tercari-cari siapakah yang pernah menghulur derma simpati sebanyak RM400 ringgit untuk dia pulang. Mungkin dia dapat cari orang yang menderma RM1000 ringgit.

Ya bila kita telah menderma kita tak boleh mengungkit, kerana dibimbangi keikhlasan kita akan luput. Wang yang kita derma jika diselewengpun itu adalah urusan dia dengan Allah s.w.t. Saya sendiri masih berpengang bahawa derma kita yang sudah itu harap Allah berkati.

Tapi bila kita bercakap soal perjuangan kita dalam parti terutama parti PAS, kita tak mahu begitu mudah orang menggunakan PAS ini sebagai saluran untuk mencari sesuatu. Bersifat berwaspada itu adalah lebih baik.

Jangan nanti wang puluhan ribu derma orang ramai menjadi isi perut kita kerana kesempitan kewangan akibat keceluparan kita terhadap rezeki Allah s.w.t. yang pasti ALlah mengajar manusia yang ego dan ingkar kerana sesungguhnya Allahlah pemberi rezeki kepada hambaNya. - batuapi-firestone


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

4 comments:

Arif Omar said...

BIASALAH TULANG BESI NI. SERUPA JUGA DENGAN PEMIMPIN PAS LAIN. KIRANYA KAKI KAPOR DUIT PENGIKUT DENGN BERBAGAI ALASAN. FISABILLAHAH LAH, JIHAD, TABUNG SERAMBI MEKAH LAH DAN SEBAGAINYA. LASTNYA BELI ESTET ATAS NAMA SENDIRI SEPERTI PENASIHAT PAS MALAYSIA DI PAHANG DULU. HABIS DUIT BAITULMAL PENGIKUT YANG NAK KE HAJI. HABOK PUN TAK ADA. JADI TULANG BESI NI , MENGIKUT AJE APA YANG PEMIMPIN PAS DULU, KINI DAN AKAN DATANG YANG MEMBUATNYA. AYAH KENCING BERDIRI ANAK KENCING BERLARI

Arif Omar said...

BIASALAH TULANG BESI NI. SERUPA JUGA DENGAN PEMIMPIN PAS LAIN. KIRANYA KAKI KAPOR DUIT PENGIKUT DENGN BERBAGAI ALASAN. FISABILLAHAH LAH, JIHAD, TABUNG SERAMBI MEKAH LAH DAN SEBAGAINYA. LASTNYA BELI ESTET ATAS NAMA SENDIRI SEPERTI PENASIHAT PAS MALAYSIA DI PAHANG DULU. HABIS DUIT BAITULMAL PENGIKUT YANG NAK KE HAJI. HABOK PUN TAK ADA. JADI TULANG BESI NI , MENGIKUT AJE APA YANG PEMIMPIN PAS DULU, KINI DAN AKAN DATANG YANG MEMBUATNYA. AYAH KENCING BERDIRI ANAK KENCING BERLARI

Tulang Besi said...

KAlau saya boleh tunjuk semua duit yang saya kumpul, adakah itu akan membuktikan Bujang Susah sebagai seorang penyebar fitnah?

Anonymous said...

Salam tuan rumah. gua pun bnyk dgr cerita tentang tulang besi ni. tapi xtau la sejauh mana kebenaranya. dengar cerita poji (perisik rakyat) pun dah buang link tulang besi ni dari blog dia. cuma harap-harap kalau cerita ni betul saudara tulang besi ni kembalilah kepangkal jalan. dan jika cerita ni tak betul harap-harap si penyebar fitnah ni kembalilah juga ke panglak jalan.

p/s: Untuk Tukang komen yang mengunakan nama tulang besi di atas... aku selalu mengikuti perkembangan blog malaysiawaves (Abdul Rahman Talib). dia ni antara org yg bijak pandai. aku tak yakin dia akan tanya soalan sebodoh anda.

"Tulang Besi said...
KAlau saya boleh tunjuk semua duit yang saya kumpul, adakah itu akan membuktikan Bujang Susah sebagai seorang penyebar fitnah?"

Nak tunjuk macam mana? tunjuk duit dalam akaun ke? hi..hi..hi..hi.. mintak tolong vin setan transferkan beberapa puluh ribu dalam akaun lu ke? lepas tu pulang balik.... hi..hi..hi..hi..