بسم الله الرحمن الرحيم
GEORGETOWN - Selepas kurang 24 jam mengkiritik secara terbuka pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Ahli Jawatankuasa Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (foto) menjadikan ’bossnya’, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran kedua.
Melalui temubual secara eksklusif bersama Sinar Harian semalam, Zahrain secara terbuka membidas tindakan Penasihat PKR itu yang didakwanya terlalu ghairah mengejar jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti untuk berkompromi dengan tekanan pemimpin DAP.
"Perjuangan PKR kini sudah melencong daripada matlamat asal. Dulu dia (Anwar) kata nak buat reformasi dalam pelbagai bidang untuk kebaikan rakyat dan negara tetapi sekarang sudah jadi lain," kata bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu. - malaysiaberih
Bila nawaitu Wakil Rakyat bukan untuk membela rakyat ...
Namanya pun Wakil Rakyat ... dan naik pun kerana rakyat ... jadi yang perlu diutamakan adalah rakyat yang menaikkan nya BUKAN poket sendiri ...
Tapi kebanyakkan wakil rakyat ni lebih mengutamakan poket sendiri dulu sebelum rakyat ... Ini lah yang terjadi kepada Bekas Pengerusi PKR Negeri (Pulau Pinang) Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru, yang dikatakan berura-ura untuk melompat parti bersama beberapa lagi wakil rakyat Pakatan kedalam UMNO.
Zahrain dikatakan kecewa sangat selepas Ketua Menteri LGE menolak cadangan dari sebuah syarikat yang ingin menguruskan Kelab Golf Bukit Jambul. Tidak pula disebutkan apa hubungan Zahrain dengan syarikat ini. Tapi kalau tak ada apa-apa hubungan masakan Zahrain begitu marah pada LGE sehingga menggelarkan nya (LGE) sebagai seorang Diktator, cauvanis dan berpikiran komunis.
Ini lah sikap kebanyakan wakil-wakil rakyat kita sekarang ni. Poket sendiri yang diutamakan bukanya rakyat. Bila poket sendiri tak dapat dipenuhkan, parti dan rakyat yang jadi mangsa. Sampai bila akan jadi begini? - mimpi-senja
Note:
Inilah muka-muka kalau berjuang kerana wang dan pangkat. YB PKR ni kebanyakannya serpihan dari UMNO. Bila duduk dalam umno dah tak laku cuba pula memperjudikan nasib dalam PKR. Bila kemahuannya tidak dipersetujui mula la nak buat onar. Kerana mereka tahu mereka akan diberi perhatian oleh pihak gerombolan yang sentiasa dahagakan isu. Namanya akan dijulang sementara waktu seperti Jamaludin Radzi, Othman Jailu, Ezam Mohd Noor, Mohd Radzi Salleh dan kini bakal menyusul Zulkifli Nordin, Zahrain Mohd Hashim dan mengikut ura-ura mungkin ramai lagi yang bakal menyusul. Bak kata kawan aku.. bagus la kalau macam ni. Sekurang kurangnya kita tahu la mereka ni berjuang untuk apa. Tapi pendapat aku sedikit berbeza. bukan itu persoalannya.. ini soal kredibiliti parti.. bagaimana dari permasalahan ini memberi kesan kepada keyakinan rakyat serta penyokong, ditambah pula dgn hentaman media pencacai yang bakal memberi kesan kepada makcik dan pakcik di kampung. So untuk PKR sampai bila nak begini ? Jangan terlalu bernafsu melihat robeknya kain orang lain.. cuba pandang-pandang rumah kita sendiri dah nak roboh.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
3 comments:
Si hantu gigi jarang... wakakakakaaka
PKR ni dulu parti serpihan UMNO, semangat keUMNOan tu masih ada, berjuang untuk projek, poket mesti kembung, tapi bukan semua la, para refomasi dulu dah tak ada sebab geng-geng ni dah potong lipat mereka, tak percaya tanya geng refomasi yang otai-otai mereka dah malas nak reform lagi dah, yang dapat nama orang lain. mereka ni tunggu dan lihat sahaja.......macam aku.....
salam, geng reformasi ada lagi dalam kepimpinan, yang masalahnya....geng umno yang masuk dan kononnya telah timbul kesedaran tetapi kemudian mereka mula menghancurkan Parti Keadilan rakyat dan PR dari dalam. Mereka tak pernah merasai keperitan berjuang ketika semua orang memandang sinis pakatan pembangkang..... kerani-opis.blogspot
Post a Comment