بسم الله الرحمن الرحيم
Apakah malangnya rakyat Melaka. Rakyat melaka dimalukan sekali lagi! Selepas Eye On Malaysia disita hari ini rakyat Melaka diaibkan sekali lagi apabila dua buah hotel terkemuka di negeri ini mendapat anugerah hotel terkotor di Asia. Dua hotel berkenaan diletakkan kedudukan ke 4 dan ke 9 paling kotor di Asia berdasarkan satu kajian antarabangsa melalui maklum balas mereka yang pernah menginap di hotel berkenaan.
Perkara ini dinyatakan oleh Penasihat Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Chua Kim Tee.
Kini imej Melaka semakin merudum di kalangan pelancong sama ada dari dalam atau luar negara. Dalam hal ini kita wajar berterima kasih kepada pihak hotel dan kerajaan negeri yang bekerja keras serta berganding bahu sehingga melayakkan Melaka mendapat anugerah yang cukup berprestij ini. Maka benarlah slogan yang terpampang apabila memasuki negeri Melaka ' Melawat Melaka bermakna melawat Malaysia'.
Jika Hotel Water City sebelum ini diarah tutup oleh kerajaan negeri kerana tunggakan hutang bil air kepada Syarikat Air Melaka dan hutang lain kita tunggu apakah tindakan kerajaan negeri dalam hal ini. Adakah kerajaan negeri akan bertindak terhadap hotel berkenaan yang salah sebuah daripadanya dimiliki oleh bekas pemimpin kanan Umno negeri ini. - angkasanuri
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
8 comments:
salam,Kes macam ni yang sepatutnya dapat hadiah penyapu baru kena dengan situasi.
Nak bg hadiah pnyapu gak ke ni??
bagi vacum sekali kot..
mmg memalukan sungguh..
Salam Bujang. Antara negeri yang sering babah lawati ialah Melaka kerana landskap luarannya yang cantik. Tak sangka pula dapat anugerah hotel terkotor. Mungkin kajiselidik dibuat untuk hotel 5 bintang tak? Hotel2 kecil tak termasuk. Lagi pula, kekotoran yang dimaksudkan secara relatif dengan hotel-hotel ternama yang lain, bukan kotor Mutlak. Wallahualam.
salam.terjejasla slogan melawat melake bererti melawat malaysia.cane klu pandangan pertama pelancong asing.ikh..ikh..
alahaiii...buat malu orang MELAKA je lah...jangan le jadik indah kabau dari rupe...cepat bersihkan hotel tuuuu....!!!
ermmmm... malunya hamba jadi anak melaka... sebenarnya bukan setakat hotel je.. sungai dan pantai melaka pun boleh dikatakan yang terkotor. melaka ni yang indah sebenarnya bila malam hari. pub serta disconya yang meriah dan melata bak cendawan tumbuh selepas hujan nun di melaka raya tu ha. bersebelahan roda eyes on malaysia yang kena sita. Kalau nak ziarah syurga maksiat jom la datang ke melaka.
Ermm..kawan2 tak sume org melaka tu tak baik/ pengotor...same2 la kita doa agar lps nie kebersihan negeri diorg berada pd tahap yg memuaskan..Insyaallah...
Ish..kesian Bujang Susah jd anak Melaka..Jangan macam tu..betul kata sakura putih..
Agaknya sebab tu ke Datuk Shah Rukh Khan tak jadi datang hari tu kut..
Kuch..kuch kotor he..
Post a Comment