H1N1: Najib tak tau 28,000 dijangka mati di negara ini?
Tahukah anda bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangka dan memberi amaran bahawa kira-kira 110,000 hingga 500,000 orang di Malaysia terpaksa dimasukkan ke hospital berikutan wabak H1N1 dan kemungkinan antara 5,500 sehingga 28,000 akan terkorban akibat wabak itu?
Mungkin anda tak perasan berita Malaysiakini 1 Ogos lalu yang bertajuk "Hingga 28,000 di Malaysia mungkin mati akibat H1N1".
Ini bukan soal yang memerintah itu adalah Umno dan Barisan Nasional, tetapi adakah anda berpuas hati dengan langkah-langkah dan kesungguhan kerajaan menangani bala tersebut? Dari pertengahan Mei lagi, kerajaan dilihat lambat bertindak menangani wabak itu (lihat berita Bernama 18/5/09 "Rosnah nafi Kementerian Kesihatan lambat bertindak tangani Influenza A (H1N1)".
Dah tiga bulan dah, hari ini barulah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai esok bagi membincangkan mengenai langkah lebih ketat dan drastik bagi mengawal penularan virus H1N1 di negara ini.
Sehingga semalam, 32 orang meninggal dunia dan 1,983 orang dijangkiti penyakit itu di negara ini, termasuk 15 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Adakah Najib dan kerajaannya tidak tahu bahawa H1N1 kemungkinan akan mengorbankan antara 5,500 sehingga 28,000 di negara ini? Atau, mungkin mereka yakin boleh menanganinya dan WHO hanya berlawak sahaja.
Najib terlebih yakin? Rasanya. Hujung tahun lalu, dia kata dia yakin Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan teknikal tahun ini. Akhirnya keluar berita ChannelNewsAsia bertajuk "Malaysia heads for recession after 6.2% Q1 contraction".
BS: Apa nak jadi la Malaysia ni.. Ada Menteri Perdana pun bercakap x pakai otak.. mengeluarkan kenyataan x mengunakan ilmu.. main hantam keromo jer.. Punah jahanam Malaysia dibuatnya.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
7 comments:
dalam blog teman ada dalil quran dan hadis tentang isu ini..silalah ziarah ..sma-samalah kita ingat -mengingati..sesungguhnya bla allah tak kira saper baik atau pun jahat ..
hadoyai...
mmg dri dlu lagi talak suka sama ini olang...
huhu..ntah ape je pmimpin zaman skang huuuu...
aku pun risau gak dengan wabak ni, kerajaan mcm amik lewa jer hal ni, byk kolej swasta dah kena pun dorg buat derk jer
erkk..apekah itu i luv u full??konpius...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang...
Sudah menjadi tabiat orang kita yang suka menyalahkan orang lain. Kenapa kita sendiri tidak mengambil sebarang tindakan untuk kebaikan kita sendiri.. kenapa kita mesti tunggu orang lain, Allah turunkan wabak ini kepada kita bukan kerana Najib jadi Perdana Menteri.. Allah turunkan wabak ini kepada kita sekarang...adalah kerana kita sendiri..
Sebelum ini, berbagai wabak sudah melanda negara kita.. tapi kita mudah lupa, bahawa gejala yang melanda sebelum ini adalah sebgai amaran kepada kita dari Allah..
Sebagai badan kerajaan, biarkan mereka berusaha untuk membenteras wabak ini dari terus merebak..dan kita sebagai individu.. berusaha lah juga bagaimana agar terjauh dari dugaan yang diturunkan oleh Allah kepada kita.. [renungkan lah dari segi rohaniah dan jasmaniah]
Sumber baru yang saya terima mengatakan wabak ini berlaku melalui sentuhan..dan air buah2an adalah yang terbaik untuk mencegah dari wabak ini menular dalam tubuh kita.. Wallahualam..
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang..
Allah menurunkan wabak ini kepada kita bukan kerana Najib naik Perdana Menteri..
Sebagai Kerajaan dan juga Pemimpin, adalah mmg sudah jadi tanggungjawab untuk menjaga kemakmuran rakyat nya.. Itu adalah amanah kepada sesiapa saja yang digelar pemimpin atau ketua keluarga.. baik kepada yang bergelar, ayah, ibu, bos, anak etc. etc..
Sementara Kerajaan berusha untuk membenteras wabak ini.. pandanglah juga dalam2 kelubuk jiwa kita.. tidak pernah kah ada tanda tanye mengapa Allah menurunkan wabak sedemikian.. Lupakah kita sebelum ini juga pelbagai wabak juga telah diturunkan kepada kita.. pernah kah kita sedar bahawa itu semua adalah sebagai amaran kepada kita..
Allah menurunkan wabak ini kepada hambanya adalah kerana diri hamba nye itu sendiri..Janganlah kita menunding jari kepada orang lain.. kerana semua nya bermula dari dalam diri kita sendiri..[ya Allah!! ampunkan dosa-dosa ku]
Berita terbaru yang saya terima.. air buah2an dpt membantu dari wabak ini menular didalam tubuh kita.. Wallahualam..
mama tgk entry baru eh..
Post a Comment