Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, August 11, 2009

ADA YANG KATA PEMIMPIN X PERLU DISALAHKAN

Bismillahirahmannirahim..

bala selesema babi
sehingga penulisan ini ditulis angka kematian telah mencecah 32 orang..hari demi hari ada jer berita kematian ..rakyat malaysia bagaikan menunggu masa menerima virus ini..wabak ini disifatkan adalah bala allah apabila maksiat dilakukan secara terang-terangan .

satu hadis riwayat ibnu majah dan al bazzaz yg bermaksud "sekiranya berlaku suatu perbuatan keji di suatu tempat (negeri) yg dilakulan secara terang-terangan maka allah akan mencampakkan penyakit itu secara meluas yg kaum sebelumnya tidak pernah mengenali penyakit itu".

selaian itu ada beberapa ayat quran telah memeberi amaran tentang isu ini...
Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan negeri-negeri yang ada di sekeliling (negeri) kamu (wahai kaum musyrik Makkah), dan Kami telah menerangkan tanda-tanda (kekuasaan Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka kembali (bertaubat).surah al-ahqaaf ayat 27

Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdoa (kepada Kami) dangan merendah diri (serta insaf dan bertaubat).

Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).

Lalu kaum(pemimpin) yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya. Dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan menyebut): "Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian Alam

surah al-an'am ayat 42-45

satu hadis ummu salamah bermaksud "aku mendengar rasullullah bersabda ;"apabila kemaksiatan dilakukan secara terang-terangan dikalangan umat manusia maka allah akan menurunkan bala besar keatas mereka secara menyeluruh ".kemudian aku bertanya lagi;ya rasullullah ,apakah ketika itu tiada umatmu yang baik ?RASULLULLAH MENJAWAB ,ya memang ada ."AKU BERTANYA LAGI ;"apa yang terjadi pada mereka ?"jawab baginda ;"mereka juga akan terkena apa yg manusia kena.kalau mereka mati ketika itu allah akan meredhai mereka ."hadis riwayat ah-mad bin hanbal (sahih)

oleh itu ,selesema babi h1n1 adalah peringatan dari allah yg sepatutunya dipandang serius kerana ia merupakan kemirkaan allah yg bukan sahaja di dunia ini menerima siksaan bahkan selepas mati pun kita akan menanggung azab..

Dicatat oleh Briged Akhdor LR2

BS: Dari banyak petikan hadis di atas menunjukan sesuatu bala itu datang apabila ma'siat itu berleluasa didalam sesebuah negeri. Dimanakah tanggungjawab kerajaan atau pucuk pimpinan kita? Ma'siat setiap hari terhidang untuk sajian mata. Islam ditolak. Agama entah kemana hilangnya. Jika isteri sendiri pun x mampu ditegur kerana x menutup aurat, bagaimana lagi untuk memikirkan masalah ummah. Jauh sekali nak memikirkan masalah maksiat dalam negara, kalau diri sendiri pun x bersih dari banyak tuduhan maksiat. Bagaimana rakyat nak jadi baik kalau pemimpin pun tonggang terbalik..? wallahualam.

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

5 comments:

mamamin said...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang...

"Suka".. ma rasa xyah nak ulang berkali2..jelas menunjukkan kejahilan kita umat manusia bertambah2 dalam banyak aspek kehidupan..maka Allah menurukan wabak ini agar kita ingat dimana kita berpijak sekarang ni..
Wallahualam..

luv u full too.. heeee...

mamamin said...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang..

Pemimpin x perlu dipersalahkan? hurmm..dalam kontek ni.. bukan dipersalahkan.. Apa yang rakyat perlukan.. Pemimpin wajiblah menjalankan tanggungjawab yang telah di amanahkan oleh rakyat.. Mmg berat amanah yang dipikul.. tapi kena la buat kan.. Selain dari ukhrawi yang dipikul oleh setiap individu umat manusia,, duniawi juga perlu seimbang dalam mencari jalan menuju penyelesaian..Ya Allah!! ampunkan lah segala dosa ku dan dosa-dosa seluruh hambaMu..
Amin ya rabbul alamin...

Dhamah Syifflah said...

pejam celik pejam celik...
akhirnya terima juga...
ada baiknya ada buruknya...
semua ditentukan Dia...
hanya beriman akan percaya...
betapa pentingnya...
peringatan itu kepada manusia...

sot said...

Buat hal dengan babi dapat bala selsema babi. Terpalit pula selsema babi tu kepada orang lain. Sama2 lah kita mohon perlindungna Allah dari wabak bahaya ini.

BUJANG SUSAH said...

Thanks sot atas kunjungan anda.. i luv u full... hahahaha