Bismillahirahmannirahim.
Mmg lazim, wanita yg baik ditinggalkan oleh si suami yg durjana. Kisah tue mmg dah biasa dgr, namun, logik akal, adakah betul si isteri itu dah terlalu “baik” & “sempurna”?
Kita selalu mendengar sebelah pihak jea yg dok bercerita [si isteri la..]. mcm-mcm dia akan kata yg buruk-buruk belaka la perangai si suami..sampai tahap nak jemur tuala mandi pun ada jadikan isu..aduh!!! pening kepala btul.[merujuk dalam mahkamah]
Saya ajak para kaum isteri berfikir sebelum berkahwin. Adakah kamu fikirkan hal-hal sebegini akan berlaku semasa berkahwin? Adakah kamu akan bersedia dgn segala rintangan dlm berumahtangga? Mesti tak? Betul?
Yang dok pikir, “apa ye warna pakaian pengantin nak pakai”, “nak tempah pelamin kat mana?”, “duit cukup tak”. Bukan nak katala, tapi mmg lumrah. Tak semua, tapi hampir separuh. [maaf, jgn terasa, ia berdasarkan statistic dr Jab. Agama Kuala Lumpur ]
Mmg la, lazim kita berniat dan berharap semua yg indah belaka semasa dlm alam r/tangga. Tanyer la saper pun [bdk sekolah yg bercinta pun bg jwpan yg sama], jwpan mesti sama. Tapi lumrah sejak azali, Tuhan telah tentukan corak perjalanan hidup kita. Pelbagai cubaan dan rintangan yg perlu kita harungi. Ia menguji keimanan dan ketahanan kita mengenal Yang E sa…Jgn la cepat mengalah… penuhkan diri dgn Ketuhanan dan ingat siapa Tuhan yg kita sembah.
Justeru, bersangka baik dan berhemah pd si suami. Jgn la kaum hawa rendahkan maruah diri dgn bersifat mcm si suami plak. Dah tahu suami tak betul, jgn la awak buat benda yg sama plak. Dah dua kali lima ..sama-sama tak betul. Itu tak betul caranyer. Kalau si suami lupa t/jwb, lupa dlm mcm-mcm hal…kita sebagai si isteri, perlu ingatkan. Bukan kah kita saling lengkap melengkapi?? ? Mana ada kekurangan si suami, cuba kita tampung sebagai si isteri.
Ada kisah, bila tahu si suami ada psg gf lain, dia pun ligat psg bf lain…aduh!!! Nie yg buat lg hancur institusi r/tangga zaman skrg. Jgn mcm tue…bukankah lebih baik si isteri buat yg jauh lebih baik, beri layanan yg terbaik [bukan baling pinggan mangkuk atau hysteria mcm kena sawan], penuhi kemahuannya dgn ikhlas, dan berdoa…doa seorg isteri yg baik & teraniaya, amat mustajab! Jgn lupa itu…. Berdoa dan terus berdoa.
Kehadiran org ketiga dlm pelbagai aspek perlu kita lihat, bukan menunding jari pd si suami semata-mata. Saya melihat ada beberapa punca utama ;
1) kekurangan si isteri – si suami yg bedol nie pun satu hal jugak, dah tahu si isteri nie tak pandai masak, tak pandai nak gosok baju..[ini contoh la…], jgn la sebab alasan tue nak carik a.k.a tambah koleksi plak..jgn mcm tue, sebagai suami, kita kena mengajar dan membantu si isteri utk jadi yg lebih baik dan yg terbaik utk kita. Jgn la si suami lepas tgn pulak. Kes-kes mcm nie byk berlaku, peringatan pd si suami !!! awat dulu hang tak pikir hal-hal tue sblm kahwin?? Dok piker lawa jer ka…?? Nah…skrg, terimalah seadanya. Jgn la kata “u nie tak seperti yg I hrpkan..”, kecik hati isteri kita…lama-lama jadi nanah dlm jiwa isteri, dan itulah punca penceraian nanti.
2) Mengungkit – peh!!!! Hal nie mmg jelas beratnya sebelah si isteri [maaf..tapi ini reality, dan saya phm, bukan semua kaum hawa mcm tue]. Saya ulang, JANGAN la kalu ada masalah apa-apa, bertelingkah atau bertikam pendapat..JANGAN la si isteri mengungkit kisah lama. Pedih hati si suami, tue yg naik tangan, kaki dan udahnya..bercerai. dlm situasi ini, mengungkit boleh menjadi penggalak & pencetus utama dlm keganasan r/tangga. Yelah, bayangkan…si suami balik kerja, yg si isteri terus berleter, pot pet-pot pet tak henti-henti, siap mengungkit hal lama ..agak-agak apa yg berlaku??? Sindri pikir pun dah tahu kan ? Jadi…jgn la nak pot-pet time tak kena..pilih masa yg sesuai. Kalau pernah berlaku, jgn ulangi lagi key. Sebagai kaum hawa yg jelas bersifat lemah lembut, kita perlu ambil pendekatan utk melupakan yg berlaku [let gone be by gone]..ambil yg jernih, buang yg keruh..[sama jer dua-dua, suami & isteri..sebelah pihak jer, tak jadi apa gak!]
3) …kita smbg dalam RENUNGAN UTK SI ISTERI PART 3 nanti..[saya dah tak larat dah..terlalu byk email nak balas dan pandangan yg perlu diberikan.]
**saya bukan menghentam pihak si isteri atau si suami. Cuma ambil pendekatan utk tidak lagi ada penceraian di luar sana . Saling la kita mengingati sesama sendiri sbb TIADA manusia yg sempurna dlm segala segi. PERTAHANKAN r/tangga kita walau jerih & sebesar gunung Uhud pengorbanan yg perlu kita buat…semoga kita mendapat keredhaan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengasihani. Amin….
MESSRS IMAM & ASSOCIATES
a.k.a IMAM ABU SA'ID
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
0 comments:
Post a Comment