Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, August 12, 2009

BIASA LA BN = BARANG NAIK

Bismillahirahmannirahim..

KUALA LUMPUR: Harga tiket bas ekspres pada musim perayaan Aidilfitri ini adalah mengikut kadar tambang baru iaitu 8.5 sen bagi setiap kilometer seperti yang diluluskan kerajaan 1 Ogos lalu.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata caj tambahan RM3 turut dibenarkan bagi setiap tiket bas ekspres tambahan.

Beliau berkata LPKP akan mengeluarkan Lesen Perubahan Sementara (LPS) bagi memastikan bas ekspres mencukupi untuk menampung keperluan orang ramai.

"Permohonan LPS dibuka mulai 22 Ogos hingga 18 September depan dan sah tujuh hari sebelum dan tujuh hari selepas Hari Raya Puasa iaitu dari 13 hingga 28 September," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, hanya bas berusia tidak melebihi 15 tahun dibenarkan untuk dijadikan bas ekspres tambahan.

"Tiada had jarak perjalanan dikenakan bagi bas berusia di bawah 12 tahun, tetapi bagi bas berusia 12 hingga 15 tahun, hanya dibenar melakukan perjalanan tidak melebihi 300 kilometer sehala," katanya

Halimah berkata, LPKP membenarkan bas ekspres biasa dan bas ekspres tambahan untuk beroperasi berdasarkan laluan terbuka bagi memudahkan pihak syarikat mengatur laluan bas mengikut keperluan pengguna.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan syarikat bas ekspres supaya tidak bersekongkol dengan "ulat" dan menguruskan sendiri penjualan tiket serta perjalanan bas.

"LPKP akan mengambil tindakan terhadap syarikat bas ekspres yang gagal menyediakan bas pada saat-saat akhir dan menjual tiket melebihi kadar tambang semasa," katanya.

Di samping itu, Halimah berkata RapidKL dibenarkan menyediakan bas pengantara dari Hentian Puduraya ke Hentian Duta dan dari Hentian Puduraya ke Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil dengan kadar tambang RM2 sehala.

Orang ramai yang ingin membuat pertanyaan atau aduan kepada LPKP bolehlah menghubungi ibu pejabat LPKP di Putrajaya di talian 03-88805883, e-mel ke aduan@lpkp.gov. my atau menerusi laman web www.lpkp.gov. .my

Pengguna juga boleh menghubungi 04-4485111 bagi LPKP Wilayah Utara (Sungai Petani), 06-9556035 Wilayah Selatan, (Ledang) dan 09-6241111, Wilayah Timur (Kuala Terengganu). - Bernama


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

3 comments:

Cik Cookie said...

biar btl?Cik Cookie naik court nih 24.8 kat kelantan.dapat spina pg td.bhabis laa duit.baik naik keta.

Na'im Nikmat said...

Dah berbuih mulut ni cakap BN=Barang Naik tapi diaorg pangkah gak UMNO/BN..xtaulah bujang susah per nak jd kat diaorg ni.....

BUJANG SUSAH said...

singamaraja.. terima kasih atas ziarahan anda..

yer la cik cookie.. apa yg x betulnya plak.

Encik naim.. apa nak kata klau dah telinga dia org dah disumbat dgn kepalsuan dunia.. hati dia org dah bersarang dgn syaitan.. wallahualam