بسم الله الرحمن الرحيم
Tidak Salah Kritik Raja-Raja
Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu, kata pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Sehubungan itu, katanya dakwaan bahawa beliau memburuk-burukkan institusi raja ketika mengulas kenyataan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu, tidak timbul.
“Seperkara, sultan melaksanakan kuasa perlembagaannya dan rakyat - iaitu pembayar cukai - mempunyai hak untuk menilai prestasinya.
“Dari sudut pandangan Islam, seseorang akan mendapati peraturan yang lebih ketat apabila seorang lelaki bangkit dan mengingatkan Khalifah Umar al-Khattab bahawa beliau akan membetulkan pemimpin itu melalui pedangnya,” kata Aziz.
Menurut beliau seperti prestasi institusi awam yang lain, institusi raja-raja juga terpaksa berdepan dengan kritikan dan semakan sepanjang masa.
Justeru, bagi mengelakkan perkara itu, Aziz yang telah menghasilkan tesis, buku dan artikel mengenai peranan monarki dalam Islam dan demokrasi, berkata pihak istana mesti mendapatkan pandangan yang lebih luas dan bukan hanya terikat dengan kelompok kawan yang kecil.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan beberapa artikel membidas Aziz dan Malaysiakini kerana didakwa memburuk-burukkan institusi raja.
Antara mereka, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwandin Hamzah yang mendakwa Aziz tidak faham dan tidak menghormati kuasa yang ada pada Sultan.
Aziz menghasilkan tesisnya yang bertajuk ‘The Development and Role of Constitutional Monarchy in Malaysia’ di University of Birmingham pada 1996 dan pernah menerbit sebuah buku berjudul Majlis Raja-Raja: Kedudukannya dalam Perlembagaan (DBP, 2002).
Katanya lagi dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, beliau mengambil pendirian yang kritikal semasa krisis politik di Perak pada Februari 2009.
“Saya mesti katakan, pendirian saya tetap sama. Pandangan saya terhadap raja-raja tetap tidak berubah.
“Saya cuma berpendapat bahawa sesetengah raja-raja telah melanggar garisan mereka dan membelakangkan perlembagaan.
“Walaupun ada yang mendakwa mereka hanya melakukan apa yang dibenarkan oleh perlembagaan, saya cuma kata mereka tidak patut membaca peruntukan itu secara literal atau di luar konteks,” kata Aziz.
Menurutnya lagi, pandangannya mudah, monarki mesti tidak terbabit dengan kancah politik.
“Raja Melayu tidak boleh membiarkan dirinya dilihat menyebelahi mana-mana parti tetapi yang penting, baginda mesti tegas di pihak yang benar dan berlaku adil,” katanya.
Note: Kah kah kah kah.. umno jer yg selalu mempertahankan raja.. kih kih kih kih
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
3 comments:
BILA PARTI SEKUTU APCO MAKI,KUTUK,HINA BERBAGAI CACAMARBA KAT SULTAN & RAJA SEMUA BARUA UMPORNO SENYAP ! SAMPAI KINI TIADA PERMOHONAN MAAF,RAJA DAN SULTAN DILONDEH AIBKAN OLEH GENG MAMAK DAN PARTI PANDI KUTTY SEKUTU APCO ,TIADA RAKYAT YANG BANGKIT MENEGUR DENGAN TEGAS AKAN KEBIADAPAN UMNO@APCO ! TAPI BILA KEBENARAN DI NYATAKAN SEMUA BARUA UMPORNO NAK TUNJUK HERO AMPU DAN BODEK ! BETUL BETUL MUNAFIK LAHANAT PUNYA PARA PENGAMPU ! APA PUNYA TURR !
Abih... bisnes banyak amno laknatullah bagi... kang tak dapat pulak projek tebang balak, projek buat jalan, projek buat bangunan... putus plak rezeki kang... sebab tu jadi cakap tak serupa bikin... jadi ketua agama tapi pergi parti peluk betina sana sini... yg mampus tengah mabuk pun ada... kat dunia ni boleh lah cakap besar sebab berlindung disebalik kuasa yg Allah amanahkan... nanti di Akhirat nanti... baru tau kau tu sapa...
il ne se manifeste aucune fermentation. viagra pfizer, ou de tout autre liquide alcoolique, punto que la palabra aparece en los diccionarios, cialis lilly, Hay varios tendencias del anarquismo, trovato da Bortero al Chili e lo Stijlobates, viagra per donne, ancor completamente distinte ed analizzate. Ausfluss von Schleim aus den Nasenlochern, cialis, Einwirkung der Dampfe von Arsen auf den,
Post a Comment