Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, October 11, 2011

AL-FATEHAH: DATUK AHMAD JAIS

بسم الله الرحمن الرحيم

Penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk Mohd. Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais telah kembali ke rahmatullah.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Darul Ehsan pada jam 9.28 pagi ini akibat komplikas paru-paru.

Datuk Ahmad Jais sebelum ini dilaporkan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami masalah kesukaran bernafas.
Anak keempatnya, Maimun Mohd. Jais, 31, sewaktu itu berkata, bapanya diberi bantuan mesin sokongan bagi membolehkannya berehat memandangkan keadaan paru-parunya masih lemah.

Maimun menambah, keadaan ayahnya itu dikatakan dilihat semakin stabil dan bertambah baik namun pihak hospital menasihatkan untuk banyak berehat dan masih memantau keadaannya itu.

Pada 8 September lalu, Allahyarham mengadu penat dan sakit selepas pulang membuat persembahan di Batu Pahat, Johor.

Sakitnya mula serius pada malam Khamis lalu dan beliau terpaksa mengambil alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor.

Bagaimanapun, Ahmad Jais kemudian dipindahkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan kerana mempunyai rekod perubatan di situ.

Al-fatihah.

Datuk Ahmad Jais

Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Beliau dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada tahun 28 March 1936. Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957 dan mula menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin.

Pada Oktober 1959, Ahmad Jais berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasibnya. Sebelum bintangnya mula bersinar, beliau pernah bekerja sebagai budak pejabat di Cycle & Carriage dengan gaji RM80 sebulan. Bakat seni dalam diri Ahmad Jais mula terbukti apabila memenangi pertandingan nyanyian pada 1959 dan 1960.

Pada tahun 1961, ramai peserta pertandingan itu yang membantah apabila dia ingin mengambil bahagian buat kali ketiga kerana Ahmad Jais merupakan penyandang gelaran. Beliau terpaksa mengalah dan hanya menyertai pertandingan Lagu Pop Singapura, dan dinobatkan sebagai juara Lagu Pop Singapura.

Pada tahun 1962, Ahmad Jais kembali menyertai pertandingan Lagu Asli Singapura dan sekali lagi meraih gelaran juara. Beliau pernah merakamkan lagu-lagunya di bawah label Panda Records bersama Orkes Selayang Pandang.

Kata orang, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian, kerjaya nyanyian Ahmad Jais mula terbuka luas apabila beliau mendapat peluang menjadi penyanyi undangan untuk Kumpulan Seriwarna yang membuat persembahan di Panggung Victoria. Pada zaman itu, panggung terbabit sering menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan. Ternyata kehebatan suaranya sewaktu menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said yang banyak terbabit dengan dunia rakaman.

Selain Seriwarna, Ahmad Jais pernah menjadi penyanyi jemputan bagi sebuah lagi kumpulan muzik terkenal di Singapura, Orkes Melati Putih. Akhirnya namanya mula menjadi sebutan. Selain menyanyi secara solo, Ahmad Jais juga terkenal dengan lagu duet bersama pasangannya, Allahyarham Datin Rafeah Buang iaitu, Juwitaku Sayang dan Budi Setahun Segunung Intan (Kartina Dahari).

Album pertama Ahmad Jais muncul pada 1965. Album itu tidak lain daripada Kucupan Azimat. Sehingga kini Ahmad Jais sudah merakamkan lebih 100 lagu dalam 15 album, kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP.

Pada 23 Mac 2007, beliau diberi kepercayaan untuk mengadakan Konsert Bahtera Merdeka anjuran Istana Budaya yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Ahmad Jais turut menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Ke-63 - 2006.

Dato Ahmad Jais turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd. -wiki

Al-Fatehah...

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

0 comments: