Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, October 9, 2011

MENTERI ADALAH TUHAN ORANG UMNO?

بسم الله الرحمن الرحيم

Rezeki peniaga disekat kerana tak hadir program menteri

SEORANG peniaga buah hilang mata pencarian hanya kerana tidak dapat menghadiri program bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar.

Tapak sewaannya di Pasar Tani tempat beliau mencari sesuap nasi telah digantung. Bayangkan, bagaimana beliau mahu mencari rezeki? Bagaimana beliau mahu menyara anak dan isterinya?

Lihatlah bagaimana pemimpin menggunakan kuasanya dengan sesuka hati untuk membuli rakyat bawah. Pemimpin bersenang lenang di kerusi empuk, di dalam bilik berhawa dingin menekan rakyat susah.

Sudahlah mereka ini susah bagaikan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang", hanya kerana tak dapat hadir program bersama pemimpin yang suka diampu ini, mata pencariannya disekat.




Klik pada imej untuk besarkan

Negara ini negara rakyat, pemimpin dipilih untuk menguruskan negara supaya dapat menaikkan taraf hidup rakyat. Tapi menteri tak sedar diri menggunakan kuasa untuk menekan rakyat susah.

- milosuam


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

Miecyber said...

Zalim....


Jemaah boleh SMS jika sesat atau ada kemusykilan

Anonymous said...

Ini ke yang orang2 terdahulu nak tunjukkan pada generasi akan datang? Berpuak-puak dalam parti politik sehingga perpaduan atas dasar Islam tiada. Kesal atas perkara tersebut sehingga soal di dalam masjid dan surau perlu mengikut parti politik sehingga ada yg bermasam muka. Saya sebagai generasi muda perlukan contoh yang baik. (Text ini juga dihantar kepada blog parti lawan anda)

chiqubie said...

semoga tidal berulang lgi

KLExpress said...

Marilah kita berlawan di alam maya. Kalau berani silakan.