Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, October 14, 2011

KEMANA HILANGNYA LAPORAN AUDIT NEGARA?

بسم الله الرحمن الرحيم

Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini mempersoal ketiadaan Laporan Audit Negara semasa perbentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini.

Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, beliau ada menghubungi pegawai di Jabatan Audit Negara semalam, yang terkejut apabila dimaklumkan ahli parlimen belum dibekal laporan itu.

“Pegawai jabatan itu terkejut dan menyatakan Ketua Pengarah sendiri berpuas hati kerana laporan berkenaan kerana ia siap lebih awal (berbanding tahun) lalu dan lengkap.

“Ini yang kita hairan. Di manakah sangkutnya laporan itu? Adakah di Parlimen atau berada di tangan menteri tertentu?,” katanya yang menyifatkan laporan berkenaan penting kerana ia melibatkan wang rakyat, pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Minggu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan ketiadaan laporan Ketua Audit Negara dalam Belanjawan 2012 yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 7 Oktober lalu.

Anwar berkata, belanjawan tersebut juga dibentang tanpa meneliti laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara sepertimana kebiasaan.

Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff pada sidang media itu mendesak Speaker Dewan Rakyat bersikap tegas dan menggunakan kuasa supaya laporan itu sampai ke tangan ahli parlimen seberapa segera.

Beliau juga menyifatkan perbahasan pembentangan Belanjawan kali ini yang dianggap sebagai ibu segala perbahasan , tercemar berikutan ketiadaan laporan berkenaan lantaran tiada angka dan fakta terkini untuk dibahas.

“Adakah kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) masih dihantui angka RM28 bilion rasuah yang didedah dalam Laporan Audit Negara tahun lalu,” sindir beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula bercadang untuk membuat usul berkaitan laporan berkenaan pada Isnin ini yang akan disepakati dibawa salah seorang ahli parlimen dari Pakatan Rakyat.

Beliau juga hairan kerana sesetengah negeri termasuk Kelantan sudah menerima laporan audit negeri masing-masing sedangkan di peringkat Parlimen sebagai institusi tertinggi negara, ia belum diedar walaupun sesi perbahasan masuk hari keempat. - Keadilan Daily


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.