Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, September 10, 2011

JAKIM RESTU ISLAM DIHINA?

بسم الله الرحمن الرحيم

PENDAKWAH ISLAM DISEKAT!! PENGHINA ISLAM BEBAS MEMBERI HINAAN??

Orang yang mahu bercakap soal kehebatan Islam,mengembangkan ilmu Islam dalam gerak kerja dakwah mereka, telah disekat..
gerak kerja mereka untuk menerangkan ilmu Islam secara lebih tepat sentiasa "di sukarkan.."

dari tiada peraturan tauliah..
diadakan pula peraturan, pendakwah mesti ada tauliah..
dari pendakwah yang sudah memiliki tauliah untuk memberikan ceramah agama..
ditarik pula tauliah itu daripada mereka..
akhirnya yang rugi adalah umat Islam..

maka kita yang dah berpuluh tahun mengaji di masjid-masjid dan surau, hanya belajar cara ambik wudu' , solat, puasa , pastu ulang balik belajar wudu' , solat, dan puasa... sampai mati pun tak jumpa bab jenayat...

tu sebab bila cerita bab hudud dan Qisas mereka akan cakap itu politik PAS...
mana taknya,sebab sepanjang ngaji dengan "tok guru bersongkok" mereka tak pernah dengar tentang bab jenayat...




Kes-kes yang macam ni Jakim memang minat nak uruskan dan minat pula nak ulas kan..?
kenapa kes blog hina Islam yang semakin berleluasa dalam internet yang sangat mudah untuk dilayari oleh orang muda tidak pulak JAKIM beriya-iyer nak menghalangnya...

sekarang ni kat negara kita, orang yang mahu menyeru kepada kebaikan,kerajaan halang dan sukarkan mereka..
orang yang menghina agama, hina Nabi Muhammad SAW. dan hina Allah SWT pulak ,begitu bebas dan mudah meneruskan penghinaan sehingga kini..

apakah JAKIM sudah tidak sensitif dengan isu PENGHINAAN KEPADA ISLAM DAN ALLAH..?

bila pihak NGO Jingga 13 mahu menyampaikan memorandum berkenaan isu penghinaan yang dilakukan oleh blog "mak cik hajjah sitt al wuzara"..
JAKIM tidak mahu pula mengambil serius tentang isu berkenaan,sehinggakan memorandum yang cuba disampaikan juga JAKIM tidak mahu untuk menerimanya.. baca sini.

OK,aku faham alasan JAKIM yang dikatakan mahu melindungi Islam dalam alasan mereka terhadap keperluan tauliah itu.. tetapi adakah mereka yang telah ditarik tauliahnya itu benar-benar telah mengajar ajaran sesat ataupun mengajar ajaran Syiah..?

atau pun tauliah mereka telah ditarik hanya kerana mereka telah berceramah mengenai pentadbiran sebuah kerajaan Islam yang adil seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan juga panduan dari 4 khalifah yang juga sahabat Nabi Muhammad SAW.
bila para jemaah sudah jelas tentang corak kepimpinan yang diajarkan oleh Islam,maka tauliah mereka yang mengajar tadi pun ditarik..
dan tidak dapatlah mereka untuk mengajar lagi...http://www.blogger.com/img/blank.gif
Nabi muhammad adalah seorang lelaki, Rasul Allah, Ketua Kegara, baginda merancang peperangan, mentadbir, dan memberikan ceramah agama di masjid...

adakah Nabi pernah mengasingkan sesuatu itu dari agama..?
kalau ikut cara UMNO..
ulama' adalah Ulama' sahaja...
ahli politik adalah ahli politik sahaja..

kedua-dua sifat itu dipisahkan oleh UMNO dan kita yang jahil ni pula menerimanya seolah-olah itulah yang di anjurkan oleh Nabi Muhammad SAW..


kesian Islam... - lianglahad



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

abdullah said...

pihak yang tertentu hendaklah bertindak pantas tentang ajaran sesat yang banyak di perkembangkan dan memurtadkan orang Islam....... oleh itu jangan lah hal wakil PR nak sekat asalkan tidak menyesatkan umat kalau caranya tak lebih tak kurang dengan cara kaum Quraish Jahiliyah mengekang ajaran yang disampai oleh Nabi MOHAMMAD S.A.W

Anonymous said...

PAStor Khalid samad bila lagi nak buat jamuan raya di Gereja DUMC