بسم الله الرحمن الرحيم
UNTUK MEREKA YANG MASIH KURANG SEDAR
British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja’ memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.
Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk – Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kesah-kesah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British’s running dog atau anjing suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja barua British.
Perjuangan mengangkat senjata melawan Brtish bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascist Jepun. Ini adalah jawapan anak semua bangsa terhadap fascist Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.
Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan anti-imperialis.
Kuasa imperialis Kulit Puteh ( White Colonial Power) – Portugis, Belanda dan British – datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi – bijeh, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya: gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di Kepulauan Nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.
Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu – mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong – adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.
Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman : Sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).
United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi : sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.
Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan – MERDEKA! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampoh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.
United Malay National Organisation bukan sahaja TIDAK berani melaungkan – merdeka – malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oxygen’. Masih tidak jelas - apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oxygen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan ‘hidup Melayu’. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.
Lawak seram – Hidup Melayu – masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan Hidup Melayu hari ini adalah kaum Mamak Kimma dan kumpulan Awang Hitam yang semakin di sangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa Awang Hitam ini suka melaungkan Hidup Melayu ini memerlukan satu kajian yang lebih rapi.
Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar – T-I-D-A-K - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan massa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampoh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British.
Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial Britsih telah mengistiharkan apa yang dipanggil ‘darurat’. Perkataan ‘darurat’ ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan ‘darurat’ agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.
Apabila darurat diistiharkan – kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti , kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy , Ishak Haji Muhamad, Chen Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, S.A. Ganapathy, Ustaz Abu Kabar al- Bakir, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adalah nama-nama nasionalis yang dikhendaki oleh British.
Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan Hidup Melayunya kerana ramai pemimpin-pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya.
British dengan licik telah lebih awal merancang satu strateji untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.
Justeru apabila darurat diistiharkan dua tahun kemudian - pada tahun 1948 – pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association – semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.
Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman – dua bengolan ini bukan – B-U-K-A-N - dieja dengan huruf besar - bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi barua Brtisih yang setia. Pada ketika itu penjajah British memasang dua kuda. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia dan yang boleh menipu orang Melayu dengan bijak bistari. Akhirnya Tunku menjadi kuda pilihan British.
Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British.
Hari ini – pada 5 haribulan September 2011 – United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas Rumah Pasong Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuangan mereka.
Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indra – seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahehkan bahawa United Malay National Organistaion adalah barua setia British. Ini kerana Sarjan Ketua Rumah Pasong Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey – seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya ialah mengharu birukan rakyat Palestin.
United Malay National Organsation ini bukan sahaja barua yang setia malah telah menjadi barua yang amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan keatas Rumah Pasong Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasong Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen dan bukan lagu Memula Moon atau Terang Bulan.(TT)
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
9 comments:
nice info ^_^
Pemahaman Persepsi Ana...
Mengikut kenyataan adik kepada allahyarham Mat Indera, abangnya pergi ke Bukit Kepong pada akhir-akhir pertempuran - dengan niat hendak menyelamat pihak polis dan ahli keluarga mereka. Dan, dinyatakan dia telah berjaya menyelamatkan beberapa orang yang terlibat. Sememangnya, jika ia terjadi sebegitu rupa; ianya satu perbuatan yang mulia dan terpuji.
Soalan ana:
1) Kenapa allahyarham ditangkap?
i) Adakah beliau ditangkap oleh kerana beliau didapati bersama-sama dengan gerombolan pengkhianat komunis secara fizikal (walaupun niat beliau berbeza); atau
ii) Beliau ditangkap disebabkan ada bukti-bukti yang beliau ada atau pernah terlibat dengan aktiviti-aktiviti pengkhianat komunis.
Ana rasa kalau beliau menyelinap masuk ke rumah pasong dan berjuang bersama-sama dengan pihak polis bertempur dengan pihak komunis - dia tidak mungkin ditangkap. Bahkan jika beliau merempuh pihak komunis dari 'belakang' atau arah yang lain pun kemungkinan beliau tidak disyaki dan ditangkap.
Apa pun, sama ada (i) atau (ii) jawapannya, keadaan begini boleh menyebabkan seseorang disyaki dan oleh kerana kejadian Bukit Kepong begitu tragik - penyabitan allahyarham sebagai salah seorang dari pengkhianat komunis menjadi satu kenyataan 'legal' (walaupun dari aspek 'kemasyarakatan' pandangannya boleh berbeda).
Sejarah adalah satu kajian objektif yang seboleh-bolehnya berasaskan dengan fakta yang bersifat 'legal' atau 'saintifik'. Walaupun sebagai orang yang terdekat dengan allahyarham, dan mengetahui isi hati abangnya Allahyarham Mat Indera, malang sekali bahan bukti 'legal' dalam sejarah 'perjuangan' allahyarham Mat Indera tidak menyebelahi beliau. Ana rasa ini bukan kes putar belit British, tetapi kes malang - di mana seorang pejuang jitu, tersasar landasan atau wadahnya untuk mencapai objektif perjuangannya. Beliau boleh di anggap sebagai seorang pejuang kemerdekaan, tetapi cara beliau tidak tepat dan telah mengaburi perjuangannya. Beliau telah memilih untuk bersekongkol dengan pihak pejuang komunis (yang menjadi musuh bukan saja kepada British tetapi juga bagi orang Melayu yang kuat berpaut dengan agama Islam). Sudah menjadi kenyataan bahawa orang-orang komunis lebih agresif dan menyerlah; apalah kekuatan segelintir orang-orang Melayu yang cuba hendak menumpang perjuangan berdarah komunis dengan harapan mereka akan dapat meng-'hijack'-kan arah perjuangan (komunis) itu diketika tercapainya kemenangan.
Dalam senario politik Malaysia kontemporari hari ini, pergabungan PAS dengan PKR dan terutama sekali DAP memberi satu bayangan yang agak sama. PAS diketahui umum mahu memperjuangkan Negara Islam (seketika dulu) namun pemimpin-pemimpin DAP tidak menerima Islam sebagai tonggak kerajaan yang diimpikan. Dari segi penampilan parti, DAP nampak lebih agresif dan PAS terpaksa menerima kompromi demi kompromi sehingga sekarang sanggup mengenepikan perjuangan 'Negara Islam'; memadai dengan 'Negara Kebajikan'.
Adakah PAS menyimpan rahsia-rahsia dalam lipatan? Mungkinkah rahsia-rahsia tersebut - jika ada - boleh menjadi kenyataan JIKA Pakatan Rakyat dapat merangkul Putrajaya?
Bila ana tatapi artikel ini ana dapati si penulis kurang pesona dalam mengatur hujahnya untuk memartabatkan pejuang-pejuang kemerdekaan yang beliau anggap 'tersisih' dari lipatan sejarah. Dalam 'fakta-fakta' beliau yang agak menyerlah, tulisan beliau tiada kerangka untuk meletakkan sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu dalam perspektif ke-NEGARA-an. Penulisan sejarah memerlukan kerangka untuk membawa makna. Atau, beliau hanya hendak menggunakan 'fakta-fakta' tersebut untuk menganalisa dan menilai sebuah rentetan untuk mencari makna keadilan dalam sejarah?
Jika kita imbas sejarah Islam sekali pun - di mana personaliti yang mudah kita ingati: Nabi besar kita Muhammad (SAW), Abu Jahal dan Abu Lahab - sebagai contoh: Bolehkah ana katakan Abu Jahal dan Abu Lahab juga pejuang agama? Ya, boleh! Sebab mereka juga berjuang untuk mengekalkan agama datuk moyang mereka - penyembahan patung-patung berhala. Tetapi, jika kita katakan: Pejuang Agama Islam - dengan spontan kedua-dua mereka terus tergugur dari senarai pejuang-pejuang kita. 'Pejuang' Agama Islam adalah Rasulullah dan para sahabat beliau; bukan Abu Jahal dan bukan Abu Lahab.
Ana bukan hendak membanding-setara perjuangan kemerdekaan tanah air kita dengan 'perjuangan' Nabi (SAW) dan para sahabat dalam menegakkan Islam. Hanya sebagai contoh - perbandingan tidak setara bagi pembaca Melayu untuk senang memahami.
Penulis juga menyebut Chin Peng sebagai seorang pejuang kemerdekaan. Tetapi, ana bertanya, apakah niat Chin Peng? Adakah Chin Peng berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu atau memerdekaan Malaya? Adakah Chin Peng hendak memerdekakan Malaya untuk dikembalikan kepada pemerintahan kesultanan atau kepada pemerintahan komunis? Begitu juga dengan pejuang-pejuang yang lain. Kita harus tanya apakah objektif dan strategi pejuangan mereka. Dan, walaupun objektifnya sama (mengembalikan Tanah Melayu kepada orang Melayu), belum tentu strategi yang diguna-pakai boleh menentukan tercapainya objektif sepertimana yang dicitakan. Ia mungkin menyimpang atau terpesong kepada sesuatu yang boleh memudarat dan merugikan orang Melayu. Bacalalah yang tersirat; bukan hanya yang tersurat. Lebih baik bersangka buruk dahulu daripada terperuk di dalam selut kemudaratan.
kesimpulan yg saya dapat selepas baca artikel tersebut ialah........ malaysia sebenarnya kepunyaan orang2 cina sebab depa(komunis) berjuang berhabi2 habisan menentang british.... oleh itu kita , orang2 melayu harus menyerahkan tanah melayu ni kat orang2 cina..... depa lah yang layak dinobatkan sebagai wira....
askar2 melayu dan polis2 melayu yg mati berjuang utk BRITISH tu sebenarnya pengkhianat sebab menentang komunis.....
sepatutnya perdana menteri malaysia la ni ditukarkan kepada LIM GUAN ENG.... atau lebih dikenali sebagai KHALIFAH LIM GUAN ENG.... LIM GUAN ENG ni pandai sal bab2 agama islam. aku masih ngat lagi dia kata LIM GUAN ENG ' amal ma'ruf nahi munkar'....
''''''' ello bro penulis''''''
hg ni memang bengap la....... org cam hang ni lah yg akan menggadaikan malaysia.....
Penulis juga mengatakan bahawa UMNO menjadi berua British. Tidak kurang ketepatannya jika ana tafsirkan penulis juga beranggapan UMNO sebagai oportunis dalam memperjuangkan kemerdekaan.
Kita berjuang untuk mendapatkan sesuatu daripada yang berkuasa. Dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu, kerajaan British berkuasa.
Di sini ana nak samakan dengan keadaan dalam keluarga agar pembaca muda boleh memahami dengan lebih mudah. Ayah berkuasa dalam sesebuah keluarga. Apa yang si anak minta terpaksa dari ayah. Ada anak yang bersikap memberontak - meminta sesuatu secara mengugut dan kasar dari si ayah. Ada pula anak yang 'interpersonal relation'-nya baik. Dia minta sesuatu dari ayah secara tertib, berhemah dan berhikmah. Jadi, renungkan - anak yang berperangai bagaimanakah lebih disukai ayah dan lebih mudah mendapat apa yang dimahukan.
Begitu juga dalam perkara yang lebih besar - seperti perjuangan untuk kemerdekaan. Adakah kemerdekaan semestinya dijuangkan dengan pertumpahan darah (berperang dengan penjajah)? Tidak semestinya. Bahkan perjuangan secara diplomatik memerlukan lebih ilmu dan kebijaksanaan daripada mengangkat senjata. Kerugian dari apa juga aspek - amat kurang. Pemusuhan pun tidak membara dan menjadi-jadi.
UMNO bukan berua British. Ia mendampingi British agar kemerdekaan yang dihajati dapat dicapai dalam keadaan aman. Dalam scenario begini bukan bermakna perjuangan bersenjata terus diketepikan. Jika perondengan bertemu dengan jalan buntu, maka sebagai langkah terakhir...
PS: Dalam peralihan kuasa memerintah daripada Rasulullah (SAW) kepada khlaifah pertama dan seterusnya, telah menunjukkan kepada kita dengan jelas empat scenario berbeza. Renungkan... Yang mana lebih menepati ruh Islam - aman dan berharmoni?
woi anon..
"UMNO bukan berua British. Ia mendampingi British agar kemerdekaan yang dihajati dapat dicapai dalam keadaan aman."
hahahahaha... tangkap tok janggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong, rashid maidin dan ramai lagi pejuang melayu islam yang memerangi penjajah untuk mendapat kemerdekaan dan akhirnya mereka ditangkap dan dibunuh oleh pemimpin umno yang bersekongkol dgn penjajah british tu nak kira mcmana?
masa tu umno dimana? pikul senjata untuk memerangi penjajah atau bersekongkol dgn penjajah untuk memerangi bangsa sendiri?
dah habis study bab akta darurat yg dikenakan oleh kerajaan british untuk tanah melayu ke? ketika darurat semua pimpinan pejuang rakyat ditangkap.. ketika itu pimpinan umno bersama siapa? siapa yang menolong penjajah british ini menangkap dan menyiksa rakyat serta pejuang2 kemerdekaan melayu ini?
apa punya bodoh la ko ni jadi manusia.. yang berbaik2 dgn british tu yg ko kata pejuang? british datang kat tanah melayu ni untuk menjajah.. melayu dijadikan hamba. kepandaian british mereka menggunakan raja2 serta pemimpin umno ni untuk menakluk tanah melayu. raja2 dan pemimpin umno yg mata duitan ni la yg memberikan tekanan kepada rakyat. rakyat dibebani dgn cukai yg dibuat oleh kerajaan british. raja2 dan pemimpin umno mmg la x rasa apa.. mereka hidup mewah hasil dari cukai yg dikenakan kepada rakyat.
tup tup bila british dah tak tahan dgn serangan pejuang haluan kiri dan akhirnya terpaksa memberi kemerdekaan kepada malaya, lembut gigi dari lidah jer ko berkata umno tu pejuang kemerdekaan? ko ni gila ke apa?
X
Penulis Komen @ September 8, 2012 8:23 PM yang mengguna pseudonym tidak Islamik dan tidak bersopan seperti orang Melayu, ana rasa tidak memahami isi dan skop sesuatu perjuangan. Perjuangan bukannya satu 'pergelutan' semataata, atau satu peperangan bersenjata sahaja...
Ana mengajak anta berefleksi: Perperangan adalah satu bentuk perjuangan. Dalam pertempuran - ada yang mati atau gugur dan ada yang hidup - hakikat. Selalunya, sebuah peperangan tidak sebegitu mudah (simple) perjalanannya. Kita mesti ambil kira aktiviti-aktiviti perisikan, 'espionage' dan seumpama. Di sinilah orang Melayu agak lemah. Sebab orang Melayu amat 'reactive' wataknya - cepat melenting, memaki hamun (respon pertama - seperti anta) dan gemar mengamuk. Aktiviti-aktiviti perisikan amat penting untuk mencapai kemenangan. Tetapi ia tidak mudah - banyak perkara tidak termasuk akal berlaku. Kadang-kadang perbuatan yang nampak seperti satu pembelotan, sebenarnya adalah satu helah dalam memperjuangkan Agenda untuk menang.
Cara perperangan 'modern' ini amat kompleks. Inilah yang anta lihat (baca) berlaku dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. Ada perjuangan yang nyata (senang difahami); ada pula perjuangan yang licik (sukar difahami dan sering disalah-tafsirkan, seperti perjuangan UMNO); dan perjuangan yang sebenarnya pemberontakan (perjuangan dengan Agenda tersendiri - seperti komunis).
Bersambung...
Selepas Perang Dunia ke II,...
Selepas Perang Dunia ke II, British menjadi satu kuasa Dunia terunggul. Ia menjadi penjajah dan broker penjajah terkuat dan termoden. Sekutunya juga kuat dan berteknologi canggih, seperti USA, Perancis dll. Jadi, berjuang secara bersenjata untuk menumpas penjajah British bukan satu perkara senang dan mudah. Sebagai 'orang' yang berkuasa British mempunyai banyak opsyen di tangan mereka. Penggunaan opsyen-opsyen ini boleh 'melumpuh'-kan. Opsyen-opsyen ini digunakan untuk menentukan pihak yang menentang kerajaan British tidak mendapat apa yang mereka hajati sepenuhnya. Jika mendapat 'kemenangan' pun - kemenangan tersebut tidak bersifat mutlak. Ia akan diselitkan dengan sesuatu yang menyulitkan. Misalnya, pembunuhan Gabnor British kedua ke Sarawak, BERJAYA - sebab dia mati dibunuh. Adakah itu sebenar-benarnya satu kejayaan bagi pergerakan Melayu-Melanau di Sarawak menentang penjajah British? Kerajaan British, selepas pembunuhan itu telah membawa masuk - dengan ramainya - orang luar untuk menghuni tanah Sarawak, terutama di Bahagian tempat berlakunya pembunuhan tersebut. Lepas itu apa yang berlaku? - kita TST (Tahu Sama Tahu). Orang Melayu-Melanau meneruskan kehidupan dalam keadaan terhukum, bahkan kesannya hingga ke hari ini. Anta mesti ingat: Pada masa itu British berkuasa dan ianya satu kuasa yang kuat. Bukan saja Malaya, Sarawak, Brunai dan N Borneo jadi jajahannya; bahkan di seluruh Dunia!
Perhatikan: Di kemuncak perjuangan untuk kemerdekaan Tanah Melayu - ada Malayan Union dan UMNO. Kenapa? Bukankah ini satu AMARAN British kepada orang Melayu! Dua opsyen telah diberikan. Bayangkan jika MU menjadi wadah kemerdekaan? الْحَمْدُ ِللهِ dengan kelicikan orang Melayu dalam UMNO dan rasa cintakan tanah air untuk semua bangsa Melayu, cara perjuangan - berunding dan berdiplomasi - diteruskan hingga tercapainya kemerdekaan.
Dan, sepertimana ana katakan di permulaan tadi: Dalam mana-mana perjuangan - ada yang se haluan, tetapi terkorban juga. Kita mesti terima semuanya ini sebagai takdir - takdir pengorbanan dalam perjuangan.
انالله وانااليه رجعون
Bersyukurlah dan peliharalah tanah air tercinta ini untuk zuriat kita meneruskan kehidupan mereka dalam keamanan. Bagi yang terkorban - mudah-mudahan Allah membalas niat baik mereka dengan Syurga Jannah. Semoga kebaikan, walaupun sebesar zarah dibalas juga. Justeru, segala dosa mereka diampuni. Amin ya rabbul 'alamin.
Di bulan Syawal yang mulia ini juga ana mohon maaf kepada semua pembaca. Yang ternukil di sini hanyalah sebuah pandangan atas kefahaman ana terhadap perkara yang amat kompleks - dengan ilmu yang terhad. Hanya Allah yang mengetahui perkara sebenarnya.
Wassalaam
Post a Comment