Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, February 3, 2011

SEBARKAN KEPADA SEMUA

بسم الله الرحمن الرحيم

(Serius) Krisis sebenar darurat di Mesir, sebarkan kepada semua



Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci. Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY.

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

edit 3 : Nampaknya kita telah nampak beberapa tindakan daripada kerajaan mengenai isu ini. Syabas, dan beberapa update daripada pembaca juga boleh dilihat di ruangan komen.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.
1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

huru hara di mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.
2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.
3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber: http://goo.gl/KDkfI
4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI
5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.
6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

airport di bakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.
7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar. - laksamanabukitbintang



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

10 comments:

Anonymous said...

good morning der..
saye tanye kawan kat sane, die kate students kite kat sane akan dpindahkan berperingkat, hehehe die pon malas nak komen pasal kerajaan Apno ni, takut x balek... kuikiukuikiu wat mase ni pompuan dulu yg gerak, die kate dlm mase sminggu baru group die gerak (ini ape yg die ckp ler, xtau ler camne yg sbona eh)... tapi kalu bik mama nak pi shopping kat dubai, pagi2 subuh ni pon flight die dh ready, ni mesti big mama suh org gaji die naik heli beli sayur kat cameron..
indonesia dah anta kapatobang dari kelmarin lagi... hahahaa.. patutnye ramai2 kat sane tu serang je israel laknat haram jadah tu!
ape2 pon bln 3 nanti mancing ganu ek? kuikikuikuikuikiu

Anonymous said...

bace balek wall FB member aku yg kat mesir tu jadi sakit hati plak..
ade ke patut tanye farmville dah lame x bukak ler, suh shopping minyak attar la, sempat x sempat beli hookah la bagai... jadah ape? aduyai.. bangang2 je... aku tampor pakai kaki kang bbudak ni...

Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923 said...

Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

ni nak cari pubicsiti ke ape? hahahaha nampak gaya cam x serius je minah ni... sorry, hanya pendapat saya bdasarkan profilenya di FB...

LOL!

Anonymous said...

kawan akak org Egypt tulen kata memang dorang bersungguh2 nak jatuhkan Hosni. Jumaat iaitu esok akan berlaku lebih banyak pertumpahan darah. Tapi TV nasional hari ni masih sibuk tunjuk org makan yinsang lah, interview Fengshui master lah.. tak faham sungguh. Mcm takde apa-apa yg terjadi sedangkan ada 11300 rakyat kita disana. Oh biasalah, masalah tu bukan jadi kat M'sia jadi kat tempat lain. Sama macam isu Palestine kita tak rasa apa2pun sedangkan mereka tu sedara seIslama kita.. :(

Anonymous said...

Terkini dari Rakyat Mesir Sendiri

kulaan said...

takbir...

very said...

Anonymous February 3, 2011 7:08 AM

der korok mu

Anonymous said...

situasi di mesir kalo berlaku kt malaysia ada baik dan buruknya

buruk-kemusnahan harta benda awam
baik-regim bn dapat dibubarkan

capt. keon alhan said...

risau dgn saftey student kat sana...dah lah ex student sklh sy trmsuklah kakak dorm sy pon ade kat sne jgk...tak tahu lah dah blk ke blom...hrpnya slmt...iAllah

Anonymous said...

salam,
kalu kerajaan tolong salah, tak tolong pun salah..urusan dengan dunia arab bukannya mudah seperti yang disangka..terlalu banyak kerenah birokrasi walaupun Malaysia ada hubungan baik dengan Mesir..ditambah pula dengan keadaan yang meruncing cam skrang..biarlah jasa kerajaan tidak dihargai, kerana kerajaan bukan nak penghargaan pun dari kita..cuma atas dasar keperimanusiaan..bukan seperti pihak satu lagi yang pandai berkata2 dan tidak mahu menghulurkan bantuan..paling tidak pun jadi sukarelawan pun bolehlah...ini makin dicari kesilapan kerajaan pula...herm..macam2 pembangkang nih...kalu anak nik aziz tersangkut kat sana, baru tau langit tinggi rendah nanti..barulah sibuk minta bantuan kerajaan malaysia..