بسم الله الرحمن الرحيم
Pensyarah wanita kena tipu, rugi RM30,000
KUANTAN - Angan-angan seorang pensyarah wanita sebuah kolej di sini untuk bertemu bakal pasangan hidupnya, Dr Bruce Burn dari Amerika Syarikat yang dikenali melalui laman sosial facebook lebur apabila lelaki itu sebenarnya watak yang sengaja dicipta penipu untuk memperdaya mangsanya. Lebih menyedihkan, wanita berusia 47 tahun dari Raub itu bukan sahaja tidak dapat menemui ‘pakar ortopedik’ itu, malah dia juga kerugian RM30,000.
Mangsa dihubungi pegawai Kastam bernama Baharum memberitahu warga Amerika itu ditahan pihak kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana membawa wang RM25,000 selepas tiba ke negara ini 26 Januari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Zaini Jass berkata, mangsa yang masih bujang itu diminta membayar wang tersebut bagi melepaskan ‘kekasihnya’ yang sebelum ini berjanji untuk menikahinya.
Menurutnya, mangsa membuat bayaran kepada melalui satu akaun bank milik seorang individu bagaimanapun hasratnya tidak kesampaian apabila pegawai kastam tersebut memaklumkan Bruce tidak dapat dibebaskan selagi dia tidak menjelaskan wang insuran sebanyak RM57,500.
“Mangsa mula curiga lalu menghubungi pejabat Kastam KLIA untuk penjelasan lanjut bagaimanapun dia terkejut apabila dimaklumkan tiada pegawai bernama Baharum di situ dan tiada sebarang penahanan warga asing dilakukan.
“Menyedari dia sudah tertipu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub 27 Januari lalu,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam. Zaini berkata, mangsa mula berhubung dengan kekasih maya itu sejak 7 Januari lalu.
“Perkenalan mereka bertambah serius apabila ‘lelaki’ itu memberitahu sedang mencari pasangan untuk berkahwin selepas perkhidmatannya tamat 20 Januari lepas. “Malah Dr Bruce juga berjanji akan menetap di negara ini selepas berkahwin dengan mangsa sebelum memberitahu akan datang menemui wanita itu enam hari kemudian,” katanya. - Sinar
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
6 comments:
saya pernah kena tipu dengan perkara sedemikian... cuma kondisi yang berbeza.... amat menyakitkan hati...
Kesian pulak baca. She must be so lonely sampai tak dpt terfikir satu dua perkara lazim di dunia maya. Maybe lepas ni sebelum buat2 apa keputusan sebaiknya buat solat2 sunat tertentu utk minta petunjuk dari Yg Esa. Wallahualam.
de jgk ke mcm tue..kcian je dgr...
kemaruk punya pasal sudahnyer tegaruk-garuk ka ka ka ka
Apa jua masalah, kpd Allahlah kita kemukakan.
Risaunya,takut ada dikalangan ahli keluarga terlibat perkara sebegini...mohon Allah jauhkan.
Post a Comment