بسم الله الرحمن الرحيم
Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.
Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).
Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.
Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.
Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.
Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.
Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...
- Diera -
JAWAPAN
Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-
1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.
Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-
* Aurat wanita apa sudah jadi?
* Wanita, aurat dan Kerjaya
Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.
Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.
Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.
Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.
Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.
Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!
Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.
Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.
Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.
Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.
Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.
2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.
Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum
Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.
Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.
Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.
Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.
Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.
Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'
Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha
Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.
Sabda Nabi :-
خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..
Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)
3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.
Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.
Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.
Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.
Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :
Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.
Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.
Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.
Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.
Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.
4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.
Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.
Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Note: Langar jer lampu trafik walaupun warna merah kerana tak nak jadi hipokrit..
p/s: Gambar hanya sebagai hiasan
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
52 comments:
cuma allah yg tahu segala-galanya
jelas dan teratur jawapan kepada semua persoalan saudari tersebut...;)
ilmu dan didikan da cukup diberi..
tapi kurang penghayatan terhadap ilmu yang dimiliki..
sebab tu la hati masih terus nak buat sesuatu yang salah walaupun da tau benda tu salah dan dosa...
mari muhasabah diri bersama, setinggi mane ketaatan kita sebagai hamba..
Alhamdulillah! Jawapan bernas daripada Ustaz, alhamdulillah, shukur alhamdulillah aameen ya Allah!
Kerana...
Saban kali saya jumpa puak2 yang mereka hukum sendiri dan puak2 yang pandai mengolah hukum Allah. Apa kata mereka?
"Don't judge me by the cover"
"you don't know me"
"yang bertudung tak semestinya baik, dan yang tak bertudung tak semestinya jahat"
"aku tak mahu jadi hipokrit! aku nak jadi diri aku sendiri"
"jadi jangan tuduh/adili aku bukan2!"
Siapakah gerangan yang SUKA bercakap demikian?
Adakah anda kalian?
Ini bukan soal diskriminasi terhadap wanita. Bertudung adalah cuma sebuah konsep menutup aurat yang dimana ia memaksa lelaki menilai wanita itu dari segi sikap, sifat dan akhlaknya.
Sekadar kongsi bersama. Seorang lelaki tanya pada seorang lelaki Islam. Mengapa wanita Islam memakai tudung?
Pada ketika itu, lelaki Islam tu ada 2 gula-gula di tangannya. Lalu dia membuka yang pertama dan satu lagi dibiarkan bertutup, dan mencampakkan kedua-duanya ke atas lantai yang berdebu.
Tanya lelaki Islam itu, "kalau kamu, mana satu engkau nak ambil?"
Jawap lelaki tadi, "mestilah yang bertutup!".
Jawap lelaki Islam itu, "begitulah kamu melayan dan menghormati wanita yang bertudung"
Sekian! ALLAHUAKBAR!
rsa2nya pic awek tue ada terjumpa kelmarin tyme BW kat blog lensarosak..hurmmmmmmmm
@Zaty luvlianncezzz :
Assalaam Saudari, baca atau tidak artikel diatas?
Pic awek itu TIDAK PENTING. Yang penting ialah ISINYA. Bacalah isinya dan berilah komen pada isi karangan tersebut.
Kalau awak dah baca, bolehlah awak sampaikan cerita ini pada kawan-kawan awak!
SYABAS ustaz! Kebetulan saya berada disini dan terus membacanya! Izinkan saya copy and paste untuk pengetahuan saya!
Salam. Nak menyampuk sikit berkenaan dgn masalah gambar2 yg ada pada setiap posting dalam blog ni. Mungkin ada kawan yg baru termasuk dlm blog ni x tahu. tapi kalau nak tahu kawan2 boleh baca pada nota kaki pada blog ni. Maksud saya 'pemberitahuan' pada bahagian bawah page blog ni.
BS minat kat awek dlm pic tu la tu
pemikiran jenis apakah gadis itu? bleh plak pk mcm tu..
Saya rasa nak cium anda jadi jagan halang saya kerana saya tak mahu hipokrit , anda begitu menawan.
Aa.. apasal ko nak cium pompuan dalam gambar tu plak. tu gambar hiasan je la. xder kena mengena dgn artikal ni.
saya bujan nak mneghina kaum perempuan atau merendah2kan kaum perempuan, tapi hakikat nya sekarang.maruah seorang perempuan boleh dibeli dengna air liur sahaja...mana perginya ajaran agama kita?dengan dunia serba moden ini, semuanya telah berubah......
mugkin dunia akhir zaman kot.
Tidak mahu HIPOKRIT boleh ditafsir sebagai alasan yang datang dari keJAHILan..
dalam al quran ada sebut..hadis Nabi Muhammad Saw juga ada cerita tentang anak yang sudah akil baligh boleh di pukul di tempat tertentu jika tak ikut suruhan Allah...
menutup aurat adalah salah satunya...
anak kena paham dan ibu bapa juga kena paham..
jadi tak timbul cerita belum sampai masa...itu alasan bodoh sebab mati boleh terjadi atau sampai tanpa amaran...
hukum dan dosa dah berjalan...bukan di kira masa dah sampai nanti baru dapat atau di kira kawan hoi..
tak perlulah jadikan alasan yang bertudung pun tak elok perangai..tangan panjang ..bulu panjang..(PENGOTOR)..ITU PUN DAH TAK ELOK SEBAB KITA DIKIRA MENJATUHKAN AIB ORANG LAIN..
Dalam hal aurat ni korang sumer jangan lupa (terutamanya pompuan), aurat ni milik Allah SWT. Korang takleh dedah sesuka ati korang je. Ade batas2 dan garis panduan dalam Al-Quran tu.
Jadi, ayat2 yang biasa kita dengar seperti:
-"bertudung ni terpulang kpd individu masing2"
-"aku tak mahu jadi hipokrit! aku nak jadi diri aku sendiri"
dan sebagainya bagi menghalalkan tindakan untuk tidak menutup aurat adalah bersifat takbur. Seolah2 cuba untuk merendah-rendahkan hukum dan peraturan ALLAH AWT.
Ehem...
Lawa awek dlm gambar tu. Tapi tak tau nape, kalu tengok lama2 meremang bulu roma.
Alasan macam tu alasan orang ego.. Saye pernah jadi ego.. tapi bile ingat balek.. menyesal sendiri..
jari aku pun nak ikut menceceh. hal bertudung gak ler, tempoh hari aku tergelak besar bila dlm 1 majlis keramaian sekumpulan perempuan bersok sek sok sek mengata seorang mualaf perempuan yang agak berumur yg tidak bertudung dan baru menetap dikariah itu, apa yg menjadi aku tergelak, kumpulan itu juga yg mengata malah menghina dua wanita yg merubah cara bertudung dari berselendang ke bertudung litup, ketika itu era 70-an, aku masih budak berhinggus ketika itu. jadi tentu ada yg akan bertanya kenapa aku masih ingat, sebab mudah, dua wanita tersebut salah seorangnya adalah kakak aku sendiri.rasanya tak perlu cerita panjang tentang mereka berdua. yg jadi pokok persoalan kalau lah kumpulan perempuan ini telah bangkit kesedaran tentang wajibnya bertudung kenapa tidak bangkit kesedaran tentang buruknya mengumpat,bukankah lebih elok tegur dan ajak ler makcik mualaf td agar
bertudung.mungkin yg lebih melucukan ada dikalangan anak-anak kumpulan tersebut berpakaian seksa mata aku menengok,huuu apakah tiada teguran atau bagi mereka bertudung dan menutup aurat sesempurnanya adalah untuk perempuan-perempuan tua yg dah beruban dan tubuh mengeleber....
semoga kita dapat memberi peringatan pada diri sendiri andai kita tak mampu memperingatkan orang lain
Salam,
setuju dgn al-yousry.
Sy pon slalu jumpa puak2 mcm tu.
In fact,some of them are my friends.
btw,thnks 4 this entry.
jawapan yg sgt bernas.
It helps me a lot.
Thanks again ;-)
stuju2... saya mntak nak copy paste ek:) nak buh kt fb:)
assalamualaikum..
Orang yang menutup aurat tak semestinya dia baik. Tapi orang yang baik dia akan menutup aurat dan menjaga akhlak. Betul tak? So kita ni kat tahap yang mana? Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing. :)
http://jihadeen.blogspot.com/
setuju bro tapi pasal yg minah ni perasan dia hati baik kelakar pon ada, ni kes common sngt pompuan kata dia baik walaupun x pakai tudung, hampeh tul. Kelakar la ko letak tak nak najib tuh, he he. Gue profesional bro, mana silap kita hantam saja, haha.
buy tramadol online tramadol dosage mayo clinic - tramadol hcl for migraines
xanax online extract xanax quotes - xanax recreational use erowid
xanax no prescription xanax drug test bluelight - xanax side effects brain
where to buy xanax online xanax for anxiety of flying - alprazolam 2mg xr
tramadol 100mg tramadol 50 mg oxycodone - 100mg tramadol for pain
xanax depression what is xanax drug - alprazolam 0.5mg tab
order xanax online xanax bars yellow school buses - xanax dosage oral sedation
buy tramadol online tramadol for dogs contraindications - tramadol dosage bluelight
buy tramadol online buy tramadol overnight no prescription - tramadol hydrochloride
buy alprazolam online without prescription xanax overdose damage - just took 2mg xanax
order tramadol tramadol withdrawal in newborns - safest place buy tramadol online
buy carisoprodol cod order vicodin online with no prescription - carisoprodol usp 350 mg
buy cialis online cialis price malaysia - can you buy cialis usa over counter
buy tramadol online legal buy tramadol online usa - tramadol zoloft drug interaction
buy cialis viagra cialis daily 2.5 mg - cheap cialis 10mg
cialis online usa cialis 2.5 mg daily use - cialis liver
cialis online cialis 5mg online australia - http://www.cialis-online-shop
http://landvoicelearning.com/#51438 order tramadol - tramadol hcl xr 200 mg
http://landvoicelearning.com/#62431 buy tramadol faq - do you withdrawal tramadol
buy tramadol no prescription long does 100mg tramadol last - buy tramadol online from usa
http://buytramadolonlinecool.com/#30807 buy tramadol cod overnight - buy tramadol online no prescription next day delivery
learn how to buy tramdadol buy tramadol cod fedex - tramadol for dogs or people
where to buy tramadol online where to buy tramadol over the counter - tramadol 85 93
learn how to buy tramdadol tramadol lethal dose - long develop tramadol addiction
buy ativan online usual dosage ativan anxiety - legal buy ativan online
buy tramadol online tramadol acetaminophen high - how can i buy tramadol online
buy tramadol overnight delivery tramadol no prescription usa - is tramadol online real
buy tramadol free shipping buy tramadol overnight - buy tramadol overnight
tramadol cheap tramadol online cod - buy tramadol overnight
buy herbal ambien buy ambien online us pharmacy - can i buy ambien online legally
Post a Comment