Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, January 8, 2011

POLIS SARAWAK TAIB MAHMUD PUNYA?

بسم الله الرحمن الرحيم

Taib Mahmud Takut Penyelewengan Didedah, Polis Serbu Premis TV dan Radio Sarawak

SHAH ALAM 7 DIS : Tindakan polis menyerbu premis Radio Free Sarawak, TV Sarawak Bebas dan Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA) hanya membuktikan dakwaan penyelewengan yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud adalah benar belaka.

Ketua Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian berkata tindakan anggota polis merampas cakera padat dan bahan-bahan media lain kerana Taib semakin takut kebenaran penyelewengannya akan terdedah.

"Saya berpendapat ini merupakan satu perkara yang sudah mendedahkan kejahatan, penyelewengan, rasuah-rasuah dalam pemerintahannya dalam dekat 30 tahun sebagai Ketua Menteri.

Itulah sebabnya dia (Taib) takut sekarang, yang perkara itu sudah dikeluarkan," jelas beliau ketika dihubungi TV Selangor.

Beliau berkata, kerajaan Sarawak menggunakan anggota polis untuk mewujudkan rasa takut di kalangan rakyat yang cuba menentang Taib.

"Bagi saya, ini intimidasi supaya kita ditakut-takutkan, menakutkan kita, kerana dia tahu bahawa bila-bila masa sekarang ini pilihanraya akan diteruskan," kata beliau lagi.

Beliau seterusnya menjelaskan, kempen-kempen yang dijalankan sejak beberapa bulan dahulu kini membuahkan hasil kerana dapat dilihat kesungguhan Taib untuk menutup kebenaran melalui rampasan harta benda dan penahanan dua individu yang disyaki mengedar bahan-bahan berbentuk hasutan.

"Saya berpendapat juga kerana kempen kita selama tiga bulan ini berkesan terhadap rakyat Sarawak bersama-samma dengan Sarawak Reports, Radio Free Sarawak dan juga dengan cakera padat dan bahan-bahan kita yang dikeluarkan, dan inilah sebabnya bahawa dia (Taib) tahu ini berkesan hingga akar umbi," kata beliau lagi.

Katanya lagi, tindakan ini jelas satu tindakan terburu-buru kerana Taib sedar rakyat bawahan sedar mengenai penyelewengan yang telah dilakukan oleh kerajaan pimpinannya dan rakyat Sarawak akan mula memberontak dan mempersoalkan penyelewengan Taib .

"Saya percaya orang Sarawak 'will rise up' dan sekiranya ini diteruskan, mereka akan tahu betul-betul bahawa apa yang kita katakan selama ini tentang perintah rasuah dan harta benda Ketua Menteri ini adalah benar dan saya percaya rakyat Sarawak tidak akan berdiam lagi," tegas beliau.

Beliau berkata tindakan membuat serbuan dan penahanan sebegini tidak langsung diperlukan sekiranya Taib, seorang pegawai kerajaan yang berani dan juga seorang pemimpin yang baik.

Baru seterusnya menambah, ada juga ura-ura mengatakan ini hanyalah langkah pertama kerajaan pimpinan Taib dan banyak lagi tindakan sebegini dapat dijangkakan, dan bukan hanya terhad kepada premis media sahaja.

"Ini juga baguslah, baru warga biasa Sarawak sedar kebenaran bahawa kita bukan hanya mahu besar-besarkan sesuatu yang tidak benar tetapi hanya yang benar sahaja, maka dilihat dari sudut lain, ini merupakan satu rahmat," jelas beliau lagi. - TVselangor


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

0 comments: